Aku nak share sesuatu yang kekadang bila nak buat untuk anak perempuan kita...time tu la baru nak fikir "kenapa"..."apa hukum"...dan sebagainya...
Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)
Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
1)
Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik
dalam satu riwayat, Abu Hanafiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2)
Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan
kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam
Malik.
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hambali.
Kesimpulan
perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika
warga lelaki satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah
perlu bertindak ke atas mereka.
Syeikh
Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil
yang ada..katanya tiada dalil yang sahih serta terlepas dari komentar
yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh
Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para
doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan
menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak
diingini.
Berkata
pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah
perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka
memberi pandangan dari aspek perubatan.
"Kelentit
wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal
faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan
wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif
dari zakar lelaki.." dan pelbagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
"
Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah
kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita
adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah,
Oktober 1994)
Syeikh
Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang
mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita
adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan
tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi
wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak
digalakkan jika sebaliknya.
Qaradawi
juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan
tidak berkhitan kecuali mesir dan sudan. Adapun negara arab di Teluk
dan maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap
tiada memberi komen.
Rasulullah Berkhatan
Menurut
pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad,
pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh
Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan
Arab.
Dan
padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan
adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as
yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.
Sekian
Ust Zaharuddin
Ha ... aku merahkan kenyataan di atas tu kenapa perempuan dikhatankan ... hahahahha ... mulalah otak ni bergeliga mencari idea-idea yang kawan-kawan aku berkata dan berdekah-dekah..."apsal la mak aku sunatkan aku dulu..." ayat ni untuk kegunaan yang dah berkahwin yer...hihihihihi
No comments:
Post a Comment