Wednesday, May 19, 2010

Isteri Yang Dingin - Kereta Mayat (Saudara Hamka)

Kan aku cakap, tak rugi kalau jengah blog kereta mayat. Terkekek-kekek aku gelak. Kenapa aku gelak? Nah...baca hasil tulisan saudara Hamka, empunya blog kereta mayat. Sebagai seorang isteri, mari ramai-ramai bagi idea kalau SUAMI YANG DINGIN pulak. Hihihihi...layannnnn

Entry ini adalah untuk mereka yang dah berkahwin sahaja, soalan: apa nak buat jika isteri menolak untuk bersetubuh? Jawapan, lakukan ini,..., ha ha ha, dan ini..., ,..., ha ha ha, juga ini..., ,..., ha ha ha, dan juga ini..., woha!)
Suatu malam, ketika sedang menonton TV seorang diri, ada jugak babak babak yang biasa bagi korang, tapi aku dah rasa semacam.., rasa ‘air meleleh di telinga’.., dan apabila tiba waktu iklan, melihat babak babak dalam iklan, terutamanya iklan alat senaman, membuatkan aku rasa nak ‘bersenam’jugak, ni tak boleh jadi nih..,lalu aku tutup TV dan terus ke bilik tidur mengejutkan isteri untuk ajak ‘bersenam’.., bukan apa, teringat hadith Nabi yang aku lupa mantan dan perawinya yang memberitahu jika dalam perjalanan tiba tiba terlihat sesuatu yang terangsang, maka pulanglah kerumah dan bersetubuhlah bersama isteri.., begitu lebih kurang maksud.., wallahulam.

Jadi kes aku, salah aku jugak, siapa suruh tengok TV yang ada iklan jual alat senaman malam malam?, astarfirullahalazim.., terpaksalah aku ganggu isteri aku yang sedang tidur untuk ajak bersenam, tapi.., mungkin kerana baru terjaga dari tidur, antara sedar dan tidak sedar, boleh pulak isteri aku menolak ajakan amaradana dari lelaki yang macho ini?

What! Ke mana aku nak tumpahkan kuah jika tak ke tempat yang betul?

Ok, aku cuba cool, aku cuba ambil wudhu dan cuba tidur, tapi dalam keadaan isteri aku yang seksi di sebelah dan model iklan alat senaman terbayang di mata, apa daya aku? Sekali lagi aku kejut isteri aku, tapi isteri aku memusingkan badannya pula...

Apa aku nak buat? Aku bukan ada isteri lain, jika tak, aku boleh buat buat merajuk, dan pergi rumah isteri nombor dua, dan terus tumpahkan kuah pada nasik di sana.., tapi isteri aku satu jer..

*****

“boleh tak abang kahwin dua”, Tanya aku pada suatu petang..

“Tak boleh”Jawab isteri aku selamba.

“nanti kalau boleh, bagitahu ye?” jawab aku lagi selamba.

******

Ok, kembali pada babak malam ini, isteri menolak ajakan aku untuk bersetubuh, apa kita nak buat?

Tiba tiba aku mendapat satu ilham, ha ha (gelak orang jahat)

Maka dalam kedinginan malam, akupun bangkit dari pembaringan, lalu akupun melakukan beberapa angkara yang mana jika kita buat kat orang sedang tidur, maka orang itu akan marah.., tapi orang yang akan marah itu adalah isteriku, biarlah dia marah, sebab sekarang dia yang sedang buat aku marah..

Aku pendekkan cerita, lepas aku dah buat beberapa angkara itu, akupun tidur..,

Pagi itu jam loceng berbunyi seperti biasa, isteriku pun bangun seperti biasa, dan pelik?, tidak marah marah.., aku yang juga terdengar jam loceng itu, biarkan sahaja ianya terus berbunyi lalu dimatikan alarmnya oleh isteriku dan isteriku terus pergi mandi, selepas mandi, isteriku datang mengejutkan aku..

“bang, bangun, bang, dah dekat nak subuh ni..” kejutt isteri aku yang sedang berkembang dengan kain tuala.

