Wednesday, June 29, 2011

Rezeki~~

"Seharusnya kita wajib mensyukuri segala rezeki yang diberi olehNYA."

Ayat di atas kadang kala membuat seseorang itu pasrah dan redha dengan apa yang dirinya dapat. Tanpa usaha, tiadalah hasilnya. Namun bagaimana pula yang usaha terus berusaha masih tiada hasilnya. Adakah semua itu masih perlu kita redha sahaja?

Inilah yang berlaku pada organisasi saya sekarang. Walaupun saya tidak terlibat namun, saya sebagai seorang pekerja, saya ada hak untuk mengetahui apa yang saya dapat dan apa yang saya tidak dapat. Ini kerana sistem yang dijalankan juga dicipta oleh manusia. Pelarasan gaji baru sahaja dibuat namun saya melihat ia masih belaku 'kelopongan' di dalam pelarasan itu. Yer, saya akui rezeki masing-masing, tetapi bagaimana pula yang pekerja-pekerja yang asyik menjadi mangsa kepada 'kegelojohan' majikan yang tidak gemarkan kepada pekerja-pekerja yang menjadi 'pembangkang' di dalam organisasi. Membangkang bukanlah sebarang membangkang. Bukan seperti politik. Tetapi dalam isu kerja, masing-masing mempunyai tanggungjawab dan perlu dilaksanakan. Yang mahir diberi tanggungjawab lebih untuk 'mencover' bagi yang tidak mahir. Tetapi upah yang diberi adalah tidak setimpal dengan tanggungjawab yang diberi. Saya beri beberapa 'kelopongan' yang berlaku. Apabila saya mulakan bicara ada yang 'smash' pada saya "SESEDAPPPP MULUT JERRRR". Nampak sangat tidak dapat terima kritikan. Ok, letakkan anda di tempat saya dan fikirkan apa yang patut dibuat.

1. Salah seorang kakitangan tidak layak dinaikkan gred kerana tiada kelayakan TETAPI ada kakitangan yang  dinaikkan gred walaupun tidak mempunyai kelayakan (Degree, Diploma, master..bla...bla...)

2. Staff senior (lama) yang berkhidmat dah berpuluh tahun diberi upah RM2,600 (gaji pokok). Apabila berlaku pelarasan terdapat kenaikan dan perbezaan upah baru ialah sebanyak RM 100 iaitu dari RM2,600 ker RM2,700. Staff junior (baru) yang berkhidmat 7 tahun (baru la kiranya) diberi upah RM1,600 (gaji pokok). Apabila berlaku pelarasan terdapat kenaikan dan perbezaan upah ialah RM1,100 iaitu dari RM1,600 ke RM 2,700 di mana gaji pokok yang ditetapkan adalah sama dengan staff senior tadi. Adilkah itu?

Saya berasa hairan dengan sistem yang dilaksanakan. Apabila ditanya jawapan yang diberikan seperti tidak bersedia. Apabila diberi kritikan mulalah marah dan melenting. Manusia...manusia...


Monday, June 27, 2011

Bayi meninggal dalam kandungan~~

Sedih berbaur simpati. Memang besar dugaan yang TUHAN bagi kepada mereka. Hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja TUHAN akan memberi dugaan tersebut kerana DIA lebih mengetahui setakat mana kekuatan seseorang hambanya untuk menghadapi dugaan tersebut. Itu sahaja yang aku dapat katakan.

