Friday, April 3, 2009

Bila dah jadi ibu...



Bila dah jadi ibu Adib...

1. Pegi maner pun nak jer heret si Adib tu...
2. Kalo pegi tempat shopping...nmpk jer baju comel-comel...nak jer beli utk Adib...
3. Percaya la...bangun pagi...mesti cium Adib then baru ayah...sorry ayah...
4. Sanggup EL kalo Adib x sihat...
5. Pantang nampak Adib main mainan org lain...nanti mesti pegi carik...
6. Alert pada saiz kaki Adib...nak beli kasut baru...kalo sendiri...kasut sampai ternganga pun x heran...x percaya...? Tanya la bos...hihihihihi
7. Setiap malam mesti berguling ngan Adib...ayah buat aper? Dier dah x heran coz ader teman baru..."download komik"
8. Kalo hujung minggu...yang difikirkan bila bangun..."aper Adib nak breakfast erk?"
9. Setiap petang balik dari kerja mesti ader belikan something untuk Adib ngunyah...dah jadi tabiat...roti...kek...atau pisang goreng...keropok? X nak la ajar...
10. Suka kumpul baju Adib...dah berhelai-helai still rasa x cukup kalo nak pegi jalan...kalo ader event hujung minggu...hari jumaat tu...mesti nak jugak cari baju baru utk Adib...ayah?...geleng kepala jer tgk...hihihihihi

Thursday, April 2, 2009

Argh!!! KTMB ni sajer menguji aku~~

Semangat aku balik petang tadi...geram...hampeh tol...baru puji semalam KTMB.."bagus akhir2 ni yer..tepat waktu tren datang"...makan puji betul KTMB nih...hari ni 3 tren delay...bayangkan macam sardin tembam dalam tren...yang aku pelik...diorang x kasihan ker kat penumpang2...masing2 nak balik masak...nak rehat...nak ambik anak...gerammmmmm...kat KL Central...lagi kasihan...separuh x boleh naik...pastu ader pulak pegawai2 KTMB yang turun buat muka derk jer...aishhhhhhh...geram nyerrrrr...aku balik umah pukul 5.00 pm...sampai umah pukul 7.00 pm...aper nak jadi ngan KTMB nih???~~~ Hari ni dah masuk utusan...ader orang mengadu...buat peel balik...aper nak jadik x tahu la...aper masalah pun x tahu la...tren x cukup ker...tapi boleh pulak buka stesyen lagi...x cukup peruntukan ker...hari2 aku melabur RM7.60...itu aku sorang...management??? Korang pegi la sendirik tengok kat ofis dier...aku pun x tahu la...yang aku pelik...penumpang haruslah memahami keadaan KTMB...tapi harus x KTMB memahami penumpang?
Kat sini aku nak cadangkan pada KTMB agar...kalo delay lagi...penumpang berhak menuntut separuh harga kembali tiket perjalanan...baru padan muka...baru tahu nak perbaiki perkhidmatan...aiyakkkkkkkk...manyak susah loooooo!!!!

Boss dah balik!!!

Minggu yang penuh ngan kebosanan. 3 hari x dengar suara bos aku. Hihihihihi...ader emergency balik Kedah. Senegeri ngan aku. Sebelah daerah aku. Dekat jer.Tapi kalo bersembang keluar la loghat kedah kekampungan kami...hihihihihi. Hari ni bos aku dah balik...kecoh satu department ngan suara dia...kami pun sama naik la...apa nak heran...semua keluarkan suara yang sumbang-sumbang...hihihihihi...bukan apa...bila bos x der...nak buat keputusan susah...TAPI...nak pi SOGO senang...hahahahah...TAPI kalo ader bos...kekadang ngan bos sekali pi SOGO...itu yang best...ingat senang nak dapat bos macam ni??? Aku kekadang nak sabar macam bos aku pun susah...tapi bos aku boleh sabar ngan aku...hihihihihi...dier pun selalu kena ngan aku jugak..dalam erti kata lain...nak jumpa bos macam ni satu dalam sejuta...hihihihi
*Tips*
1. Kalo nak kenakan bos...tengok mood bos dulu...
2. Kalo nak ajak bos shopping...tengok kewangan dier dulu...pastu cucuk (hasut)...baru ajak...hihihihi
3. Kalo nak suruh bos belanja...buat keja yang dier suruh dulu...pastu baru tuntut...
4. Kalo nak buat bos marah...EL la seminggu...hihihihihi
5. Kalo nak ambik tempat bos...korang fikir la sendirik mcm mana nak buat...hahahhaha

Suami yang penuh sentuhan kasih

Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri:
1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab. Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.
2. Memberi pujian terhadap isteri Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri. Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku?" Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.
3. Menentukan batas tanggungjawab Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.
4.. Menghindari kritikan terhadap isteri Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri. Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:
•Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
•Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin
•Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama
•Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri
•Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak
•Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian
5. Memperhatikan sesuatu yang romantik Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulang tahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita... Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amatbernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.
6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.
7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.
8. Memahami gelora jiwa isteri Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai orang yang dapat membimbing hidupnya.
9. Membina kerjasama yang baik Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mewujudkan keluarga bahagia.
10. Memenuhi keperluan peribadi Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi mahupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.

Kamus Loghat Kelantan

Kali Arung - Sekaligus
Air Geh - Air BerkabonatJ
auh Sapok - Teramatlah Jauhnya
Panah Terik - Panas Yang Teramat Sangat
Comel Lote - Comel Yang Amat
Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat
Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya
Punoh Jahne - Rosak
Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkan Pergaduhan
Taik Aye Muna - Tahi Ayam Yang Masih Hangat
Kona Lepe - Corner
LipatKelecak - Terpelanting
Nakuk Paik - Penakut Yang Amat
TinggiLonjong - Tinggi Sangat
Tinggi Nya - Yuk Sama Macam Di Atas
Masing Pekkok - Teramat Masin
Nipih Nayyang - Sangat Nipis
Maknga - Cuai
Babei - Degil (Tak Tau Nak Eja Camne)
Jabir / Supek - Plastic Bag
Koghok - Tengkorak
Kehek - Muntahkan Semula
Puahsang - Boring
Meppeh - Tak Larat
Kepeh Blepeng - Sangat Kempis
keghah kekong -keras yg teramat
koho/selo - perlahan/slow
kettuk heghek -kentut
gapo dio -apa / apa
diaghoyak -bgtau
blago -berlanggar
mokte- rambutan
woh kekoh caa -kuih buah melaka
ccongek -tejungkit
kupik hangik -kedekut nak mampos
woh tteghe-buah gajus
nnetting- melantun
deghah -deras / laju
manih letting -manis yg amat
pok-e-dèng -pepatung