Akupun tarik dia dan berkata;

“Abang nak bersetubuh dulu, sebab jam baru satu pagi”
Woha!

Rupa-rupanya, angkara yang aku buat tadi adalah dengan menukar waktu jam, dari satu pagi kepada jam 5 pagi, dan untuk merealkan lagi suasana, jam kat ruang tamupun aku tukar waktunya, mulanya iasteri aku tak percaya, tapi setelah aku bukak TV dan isteri aku melihat rangcangan bersama iklan alat senaman masih belum habis, maka percayalah isteri aku bahawa dia dah tertipu oleh aku dan waktu. Woha sekali lagi.

(babak seterusnya terpaksa dipotong kerana semua tahu sudah, kemana tumpahnya kuah kalah tak.., arghh, sambung sendiri)

Moral of the story, janganlah kamu wahai para isteri, menolak ajakan suami untuk bersetubuh, kerana jika suami tidur dalam keadaan marah, maka kamu akan dilaknat oleh malaikat sampai ke subuh,

...dan yang belum jadi isteri orang lalu menolak ajakan teman lelaki untuk bersetubuh, maka kamu adalah antara wanita yang suci lagi terpelihara...

...dan jika kamu menerima ajakan teman lelaki untuk bersetubuh, maka kamu adalah bodong bangang, dan akan dilaknat oleh Allah sampai kamu bertaubat..

Takutlah Allah dalam bab menjaga kemaluan, dan jagalah kangkanganmu dari lelaki yang sundal!

Ps: isteriku, jika kamu menolak lagi ajakan abang, bukan setakat jam ruang tamu yang abang akan ubah waktunya, jam dalam keretapun abang akan ubah sekali, woha!.., (bukan senang dapat tidur bersama isteri yang baru lepas mandi...he he)

 

Tuesday, May 18, 2010

Terkunci dalam toilet!!!!

Sememangnya dah lama nak cerita kisah ni, tapi tunggu betul-betul cool baru boleh cerita. Al-kisahnya hari khamis lepas (minggu lepas) aku MC kerana migrain. Terjaga pukul 3.30 pagi kepala masih terasa beratnya. Tinggallah aku bersama Adib di rumah.Adib sekarang dah 2 tahun 3 bulan. Tengok apa yang dia buat pada aku.

Selepas breakfast (aku mmg breakfast lambat-9.30 pagi) perut aku terasa sakit dan memaksa diriku untuk ke toilet.

"Adib, ibu nak pegi toilet jap"
"Ok." Adib membalas.

Tengah aku seronok dalam toilet, tetiba Adib mengetuk pintu toilet sambil menjerit.


"Ibu! Ibu!"
"Yer, ibu kat dalam nih"

Tetiba aku terfikir hanya untuk memenuhi masa dalam toilet aku.

"Isk, buatnya si Adib nih main kunci pintu, mati aku"

Sekali aku dah flash, aku buka pintu.
"ALAMAK!!!!"

Menjerit-jerit la aku. Menangis la aku. Melalaklah aku. Dok fikir kena tunggu sampai pukul 6 petang la aku kat dalam toilet nih. SUMPAH!!! Aku tak sanggup masuk penjara. Toilet yang cerah bersih pun aku tak sanggup inikan lagi penjara.

Separuh gila juga aku kat dalam toilet. Aku kuatkan semangat mencari idea untuk melepaskan diri. Bermacam-macam cara aku buat. Ketuk? Tendang pintu? Semua dah. Menangis-nangis aku panggil si Adib. Jawapan masih sama iaitu senyap. Aku makin risau. Bermacam-macam perkara yang bermain di kepala otak aku nih. 