Aku, adik aku dan sedara angkat aku berderet bulan Julai ini untuk bersalin. Kiranya aku yang akan mendahului kumpulan ini. Bezanya aku dah nak masuk anak ke 2 dan adik aku serta sedara angkat ni anak pertama la. So, 'Ketaksuban' itu lain rasanya. Sekarang aku dah genap 9 bulan dan mereka dalam 8 bulan++ la. Yang sedihnya hari Sabtu malam aku menerima mesej "Salam, Mas ke ni? Nak bagitahu, anak dalam kandungan Shila dah meninggal semalam". Aku tengah makan sambil dok terasa baby berjoget-joget dalam perut terus berhenti untuk makan. Rasa nak menangis. Tapi aku masih boleh rasional sebab aku nak call dia. Tak dapat bayangkan perasaan aku jika aku diberi dugaan tersebut. Perlahan-lahan aku usap perutku. Bukan tanda kekenyangan tetapi dalam hati aku berbicara "Ya Allah, sesungguhnya aku tidak mampu untuk menghadapi dugaan tersebut. KAU selamatkanlah anak aku ini".


Semalam aku pergi melawat Shila kerana esok (Isnin) dia akan diinduce untuk keluarkan bayi (tak sanggup aku nak panggil arwah lagi) tersebut. Nampak dia seorang yang kuat tetapi mama (mak angkat aku) cakap dia ngan husband dah melalak-lalak kat hospital. Kat rumah puas sembunyikan baju-baju baby. Dah tak boleh nak tengok semua itu. Minggu depan almari baby akan sampai. Bilik semua dah siap. Ya Allah...aku tak mahu menangis untuk dia kerana itu akan membuatkan dia lagi bersedih. Aku hanya mampu berkata "Shila, doa banyak-banyak. Insya-Allah, semua ini ada hikmahnya". Doktor memberi sebab kematian baby tersebut kerana air ketuban kering. Aku pun jadi keliru. Memang tak boleh nak jawab sebab aku tak pernah mengalaminya.


Hari ni (Isnin) aku hanya menanti panggilan. Berharap kalau ditakdirkan baby itu pergi aku nak tengok wajah suci tersebut. Adakah keajaiban akan berlaku. Hanya TUHAN sahaja yang tahu.

Back Lagi!!!~~

Back lagi!!! Hihihihihi...keadaan semasa sekarang ialah aku dah pun sarat. Dah genap 9 bulan. Tunggu untuk cukupkan 10 hari lagi jadi la 9 bulan 10 hari.  Tapi doktor bagi due untuk 40 minggu iaitu 24 Julai 2011. Seminggu lagi nak puasa. Perghhhhh!!! Kalau fikirkan pantang dalam bulan puasa nih sememangnya la x best. Apa nak kata..."tak perlu kata apa-apa! Senyum!!!" Adoiiii...

Persiapan?!! Bagi aku cukup la kot. Pengalaman anak pertama dari segi persiapan berlambak-lambak. Kali ni aku beli baju untuk newborn hanya 3 helai sahaja. Kedekutkah aku? Adilkah aku? Hihihihi...Aku x kedekut dan aku sedang berlaku adil. Kalau aku tak adil aku x beli la baju baru untuk baby aku. Pakai jer abangnya punya. Tapi aku tak mahu menerapkan dari kecil lagi yang adik 'perlu' guna apa yang abang guna. Aku nak juga baby ke 2 aku merasa benda-benda baru. Membazir?!!! Tidak bagi aku kerana itu adalah cara aku untuk mengimbangi kasih sayang aku pada mereka.

Kali ni tak nak la panjang-panjang. Sebab esok aku nak post entry lagi. Hahahahaha~~

Tuesday, February 22, 2011

I'm back~~

I'm back!!!~~ Back la sangat aku nih. Lama giler x update blog. Sekali tengok last posts aku ialah 1/10/2010. Hahahahaha. Banyak sangat perkara yang hendak dikongsi tetapi kekadang tidak terasa untuk menterjemahkannya di blog. Hanya melepaskan di tepi tangga sahaja. (Betul ke ayat aku ni?).

