Tuesday, July 28, 2009

Aku sedang mencari...

Lebih kurang seminggu menyepi...pasti ader beberapa perkara yang aku tertinggal...x per la...dek kerana adik ipar melangsungkan perkahwinan...aku lah yang menjadi di antara orang yang 'kuat' bagi melancarkan perjalanan majlis tersebut...ALHAMDULILLAH...semuanya telah selesai...cuma...selepas kenduri...hari ini...sepatutnya aku dah mula start kerja...aku terpaksa EL...ADIB DEMAM PANAS...semalam maghrib...aku terus pegi klinik...suhunya dah cecah 38 darjah celcius...doktor terus kasi ubat buntut...dan 5 jenis ubat yang berkemungkinan kalau aku sendiri yang demam, memang x makan la ubat tu...hihihihi...malam tidur...pukul 3.40 pagi...aku terjaga...dan pegang dahi serta badan Adib...Ya Allah...panasnya~~Aku terus ambil termometer, letak di dahinya...dah cecah 39 darjah celcius~~~Air mata ni dah mengalir...sebab badannya panas...aku teringat pesan orang-orang tua...ambil tuala dan air...lap di seluruh badan...menangis-nangis si Adib...mungkin kesejukan...kasihan aku tengok...ini adalah kali pertama dia dapat demam yang agak panas...dalam kepala aku...x dapat aku nak biarkan dia bersama mertuaku..."Aku kena jugak EL...kalo x saper nak jaga Adib"...aku terus antar mesej pada officemate aku untuk memaklumkan pada bos aku...hari ni seharian Adib bersamaku...badannya masih panas...aku x henti-henti membasahkan tuala untuk lap di badannya...pada blogers-blogers sekalian...ader x lagi tip yang mampu membantu aku???~~~Sekarang aku tengah mencuba tips orang tua...nanti kalau sembuh...Insya-Allah...aku akan maklumkan~~

Thursday, July 23, 2009

Apa la nak jadi~~

Setiap hari senario yang sama pasti akan berlaku...dah x kisah...tetapi kadang kala sakit juga hati bila melihatnya...jeng...jeng...



Tapi nak buat macam mana...masing-masing letih...baru habis kerja...apa nak buat...bila situasi ni berlaku...dalam keadaan macam maner pun ... kalau orang tua yang berdiri di depan kita...kalau seorang ibu mengandung berdiri di depan kita...kalau seorang yang cacat berdiri di depan kita...x kan kita nak teruskan juga niat kita seperti di atas???

Hanya segelintir jer yang prihatin pada situasi begini...kekadang yang duduk tu buat x heran jer...

"Berdiri la ko...aku penat...nak tido~~"

Orang disekeliling hanya mampu memandang jer...kalau sound pun bukannya nak dengar sebab diulit mimpi yang indah...

Yang lagi menyakitkan hati...bila sepasang couple duduk bercanda gurau...tanpa menghiraukan kehadiran penumpang-penumpang lain...

"Tak malu sungguh~~"

Bukan x malu apa...masih muda...dah x tahu nak hormat orang tua yang berdiri...kasihan...hanya mampu menjeling marah jer...nak buka mulut kang...x pasal pulak...apa yang patut kita lakukan...? Kempen dah berbuih-buih kempen...masih x makan saman...huhuhuhu

Tuesday, July 21, 2009

Nampak x???

Erm...terkesima aku semalam time balik...aku pandang jer mamat nih...dok buat apa la...kat depan tepi jalan tu...makin dekat...dekat...yesssss...dapat jugak aku snap aper yang dia tengah buat...ha...ni la dia!!!



Ha...nampak x??? Menakjubkan...seorang lelaki menadah tangan memohon sesuatu...(mana la aku tahu apa yg dia mohon)...tapi yang pasti ader sesuatu yang menakjubkan bagi dirinya bila melihat MASJID NEGARA yang tersergam indah di depan ofisku...hihihihi...mungkin juga lelaki ini seorang perantau...apa yang pasti ialah...aku berjaya AMBIK GAMBAR!!!!~~~yeyeyeye



Monday, July 20, 2009

Kerana masih ada sayang...


Kejadian hari semalam banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan sebagai seorang isteri...kalo ikut nafsu perempuan...memang dah lama aku lari...tapi disebabkan kewarasan yang masih ada...aku himpunkan kekuatan untuk menghadapinya...


Pada siapa aku mahu mengadu??? Mak aku??? Nun jauh di sana...Adik aku??? Balik kampung la pulak...yang menjadi mangsa aku ialah bantal tidurku...penuh dengan air mata yang berjurai-jurai...biasa la...lumrah hidup suami isteri...kekadang itu lah yang mengeratkan lagi hubungan...cuma kena bijak menguruskannya...