Aku mendapat satu idea. Aku cuba tarik pintu. nasib baik pintu toilet bukan diperbuat dari kayu. Aku tarik dan cuba muncungkan mulut aku di celah-celah pintu mmemanggil nama Adib. Masih tiada jawapan. Aku terus berusaha. Mengetuk pintu dari luar dengan mengeluarkan tangan aku. Aku menyendal pintu dengan botol. (tetiba ader botol dalam toilet aku)

Tetiba aku dengar tapak orang berjalan. SAH!!! ADIB!!!!
Terkedek-kedek Adib datang kat aku dan berkata,
"Ibu...Ibu..."
"Ha...buka balik pintu ni Adib...dah lama ibu kat dalam nih"
"Tak yeh" (Tak boleh). Sebab pintu menjadi ketat kerana botol. Aku cabut balik botol tersebut. Dan akhirnya...aku boleh keluar kembali dari toilet. Aku terus terkam si Adib sambil peluk dan menangis teresak-esak. 

"Ibu bukannya aper, ibu takut apa-apa terjadi pada awak jer"

Nampak air mata bergenang dikelopak mata Adib. Mungkin dia faham apa yang aku katakan. Nasib aku baik kerana Adib faham arahan aku. kalau tidak mungkin sekarang aku dah gila kerana terpaksa menunggu hingga jam 6 petang baru boleh keluar. Aku keluar ke ruang tamu untuk lihat apakah yang menyebabkan Adib tidak menyahut panggilan aku.Rupanya Adib senyap sebab dok layan rancangan Apa-Apa Aje. Aduhhhhhh

Pesanan untuk pembaca .
1. Masuk toilet jangan lupa bawa handphone.
2. Kalau guna toilet dalam bilik, pastikan bilik berkunci dari dalam agar anak tak boleh masuk dan main kunci.
3.Jangan kuatkan suara TV bila tinggalkan anak sendirian menonton TV.
4.Ader pesanan lagi? Hihihihi

Friday, May 14, 2010

Lagi blog untuk blogers

Kali ini aku viewkan 2 blog yang memang aku kalau tengok topiknya mesti aku akan buka dan baca. Tapi akhir-akhir ni agak lambat 2 blog ini diupdate. Mungkin disebabkan komitmen lain macam aku jugak. Jom kita lihat siapa yang terkena!!!!

Simple tapi padat. Padat dengan apa? Ha, padat dengan maklumat dan cerita-cerita yang aku akan baca dan follow. Pernah sekali aku copy Abang Long punya entry pasal seks untuk dikongsikan bersama. Minta izin la dulu, kang tak pasal kena saman beb. Baik hati orangnya. Dia bagi tanpa sebarang soalan. Kalau tak salah aku, Abang Long menetap di Klang. Insya-Allah, satu hari nanti akan terserempak juga ngan Abang Long.


Nama blog ini iala KERETA MAYAT. Takut jugak pada mulanya bila tengok nama blog. Tapi serius, isi kandungan cukup mantap. Entrynya akan diselitkan dengan cerita atau kisah yang sememangnya. Pendapat dan pandangan isu-isu agama dibincangkan.

Wednesday, May 12, 2010

Sanggul @ Bonggol~~

pic from google

Sebelum aku meneruskan entry aku ini, aku nak mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini bisa mengguris hati sesiapa sahaja yang membaca. Aku hanya sekadar mahu berkongsi.Sebarang pendapat bolehlah tinggalkan komen untuk kita berkongsi bersama.

Sabda Rasulullah s.a.w. 

Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun” (riwayat Muslim)


Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(  bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah) 

Pernah waktu sekolah dahulu aku diajar oleh ustazah.
"Ingat, jangan tinggikan sanggul"

Ingat sampai ke hari ini. Tapi semenjak akhir-akhir ini aku rasa macam dah jadi trend meninggikan sanggul. Ada pendapat? Takut nanti tersalah maklumat pulak. Pakar-pakar agama dialu-alukan sebagai panduan kepada kita semua.

Tuesday, May 11, 2010

Bloggers-bloggers ku~~

Kali ni aku nak share beberapa buah blog yang aku selalu kunjungi. Setiap hari aku akan tengok list blog kat side blog aku kot ada cerita baru. Ada sebab kenapa aku suka singgah kat blog diorang. Meh kita tengok siapa yang kena!!!! Untuk officemate aku, blog korang memang setiap hari aku jengah, so tak payah la aku nak list kan yer.