Rindu akan sahabat-sahabat blog aku. Mungkin mereka sudah lupakan aku. Sebab aku bukanlah seorang yang tegar terhadap blog. Dapat mengenali seorang dua pun sudah cukup bagiku. Rutin harianku juga sudah membataskan ku untuk meneruskan perjuangan blogku. Sejak husband aku bertukar kerja, rumahku kini menjadi rumah kedua kerana terpaksa mengikut jadual kerjanya. Maklumlah orang bekerja shift.

Alhamdulillah, sekarang kehidupan familyku bertambah 'senang'. Allah memberikan rezeki dengan pelbagai cara. Sekiranya sini tidak cukup, diberinya lebih di sana. Itu pun dikatakan rezeki kan? Sekarang aku sedang hamil anak kedua. Kandunganku sudahpun memasuk 18 minggu. Due aku seminggu sebelum puasa. Betul kata orang teruja untuk anak sulung tidak sama dengan anak kedua. Aku cuba untuk betulkan persepsi tersebut. Aku cuba untuk motivated diri aku. Aku agak lemah pada awal kehamilan. Tengok rekod kedatangan aku memang hampeh. nasib baik bos aku seorang yang memahami. Alhamdulillah, sekarang beransur pulih. Aku cuba untuk mencari kekuatan untuk baby aku.

Anak sulung aku Muhammad Adib Zulfaqar sudah pun memasuki 3 tahun. Alhamdulillah, step by step aku asuh dia mengikut peredaran umurnya. Tak naklah terlalu mendesak dirinya kerana dia ada hak untuk menikmati kehidupan sebagai seorang kanak-kanak. Aku bersyukur Adib hadir dalam kehidupan kami. 

Uish...terlajak sudah aku punya bebel kali ni. Untuk tatapan sendiri. Hihiihihihi. Hopefully aku tak lupa untuk mengupdate blog aku. Doakan aku yer SAHABAT!!!!!!

Friday, October 1, 2010

Perhatian!!! Untuk Akhirat - NERAKA

Aku suka baca KERETA MAYAT punya posts hari ni. Memang aku mengiakan semua yang ditulis adalah perkara-perkara yang berlaku disekeliling kita dan kita sering lupa dan alpa tentang NERAKA. Sehinggakan apa yang kita buat tidak terdetik sedikit pun dan teringat kepada AMARAN ALLAH. Nauzubillah...mari kita baca serba sedikit yang aku minta izin untuk di copy dari saudara Hamka. Semua ini adalah berlaku pada zaman moden. Jika disuruh baca tafsiran Al-quran, bermacam alasan yang diberi seperti ayat terlalu susah faham dan sebagainya. Jadi perkara-perkara di bawah sudah dimodenkan ayatnya, kalau tidak faham juga, memanglah kita tergolong orang yang 'TAK RETI BAHASA'. Selamat Beramal....

Tanda korang ahli neraka (jika tak bertaubat)

1.Korang berhutang dengan Along
Hutang dengan kakak sulung korang yang bernama Along takpe, tapi jika korang berhutang dengan Along, korang akan miskin di dunia kerana riba(bunga) Along sangatlah tinggi, dan korang juga akan miskin di akhirat kerana Allah melaknat mereka yang terlibat dengan riba, eh, korang bukan miskin di akhirat, tapi akan diazab.., dan mungkin didunia juga korang akan diazab, seperti dikurung oleh Along dalam bilik bawak tanah minum air paip dan makan roti expired, sebelum anggota badan yang penting dipotong-potong..

Maka nasihat aku, jangan jadikan diri kita ni sehina hina manusia dalam islam bila kita sanggup berhutang dengan Along kapir yang bunganya berjalan mengikut kiraan hari…, nak beli perabot, nak beli TV LCD, nak beli patung bangau untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar rumah,, tak payahlah nak berhutang dengan Along,.., carilah jalan lain.., kita orang islam, dah tahu Along itu haram, buat apa nak berhutang jugak.., Allah laknat, tak selamat dunia akhirat, tak berbaloi kena potong tangan atas kesalahan bukan hudud, cukuplah kerandut zakar dipotong waktu kecik, sila ambik pengajaran dan bertaubatlah..

