Friday, August 3, 2012

Indahnya solat dhuha...

Sahabat,
Sekiranya ada waktu terluang, dirikan solat sunat dhuha.
Indahnya solat itu memurahkan rezeki kita.
Mohonlah apa jua yang diinginkan selagi ianya memberi kebaikan kepada kita semua.

Sahabat, 
DIA selalu menanti permohonan dari kita
Tanpa mempersoalkan pangkat dan darjat kita.
Tanpa meminta apa-apa balasan dari kita.

Sahabat,
Dendangkan doa ini sambil memejam mata.
Pohonlah serendah-rendah kita hamba kepadaNya.
Semoga doa dimakbulkan olehNya TUHAN kita.


Thursday, August 2, 2012

Lamanya ku tinggalkan ia !!!!

Ulps, tgk tarikh akhir saya update blog. Malu pada diri sendiri. Malu juga pada sahabat-sahabat sekalian kerana tidak bertegur sapa. Maafkan saya sahabat. Bermaafan di bulan Ramadhan ni besar pahalanya. Hihihih...

Bila anak dah 2 ni (hero pulak tu) mengekangkan lagi waktu untuk saya berblog. Idea dalam bidang penulisan pun bukannya banyak sangat. Saya tabik double spring pada sahabat-sahabat yang boleh mengupdate blog setiap hari.

Tumpuan isi kandungan pada kali ini bukan lagi berbentuk peribadi. Ada sesuatu yang ingin ubah dalam hidup saya. Dan saya berharap ia juga dapat memberi 1000 kebaikan kepada kita semua. Doakan terbaik untuk diri saya dan sahabat. Muuuaahhhhh~~