Semalam x ke mana pun nak sambut merdeka...plan...tgk tv an tio...hihihihi...godek2 tgk tv...ader filem di tv2...1957 Hati Malaya...aku x pernah pun ader kesempatan untuk tgk filem tu...tapi semalam usaha jugak nak tengok filem tu...memang aku tabik...best...mengalir air mata aku...bila tengok TUNKU menangis bila rakyat sanggup mengorbankan harta demi menyara kos TUNKU ke LONDON untuk mendapatkan kemerdekaan~~~Betapa susahnya orang-orang dahulu...presiden sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kepentingan rakyat...tanpa mereka dahulu...dapatkah kita hidup seaman ini...kepada yang di luar sana...kalau ader yang ingin memporak perandakan MALAYSIA ini...sila buka buku sejarah anda semula...kalau anda tidak dapat menghayati pengorbanan orang-orang dahulu...serahkan kerakyatan anda semula...aku sayang MALAYSIA!!!!!!

Monday, August 31, 2009
Friday, August 28, 2009
Madu Itu Sememangnya Manis...tapi....
Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun..
Life starts at 40.
'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku..
Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok.
Tersengih- sengih aje lah I at that time.
'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam
sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!'
Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I.
Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.
Sebab apa ?
Bila mengenangkan umur I yang dah 40+.
Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun.
Memang lah seronok beb.
Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu aje lah.
Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I,
rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.
Tak perlu nak ajar, I suka makan apa,
cam mana cara nak masaknya,
baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur
I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.
Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka.
Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana,
hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu.
Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ...
Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu,
tentu dia banyak ragam.
Ye lah dia muda,
I kan dah tua.
Mesti dia kata I ni mengada-ngada.
Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda.
Silap haribulan, takut lari lak, kan ...
Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda..
Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja,
isteri yang muda pasti lagi teruk.
Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak
tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95,
Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota.
Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua.
Kalau I tak bagi barang-barang tu,
dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.
Sedangkan dengan isteri tua,
awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup,
berpanas berhujan,
dukung anak kita dicelah motor tu.
Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu.
Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik.
Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.
Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar
rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung
dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ...
Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT
setiap hari ... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...
Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan.
Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain
anak-anak lebih tertekan.
Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia.
Sebab tension bapak kawin baru.
Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.
Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong
pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu.
Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi
di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.
Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)
Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar,
boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupanmereka.
Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi.haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat.
Mula mula kawin tentu seronok.
Paling lama setahun-dua.
Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu.
Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak.
Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.
Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu.
Eii tak sanggup pula.
Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ... lagi haru ...
Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nakletak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.
Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.
Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje.
Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....
Hish banyak lah lagi.
Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah.
Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.
Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu... rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I..
Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata.
Bukannya yang di dalam kepala.
Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak
mengharungi susah senang dari mula.
Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) .
Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas
kalau isteri tu tak kejutkan.
Bukan nak kata solat Subuh,
kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas.
Baca Quran pun sekali-sekala,
baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal.
Ikut sunnah Nabi apa nama tu.
Tak payah lah yang lain lain.
Kang ada yang nangis bila disebutkan.Cukuplah.
Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.
Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
Apa sangatlah kita nih.
Macam nabi konon. ye ke?
Bab kawin kawin aje nih cam nabi.
Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial.