2.Ada Kad Kredit tapi tak laku sebab dah kena block.

Jangan emosi dulu, akupun ada Kad Kredit, bagi aku kad kredit adalah untuk orang bijak yang malas bawak duit atas factor keselamatan atau menjimatkan masa dan belanja tanpa dikenakan cukai tahunan atau riba kerana bayar pada tarikh sebelum riba bermula, tetapi bagi mereka yang slow dan mudah diperbodohkan, mereka akan belanja sampai habis limit kad yang melebihi pendapatan bulanan dan bayar bulanan hutang dengan jumlah paling minimum… (itu yang bayar, yang tak bayar lagi bangang)

Bila korang berhutang guna kad kredit, maka riba akan berjalan, apatah lagi korang berhutang untuk beli perkara sampah seperti (masukkan sendiri barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun).., dan riba kad kredit adalah riba yang paling tinggi dalam semua riba yang di’halal’kan oleh kerajaan., sendiri mahu ingat!

Kalau korang diistihar muflis kerana kad kredit, aku tak tahu nak cakap apa.., ok, aku tahu:

wahai si bengong, bayarlah hutang cepat cepat dan bertaubatlah jika tak nak masuk neraka..

3.Pinjam duit kawan dan melengah-lengahkannya.
Pinjam duit kawan, adik beradik, saudara mara, adalah tidak salah, Nabipun berhutang, lagipun pinjaman sebegini takde riba, sangat bagus.., tapi jika korang tangguhkan bayar hutang sehingga menyusahkan kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA, maka ingatlah, apabila kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA yang korang lengah-lengahkan hutang tu mati tanpa sempat korang bayar, maka bersedialah untuk bagi pahala korang pada mereka jika korang jenis solat awal waktu, tapi jika korang jenis solat lengah lengah, sama macam bayar hutang lengah lengah, maka bersedialah untuk ambik dosa mereka dan masukklah korang ke dalam neraka dibakar doa laknat PTPTN, MARA, YAYASAN, kawan, adik beradik, dan saudara mara…

Berdosa dengan Allah, ada peluang untuk diampunkan, tapi bila mati dengan bawak hutang maka sengat besar seksanya diakhirat.., sudahlah hidup didunia orang benci, mati pulak masuk neraka, bengong!

(tolong jangan marah aku guna perkataan bengong sebab mereka memang bengong kerana berhutang untuk hidup mewah tapi lupa nak bayar sehingga menyusahkan orang lain, memang bengong,)
4.Ambik rasuah.

Ni lagi satu masalah besar dalam Negara selain dadah, denggi, dan pembakar bendera ditepi jalan.., arghh, aku malas nak cakap banyak, sebab selalu keluar iklan dalam Tv iaitu mereka yang rasuah akan di penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, dan aku tambah, korang juga akan masuk neraka!

Nabi bersabda dalam hadith yang diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud: "Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan di dalam api neraka.
(Untuk rujukan: No telefon BPR: talian bebas tol 1-800-88-6000)

5.Jarang balik kampung

Orang tua dikampung sangat rindu pada korang, tapi korang sebab belanja besar dalam hidup beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, akhirnya hujung bulan takde duit, lalu setahun dua kali balik kampungpun payah.., kenapa?

Alahai tak kan tak tahu, nak balik kampung, naik kereta minyak mahal, duit tol lagi, minyak hitam lagi nanti jika kereta rosak, duit lagi, sampai kampung, kena bagi duit lagi kat mak ayah.., akhirnya korang jarang balik, mak bapak kecik hati, dan menangis sambil tonton sitcom cerita indon yang banyak kisah anak derhaka, yang mengingatkan mereka juga ada anak derhaka macam korang, dan korang tahu bila korang balik?

