Tuesday, May 5, 2009

Kembalikan Program Susu Sekolah untuk murid miskin

SAYA merupakan bapa kepada anak- anak yang bersekolah di sekolah rendah kerajaan. Saya lihat banyak ganjaran dan kelebihan telah diberikan kepada murid-murid oleh kerajaan. Syabas diucapkan.
Antaranya, buku teks percuma, pemansuhan yuran dan banyak lagi bantuan diberi bagi meringankan perbelanjaan keluarga.

Namun saya berasa amat terkilan kerana Program Susu Sekolah untuk murid miskin yang diperkenalkan pada awal tahun 80-an oleh Tun Dr. Siti Hasmah, isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, kini sudah tiada lagi.

Saya merupakan antara pelajar yang menikmati Program Susu Sekolah pada masa era 80-an itu. Susu adalah satu makanan lengkap untuk murid-murid membesar sempurna dan meningkatkan tahap antibodi dalam badan mereka.

Apabila saya bandingkan tubuh saya dan kawan-kawan semasa kami bersekolah (semasa menikmati Program Susu Sekolah) dan tubuh murid-murid sekarang adalah jauh berbeza.
Murid sekarang adalah lebih kecil dan rendah, tidak bermaya. Kebanyakannya kurus dan tidak seaktif yang kita harapkan serta mudah sakit.

Apa yang memeranjatkan lagi ialah kebanyakan kantin di sekolah dibenarkan dengan cara terbuka menjual minuman seperti air sirap pewarna merah, air batu campur dan minuman manis yang kebanyakannya mengandungi kandungan gula dan pewarna yang tinggi. Pada jangka panjang, ia boleh menyebabkan kanser dan kencing manis.

Tambahan lagi, kebanyakan minuman yang dijual tidak mempunyai pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang memantau tahap gula dan pewarna yang dibenarkan bagi semua produk keluaran komersial.

Isu keracunan susu yang panas diperkatakan tahun lepas hendaklah dianggap sebagai proses pembelajaran kepada semua pihak termasuk kerajaan, ibu bapa, pihak sekolah dan juga pengilang susu.

Janganlah kerana segelintir peratusan murid yang sakit perut dan digembar-gemburkan di dalam media, seluruh murid miskin dinafikan haknya untuk mendapatkan bekalan susu percuma daripada kerajaan.
Kajian di sekolah itu sendiri hendaklah dijalankan dan juga sistem pemakanan murid yang terlibat hendaklah dikaji secara total.

Apa yang dimakan sebelum minum susu, waktu susu diminum serta gabungan makanan yang terlibat semasa meminum susu. Pihak kerajaan perlu telus dalam hal ini.

Hampir seluruh negara di dunia mempunyai Program Susu Sekolah yang berterusan dan pencapaian mereka adalah amat memberangsangkan.

Cuba lihat Indonesia, Thailand, Jepun dan Singapura. Mereka berlumba-lumba untuk menghasilkan generasi sihat.

Saya bersimpati dengan murid miskin yang tidak lagi menerima bantuan susu sekolah. Ingatlah peratusan murid miskin terbesar adalah murid berketurunan Melayu.
Keluarga mereka tidak mampu membeli susu di kedai dan pasar raya untuk dijadikan minuman harian seperti di negara Barat.

Justeru, teruskanlah semula usaha murni Program Susu Sekolah. Murid miskin sekarang inilah yang akan menerajui negara kita satu masa nanti.
Kesihatan mereka mencerminkan masa depan negara kita. Kembalikanlah hak mereka.
BAPA PRIHATIN
Kuala Lumpur
(Petikan dari Utusan)
*Teringat zaman sekolah dulu...sedap susu tu...susu coklat...teringin nak minum lagi...

Saturday, April 25, 2009

Monday, April 20, 2009

Satu ketika dulu...

(rujukan gambar dari http://notakhairi.blogspot.com)

Teringat di zaman kecil dulu...

"Tu la PM kita...Doktor Mahathiq (sebut org kedah)"

Teringat di zaman sekolah rendah

"Siapa perdana menteri kita?"

"Doktor Mahathiq cikgu!!!" (dengan bangga sebab tau nama PM)

Teringat di zaman sekolah menengah

"Siapa yang mencipta 'wawasan 2020'?"

"Datuk Mahathir cikgu!!!!" (sebutan dah betul sebab dah meningkat dewasa...tapi still salah gelaran)

Sampai sekarang aku x boleh lupakan jasa-jasa dia dalam pembangunan negara...walaupun ketika kecil dulu aku x tahu pun apa itu BARISAN NASIONAL...yang aku nampak timbang tu...lepas tu orang dok ejek aku...

"woi...mu nak thu (tahu) dak...timbang tu busuk...busuk skerap(getah)...timbang tu la dok guna timbang skerap...bik (lebih baik) mu pilih bulan...terang benderang..."

Ha...jangan pelik...itu adalah dialog realiti aku ketika aku darjah 1...bukan guru yang mengajar...tapi tahu...tapi aku tetap dengan penimbang tu...walaupun diejek dengan bau skerap...

Tapi kini...aku tetap menanti...kerana pada satu ketika aku nyaris menyingkir penimbang kerana 'Doktor Mahathir' aku yang aku sanjungi seketika dulu...kuat pengaruh dia terhadapku...

Kini ... dia mula kembali bersama penimbang...aku mula yakin terhadap penimbang aku semula ... tapi... bila aku boleh mengundi nih ... IC pulak hilang ... aduhhhhhhhhhhh!!!! Daftar pun blom lagi!!!!Huhuhuhu....

*aku suka pic tu...segak sungguh Tun posing...I like it....hihihihih


Saturday, April 18, 2009

Serupa siapa?






Serupa ayah atau serupa ibu?~~

Hidangan di hujung minggu~~

Dalam kepala otak minggu ni memang dah plan nak masak aper...selalunya blur...asyik-asyik kari udang...asyik-asyik ayam masak lemak cili api...asyik-asyik tomyam...asyik-asyik sardin...kekadang naik penat nak masak benda yang sama...tapi kali ni aku lepak kat www.resipi.net puas hati aku...hari ni aku masak udang masak kasturi...kerabu taugeh...dan begedil untuk Adib...puas hati la...sebab sedap...suami aku siap tambah nasi...Adib tu jangan cakap la...memang hobi dia sama ngan aku..'makan'...hihihihih...x sempat nak snap gambar...coz lepas masak terus makan...try la...memang sedap...simple...x banyak bahan...just limau kasturi...cili merah ngan hijau...garam...bawang besar...tomato dan jangan lupa minyak untuk goreng...sedappppppp...selamat mencuba!!!~~