Renung-renungkan...mari beramal....ahaks
Pagi yang hening~~
Pagi yang hening...tajuk macam teruja jer...hahahaha...nak teruja mender...tgh sejuk2 nih...dapat bantal, lena jugak kang...dari rumah lagi tadi nak ke stesyen komuter, hujan x henti-henti...rahmatnya hujan di bulan Ramadhan...hujannya sampai la aku sampai ke ofis...dalam tren aku menahan sakit perut dan 'kuncil' akibat kesejukan...aku paksakan diri untuk tidur disebabkan perjalanan memakan masa selama sejam 15 minit...huh...kalo tak lena memang menipu namanya...hihihihihi...sampai jer di stesyen komuter kl...macam lipas kudung aku berjalan + berlari mencari toilet...arghhhh...x tahan sungguh...keadaan memaksa aku...x kan la sebab bersahur??? Tadi aku makan nugget, crab ball, jejari ayam,hmmmm...ooo...aku minum vitagen...x kan la sampai aku sakit perut dibuatnya??? Esok pagi sahur aku nak minum lagi...nak test masihkah ada sakit perut ituuuuu...hiiihihihihi
Wednesday, August 26, 2009
Nak CERGAS~~
Aduh...2-3 hari ni terasa amatlah penat...nak kata tak makan...berbuka sah habis jugak nasi dibalun...nak kata tak selera...memang menipu la...tapi makin terasa lemah...bila bangun pagi untuk siapkan juadah sahur...ok lagi...tapi selepas itu...terasa la sangat...satu lagi waktu ialah selepas sejam dua berbuka...lenguh habis badan terasa...mungkin sebab tak ambil sebarang makanan tambahan...ader jugak dok cari tapi asyik terkena pil jer...memang tak akan makan la...huhuhuhu...nak cari makanan tambahan yang sedap-sedap...hihihihihi...tak nak la UBAT~~ Ader suggestion???~~~ Tolong la...
Friday, August 21, 2009
"Beautiful Baby Search Contest" Looking for Beautiful Prince and Princess~~

Ha...sekali lagi mencuba nasib...contest yang dianjurkan oleh mommy_zara ... just nak try...kalo ader rezeki...alhamdulillah...sesambil tu boleh merapatkan silaturrahim...aminnnnn...nak tahu aper hadiah dier??? Jeng...jeng...
1st Prize: 1 printed tshirt(ur bb pic on it) +1 magnetic + 1 keychain + 1Mag baby poster2nd Prize: 1 Magnetic+ 1 Mag baby Poster+1 keychain
3rd Prize:1 keychain & Mag baby PosterMystery gift for number: 9 & 19
syarat2 utk join contest ni:
1. jd follower Mommy_Zara---> done
2. sila add banner di atas pada sidebar..--->done
3. buat special entry utk contest ini dan sertakn sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah..--->done
4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby. tips: gambar baby comey dgn aksi bersahaja tp masih mengekalkan kecomelannya mungkin menjadi pilihan juri--->done
5 sila nyatakan bila gambar diambil.--->done
6. link kn blog Mommy_Zara . --->done
sila tinggalkn comment bila dh siapkn entry k...
*A.L.E.R.T*semua baby yg manjadi peserta mestilah dr umur....newborn ------------------------> 3 thn for those yg single, uolls juga bleh sertai contest ni & syarat menghantar gambar seperti diatas haruslah dipenuhi..
contest bermula dari 11 August 09 hingga 31 August 09
Ha...ini pilihan gambar Adib
Umur : 1 Tahun 6 Bulan
Gambar ini diambil pada 13 Jun 2009...pada hari Sabtu...gambar ni diambil di Wet World, Shah Alam...time tu esok hari Ahad, aku terpaksa outstation selama seminggu, so aku dan husband bercadang bawa Adib pegi main air...yang paling dekat ngan umah aku Wet World la...memang best...seronok bila dapat meluangkan masa bersama...tengok la pada gambar di atas...terbukti keseronokannya...hihiihihi
Gambar yang ke 2 pulak ibu bersama Adib...gambar ni diambil pada 28 Dis 2008...time ni Adib buat latihan untuk berjalan...hihihihihi...siap ader latihan gitewwwww...jatuh...bangun...itu semua pembelajaran bagi Adib...tengah-tengah belajar tu...ayah ambil kamera dan say...
"Adib...ready...ayah nak ambik gambar..."
Tengok la aksi konon macam model ngan ibu iteuwwww...sampai sekarang pantang nampak kamera...pasti ader aksi dari Adib...Love you Adibbbbbb~~
Subscribe to:
Posts (Atom)