Lepas jiran bagitahu mak bapak korang dah jadi mayat barulah nak balik.., itupun sebab nak tolong jual tanah arwah mak bapak, memang boleh jadi ahli nerakalah anak macam ni..

Sementara mak bapak masih hidup, baliklah kampung ziarah mereka, jika takde duit, cerita betul-betul, mereka nak tengok korang depan mata.., sejukkan mata mereka, tapi jika korang sibuk cari harta dunia sehingga lupa ziarah mereka, lupa makan minum mereka, lupa kain baju mereka, lupa kencing berak mereka, lupa ayam itik mereka, maka koranglah yang Nabi cakap, mereka yang celaka kerana tidak mendapat keampunan dibulan Ramadan sebab mak bapak mereka tak dapat manfaat dari anak-anaknya.

Kata korang:, mak, saya tak boleh balik kampung, kerana saya ada masalah kewangan, minyak mahal, tol lagi, lagipun saya kena bayar banyak bil dalam hidup seperti TV astro full package, tiket wayang setiap minggu, yuran gymnasium, bil api tiga phase (sebab rumah korang ada aircond), yuran langgangan Reader's Digest, yuran kelab kereta jelajah Malaysia takde kerja sebab hidup seribu tahun, kelab golf, clubbing dan (isilah perkara yang mak bapak korang tak pernah buat tapi korang buat siap bayar lagi), memang bengong!

6.Ada kerja tambahan sehingga takde masa nak buat amalan sunnat...

Aku hairan kepada mereka yang dah kerja makan gaji, lepas tu buat kerja tambahan dan bangga dengan apa yang mereka buat, bagi aku, jika korang dah kerja makan gaji, tapi kena buat kerja tambahan, maka itu bermakna pengurusan kewangan korang tak betul, yelah, sebab bila korang banyak hutang beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, maka dah tentu korang kena buat kerja tambahan, sehingga tinggal solat berjemaah, tinggal kuliah ugama, tinggal kerja dakwah.., apa yang nak dibanggakan?

Balik kerja terus bukak kedai burger, orang azan magrib, korang potong timun, orang azan isyak, korang potong bawang, orang mengaji, korang potong roti, orang berdakwah, korang potong stim, dengan berkata:

“Hamka, salahkah umat Islam mengumpul harta dengan cara yang halal? Bukankah ada hadith: "Beribadatlah kamu seolah esok hari kamu akan mati dan bekerjalah seolah kamu hidup seribu tahun lagi". Bukankah dengan kekayaan kita boleh membela agama kita?, ingat Hamka, bekerjalah kamu seolah olah hidup seribu tahun”

Woi mangkuk, jika korang sedang bekerja atau sedang buat kerja dunia, tiba tiba dengar azan berkumandang, maka segeralah solat bagi wanita dan segeralah ke masjid bagi lelaki kerana korang bekerja di ibaratkan seolah olah hidup seribu tahun, maka boleh buat lain kali, boleh tangguh!, banyak masa lagi daa..,

Tapi oleh kerana korang beribadat macam esok dah nak jadi mayat, maka korang kenalah segera bersolat serta merta, jangan berlengah lagi, nak mampos???... huh! tinggal esok lagi dah nak mampos, tapi masih sibuk besarkan dunia.. oh

Aku ulang: kita dah nak jadi mayat esok, maka kita tidak boleh tangguh sebarang perintah Allah, misalnya jika kita dengar azan, maka kita kena segera ke masjid, untuk solat berjemaah…, dan jika dah memang kita ada peluang untuk hidup seribu tahun lagi, maka kita kena relexs dan bersabar jika kerja dunia tu tak berjaya atau tak menjadi, kerana kita ada banyak masa lagi tu..!!, seribu tahun lagi ape?!!! ..he he he, relekslah brother.. he he he.