Ini blog kak ita. Aku pernah terserempak dengan dia kat Alamanda. Cantik orangnya. Hihihihi.Kenapa aku suka singgah dan tinggal jejak pada blog dia? Sebab aku kagum ngan ketabahan dia. Setiap kali kalau aku baca entry pasal anak dia pasti menyentuh hati aku.Memang dia seorang yang kuat bagi aku.Nak kenal kak ita? Silakan yer....

Ini blog CT NORAMIZA. Aku suka penulisan dia yang agak gamble. Memang bersahaja. Ayatnya senang aku nak faham dan kekadang bila aku baca mesti tergelak. Aku teringin jumpa dengan empunya blog ini. Bagi aku dia seorang yang low profile. tapi yang bestnya kalau tinggal jejak pasti dia akan balas.

Ini pula blog Ibu_Arifa. Sekarang kalau x silap aku Ibu Arifa stay kat Penang. Kenapa aku suka lepak kat blog Ibu Arifa? Ha...psssttt, kat sini banyak link. Kalau nak beli barang melalui internet, mesti aku sergah ke blog dia. Sesambil tu aku jeling jugak entry dia. Tak percaya? Klik gambar kat atas tu. Enjoyyyy

Ha...ader lagi blog yang setiap hari aku akan jeling dan kerling. Nanti free aku akan share lagi blog-blog yang aku suka lepak.



Friday, May 7, 2010

Sedih...

Lanjutan entry semalam, keputusan untuk temanku dah pun keluar. Temanku 'Mas' akan ditempatkan di IPD Langkawi. Dengar macam bestkan? Memang best tempat baru. Tapi sedih arr berjauhan lagi seorang teman. 

"Tak per Mas, nanti kami balik kampung, boleh kami pi Langkawi" Pujuk hati aku.

Hakikatnya aku teramatlah sedih untuk berpisah dengannya. Aku masih mencari benda apa yang sesuai untuk diberikan padanya. Masih ada cadangan? Nak tengok orangnya?

cun kan?


Teringat dan air mata pun meleleh...

9 Mei hari Ahad ni khas untuk ibu-ibu sedunia, sebak pun ada tengah dok menaip nih. Apanya tidak, sesambil menaip dok dengar lagu "ayah dan ibu" nyanyian Allayarham Sudirman. Itu memang lagu kegemaran aku. Disebabkan lagu itulah aku gelarkan diri aku sebagai IBU dan suamiku sebagai AYAH.

Bila dah besar nanti, anak-anak aku dengar lagu tu terus teringat kat aku. Hihihihi. Tak pernah sekali pun aku diajar untuk meraikan hari IBU atau BAPA. Dah nama pun orang kampung. Aku didik dengan tegas. Kurang kasih sayang? Aku rasa cukup. Terlebih rasanya. Kalau dinilai kembali, tiada beza di antara kami adik beradik.

Masa aku kecil-kecil dulu, kalau aku nak sesuatu benda, jangan haraplah aku boleh dapat. Semua kena usaha. Simpan duit dan beli sendiri. Waktu tu aku rasa macam teramat 'kejam' mak dan ayah aku. Tapi sekarang, aku nak ucap berbanyak-banyak TERIMA KASIH pada mak dan ayah aku. Sebab didikan macam tu lah aku jadi sebegini. Alhamdulillah.

Tapi sayang seribu kali sayang. Tak sempat pun aku nak ucap pada ayah aku. Dia dah pun pergi dahulu sebelum aku sempat mengucapkannya. Tak pernah sekali pun aku cium pipi ayah. Kecuali kali terakhir dia di dunia. Kalau sekarang diminta aku imbas kembali kenangan pahit bersama arwah, sesungguhnya aku sendiri dah tidak berapa ingat kenangan-kenangan pahit bersamanya. 