Cuma kali ni lain skit...hati aku hancur...sebab peel aku suka pendam...kalo berulang...pasti akan terungkit...perempuannnnn....tapi jangan salahkan perempuan...perempuan memang bersifat sensitif...kekadang kecil perkara tu bagi seorang lelaki...besar bagi perempuan perkara tersebut...


Kesimpulan yang aku dapat huraikan...belajar memahami diri masing-masing...terima seadanya...tapi kan...yang buruk x kan nak terima kan??? So...yang buruk tu...berubah la...bukan semua nak main terima jer...terima la hakikat yang suami atau isteri anda sentiasa mendoakan yang terbaik pada diri kita...jangan sesekali kepercayaan yang diberi lesap dalam sekelip mata...dan akhir sekali...jangan ader sedikit pun perasaan benci sesama kita...sayang-sayang selalu...wallllaaaahhhhh....

Saturday, July 18, 2009

Apa kata survey???~~Menangis kerana nafsu

Ha...kali ni citer paal rumah tangga pulak...aku suka ke blog abg long nih...sebab dia suka bercerita...so untuk yg x ader link ngan abg long...boleh la aku sharekan aper yg aku baca...entry aku dah pun minta izin dari abg long tau....yiiihaaaaa~~

Setelah lebih dari dua minggu berada di Singapura atas urusan kerja. Akhirnya suami aku pulang kerumah. Sepanjang suami aku berada disana, aku tidak putus - putus berdoa agar suamiku sentiasa berada didalam keadaan sihat dan selamat.


Aku masih ingat, sebelum ke Singapura, aku berada didalam keadaan haid. Ini bermakna hampir 3 minggu, suami aku tidak dapat memenuhi tuntutan syahwatnya. Tetapi, Alhamdulillah, suami aku kelihatan seperti dapat mengawal nafsunya.


Dan kejadian yang berlaku pada malam itu, tidak akan dapat aku lupakan sepanjang hayat aku. Suami aku seperti seekor kucing yang benar - benar 'kelaparan.' Namun yang pasti aku sudah kehilangan tenaga akibat urusan pejabat yang benar - benar meletihkan.


Aku sudah tidak bermaya, aku sudah terlalu letih dan hilang tenaga, aku sudah kehilangan semangat untuk melayan tuntutan nafsu suami aku sendiri.


Sewaktu suami aku mengusap rambutku, aku biarkan sahaja. Sewaktu suami aku mencium leherku, aku buat tak peduli. Sewaktu jari jemari suami aku sdang menuju ke sasarannya, tiba - tiba sahaja aku menepis !


"Abang ni ... saya penatlah ! Aku melepaskan kemarahan aku dan terus menepis tangannya dari menyentuh tubuh ku.Aku mendengar dengusan marah suami aku. Tetapi, aku peduli apa ! Aku terlalu letih.


Suami aku terus berbaring dan membelakangi aku. Suami aku tidur dalam kekecewaan yang teramat sangat.


Esoknya, tepat jam 6 pagi. Jam loceng berbunyi dengan bingitnya. Aku terjaga dan terus masuk kedalam bilik air untuk mandi, dan terus berwuduk.


Sewaktu aku keluar dari bilik mandi, aku melihat suami aku masih 'nyenyak' tidur. Aku gerakkan tubuhnya. Masih tidak terjaga. Aku biarkan sahaja. Aku terus bersolat Subuh.


Usai bersolat, aku terus menghampiri tubuh suami aku dan mengerakkan tubuhnya. Namun, aku terasa satu kelainan yang teramat sangat. Wajahnya kelihatan pucat dan seperti ada buih dibahagian bibirnya.


Aku kaget sebentar. Tidak tahu hendak buat apa. Setelah 10 minit masa berlalu, aku masih menggerakkan tubuh suami aku, dan aku cuba mendengar degup jantungnya. Tidak ada sebarang tanda. Aku semakin resah.


Tiba - tiba aku teringat kepada seorang sahabat aku yang merupakan seorang Doktor dan tinggal selang dua buah rumah dari banglo aku. Aku menghubunginya. Sahabat aku tiba hampir 15 minit selepas itu.


Nadi suami aku terus diperiksa. Setelah beberapa minit kemudian. Sahabat aku dengan wajah tenang meminta aku supaya banyak bersabar.


Aku terus meraung semahu - mahunya ... dan terus merangkul 'tubuh' suami aku yang telah pergi buat selama - lamanya.


# Kisah ini diceritakan oleh seorang Ustazah di kawasan tempat tinggal aku dalam satu siri kuliah.