Pesan aku, Tak salah buat kerja tambahan, buat overtime, tapi buat bila perlu sahaja, bukan kena buat tiap tiap hari atau jadi ‘terpaksa buat’, yang mana jika tak buat, maka takde duit nak bayar bil, itu yang tak betul.., itu yang jadi kerja 16 jam sehari, ibadat entah ke mana, usahkan masa untuk ibadat sunnat, solat jemaahpun dah takde, kalau datang solatpun tak nampak muka sebab berbungkus kain kapan dan duduk depan sekali sebelum naik kereta mayat..

Tingallah kedai burger, nyam nyam sedapnya makan oblong burger..

7. Kedekut nak mampos.

Zakat yang dibayar hanyalah zakat fitrah, dan sedekahpun biasanya RM seringgit, tapi dalam diri rasa dah banyak bagi pada Allah, maka bila adik beradik susah, atau jiran susah, atau ada fakir miskin mintak tolong, terus ungkit, aku dah banyak bagi sedekah kat masjid, (RM seringgit seminggu), pergi jumpa Along!

Orang kedekut tak ke manapun, duit banyak akhirnya jadi hak waris, badan jadi hak ulat, dan korang masuk neraka, tak ke manapun.

8. Suka bertanya bila gaji nak masuk (bagi mereka yang makan gaji)

Tak salah bertanya, tapi jika gaji masuk 25 haribulan, 26 haribulan, dah bayar hutang dengan semua gaji, kedai burgerpun tak beberapa laku, maka 27 haribulan dah tanya, errr, bila gaji masuk? Tak ke ahli neraka? Sebab jika korang ahli shurga korang akan Tanya, bila zohor nak masuk? Faham!

Akupun tanya jugak pada 22 haribulan, bila gaji masuk?, dan jika mereka cakap, esok lusa masuk, maka aku terus pergi membeli belah keperluan rumah sebab tak nak bersesak sesak dan biasanya sebelum 25 haribulan pasaraya lengang dan barang murah..

Err, gaji dah masuk ke? Bulan lepas punya potongan KWSP tak habis lagi, woha!

9. Marah bila bercakap bab duit.

Aku tak tahupun korang ada masalah kewangan, aku tanya sahaja, “apa kata hujung minggu ni kita pergi berkelah di Pulau Kapas?” terus korang marah kerana anggap aku hina korang yang ada hutang Along, kredit kad, kedai burger tak boleh tutup hujung minggu lau beremosi dengan aku. Marah marah..

Relaklah brother, gua lupa lu ada kedai burger yang kena operasi setiap malam untuk bayar hutang along sebab beli beli barang mewah yang lu banggakan tapi takde siapa pedulipun, ada TV plasma, Astro, tapi tak tengok sebab terpaksa jual burger, siapa peduli? Bodoh lagi apa?

Gua pergi dulu Pulau kapas, lepak homestay sana dua hari, minggu depan nak pergi langkawi pulak.., jangan emosi bro, nanti gua tag gambar gua pergi melancong di singapura dalam facebook lu..

Jangan marah-marah bro, nanti masuk neraka!

Ada masa, kita pergi iktikaf di masjid, apa?!, tak boleh iktikaf sebab takde duit? Bengong!

10. Guna duit raya anak dan tidak berniat nak ganti balik.
Pelik?, lepas raya kenapa lu banyak bawak duit RM seringgit bila belanja?

(Malas nak tulis karangan cerita ini)

11. Takde akaun tabung haji.

Kitaorang mana ada duit nak daftar pergi haji, nanti kitaorang kaya, kitaorang tak mainlah pergi haji dengan pekej murah, kitaorang akan pergi haji dengan syrikat swasta, pekej perdana, RM30 ribu, berkemah dipadang arafah dalam bilik air cond, makan nasi lemak walaupun di tanah arab dan beriktikaf dihotel mewah, sekarang kitaorang takde pendahaluan RM1300, kitaorang tak mampu, lagipun rumah kitaorang ada astro, TV plasma kat dapur dan TV LCD kat ruang tamu, DVD player lagi, sound system surround, mana mampu daftar tabung haji, tayar spare kereta punya rimpun tak sport, (yang lain semua dah sport). Lagipun duit bulan ni nak beli patung bangau betina untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar sebab kesian patung bangau jantan yang selama ni sekor sekor duduk tepi kolam, dia kesunyian..,