Pada mak aku kat kampung, sekejap lagi aku nak call dia. Tak sabar nak tunggu dia datang rumah baru aku. Membawa bersama pokok-pokok cili untuk aku. Hihihihihi. Baik punya anak. Untuk Mak, nanti ceq cari hadiah special walaupun bukan diberi pada 9 Mei nih sebab jauh. Nanti mai sini ceq bagi...mmmuuuuaaahhhhh!!!


Thursday, May 6, 2010

Any suggestions???

Sedih pun ada, happy pun ada,sebak pun ada. Khas buat temanku 'Mas' yang akan berpindah jauh dari aku. Maybe ke Utara atau ke Timur. Tapi itu adalah untuk kebaikan dia. Aku mendoakan yang terbaik buat 'Mas' sekeluarga.

Apa yang istimewanya 'Mas' pada aku? Dari segi fizikal, dia memang seorang yang cantik dan ayu. Nampak lembut dari luaran tapi agak tegas secara hakikat. Bukti? Huh, kalau drive ada yang kurang ajar pasti dihon kereta tersebut. Jangan ingat nak hon tu bukan saja-saja, mesti ada sebab. Sesetengah yang tak kisah memang tak akan hon, tapi 'Mas' laju jer tangan dia tekan punat hon tu. Hihihihi.
 
'Mas' ialah driver aku untuk seharian bekerja (melampau betul aku nih). Aku mana ada lesen. Maknanya tak kesampaianlah hajat 'Mas' untuk merasai aku drive kereta.Hihihihihi. Hari-hari ada saja cerita yang akan dikongsi bersama. Baik peribadi mahupun pasal kerja. Tak kisah lah, tapi segalanya 'Mas' adalah tempat aku meluahkan perasaan. Memang baik hati sungguh 'Mas'. Terima kasih 'Mas'.

Yang bestnya lagi ialah nama pangkal dan panggilan kami sama. Asal negeri pun sama. Dan umur kami sebaya. Betapa specialnya kami. Pernah seketika ader orang panggil 'Mas!!!!' , kami berdua tidak tahu empunya nama tersebut dan berlalu dengan muka slumber sahaja. "Agak-agak tadi diorang panggil saper erk?" Hihihihihi.

Doa aku buat teman ku 'Mas'. 
"Ya Allah, KAU berikanlah jalan terbaik buat sahabatku Masliana. Berikanlah Rahmatmu ke atas kehidupan dirinya sekeluarga di dunia dan akhirat.KAU murahkan rezeki padanya Ya Allah.Sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengasihani."

Cuma aku nak minta pendapat, apa hadiah yang sesuai untuk aku berikan pada 'Mas' sempena perpisahan kami. Argggghhhhh...sedih nih....


Wednesday, May 5, 2010

Anak Kecil Main Api

Teringat waktu kecil dulu, aku and the geng di tadika diberi tugas untuk menghafal lagu nih. Tapi aku rasa liriknya dah berubah, aku cuba dapatkan lirik asal tapi masih dalam cubaan. Beb, aku pun ada jiwa patriotik. Aku sengaja dapatkan video lagu yang bersertakan lirik. Sesiapa yang buka tadika tu, lagu ni amat sesuai untuk anak-anak kita. Bila dah besar macam aku akan ingat satu lagu patriotik, hihihihi. Apa kata korang layan...jommm!!!~~



Tuesday, May 4, 2010

Lagu Untuk Adib~~

Lagu ni aku suka sangat dengar...dah jadi ringtone aku pun...Adib pun dah boleh follow lagu nih...sesuai untuk anak-anak kecil sebab senang nak follow...dengar erk...dapat la pahala aku sikt walaupun x dapat duit untuk promote...hihihih...dengar satu-satu yerk...






Sunday, May 2, 2010

Ahad~~

Semalam aku balik dari kampung atuk suami aku di Bagan Datoh...sebab hari ni aku kena datang ofis...last minit punya permintaan...sebab esok (Isnin) ader audit...alahai...berangkut sakan la aku...dengan si suami dan Adib ke ofis...habis dipunggahnya si Adib...si ayah leka bermain game...apa la nak jadi ngan hujung minggu aku nih...sedihhhhh~~