Haji adalah rukun islam, jika takde niat nak pergi, boleh masuk neraka…, tapi bangau tu kesunyian, Nabi adam dalam syurgapun kesunyian, bila takde Hawa, bangau saya lagilah kesunyian..

(adegan seterusnya terpaksa didelete kerana aku sedang mematahkan leher bangau kesunyiannnya agar tidak kesunyian lagi)

12. Mencuri
Ini memang bengong ganda dua puluh tiga (masukkan soud effect guruh)!, orang yang hutang dengan along ‘lebih baik’ dari korang yang mencuri, aku pernah nampak dalam CCTV seorang wanita bengong yang curi susu anak dalam pasaraya sorok celah kain, harga RM 22 ringgit untuk satu kilogram, susu tu dah jadi haram, anak makan benda haram, dan maka bapak boleh masuk neraka, bodoh!

13.Mintak derma kon nak buat masjid.

Kat Malaysia ni ramai yang mintak derma konon nak buat masjid, tapi rupanya duit tu masuk poket sendiri untuk memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care..

Memang masuk neraka!

14:Menipu dalam jual beli.

Contoh: Penipu akan datang pada korang dengan muka manja dan berlagak insan kamil lalu pujuk rayu korang gores satu kad, korangpun sebagai pemuda-pemudi yang menghafal rukun negara, tolak cara baik, tapi penipu tabah lalu buat muka kasihan bagitahu bos dia akan bagi dia 50 sen kat dia sebagai upah jika korang gores, (penipu kena pandai berlakon, semua pelakon menipu dalam wataknya) korang sebagai insan yang baik dan berhati perut mulia pun cepat rasa kasihan, korangpun goreslah.., bila korang dah gores, dia pun akan buat muka terkejut, (pelakon yang berkebolehan melakonkan pelbagai watak)

“wah, cik adik dah menang besar, 1. 5 juta bla bla bla,”
Lepas tu tepon member dia bagitu korang bertuah, lepas tu datanglah bos dia (juga seorang pelakon handalan) puji dan kagum dengan ‘rezeki’ korang, lepas tu korang kena beli barang dia dalam harga RM 3000, baru layak cabutan bertuah hadiah bernilai 1. 5 juta he he he…, member aku yang lurus dan sudah simpan duit nak kahwin, tapi masih cinta dunia dah terkena penyakit wahan.

Lalu beli barang rumah yang tak berguna seperti ‘air cond’ mudah alih (kipas letak air batu) yang mana jika kos asal adalah dua tiga ratus kot tapi dia kena bayar RM 3000, lepas tu bila buat cabutan bertuah dapatlah set pinggang mangkuk tak bermutu.., aku pun tak paham, lebih kurang gitulah member aku cerita.. ish ish ish.. siapa mangkuk dalam cerita ni? siapa yang jadi mangkuk bertingkat dan siapa yang jadi mangkuk hayun?

Pergi masuk neraka!

15.Membunuh orang kaya di dalam kebun

Menculik, memaksa lakukan transaksi wang jutaan ringgit, pukul hingga mati, bunuh, bakar mayat atas zink, dan buang mayat ke sungai.

Korang memang layak masuk neraka! Tak payah cakap banyak.

16.Membunuh diri.

Malas dah nak tulis, akhir zaman ni, dah ada orang islam yang bunuh diri sebab masalah duit, lepas tu masuk neraka, apa punya hampeh daa…

Tepuk dada, tanya IMAN kita. Ukurlah setakat mana KEIMANAN kita.