Sedih pun ada, happy pun ada,sebak pun ada. Khas buat temanku 'Mas' yang akan berpindah jauh dari aku. Maybe ke Utara atau ke Timur. Tapi itu adalah untuk kebaikan dia. Aku mendoakan yang terbaik buat 'Mas' sekeluarga.
Apa yang istimewanya 'Mas' pada aku? Dari segi fizikal, dia memang seorang yang cantik dan ayu. Nampak lembut dari luaran tapi agak tegas secara hakikat. Bukti? Huh, kalau drive ada yang kurang ajar pasti dihon kereta tersebut. Jangan ingat nak hon tu bukan saja-saja, mesti ada sebab. Sesetengah yang tak kisah memang tak akan hon, tapi 'Mas' laju jer tangan dia tekan punat hon tu. Hihihihi.
'Mas' ialah driver aku untuk seharian bekerja (melampau betul aku nih). Aku mana ada lesen. Maknanya tak kesampaianlah hajat 'Mas' untuk merasai aku drive kereta.Hihihihihi. Hari-hari ada saja cerita yang akan dikongsi bersama. Baik peribadi mahupun pasal kerja. Tak kisah lah, tapi segalanya 'Mas' adalah tempat aku meluahkan perasaan. Memang baik hati sungguh 'Mas'. Terima kasih 'Mas'.
Yang bestnya lagi ialah nama pangkal dan panggilan kami sama. Asal negeri pun sama. Dan umur kami sebaya. Betapa specialnya kami. Pernah seketika ader orang panggil 'Mas!!!!' , kami berdua tidak tahu empunya nama tersebut dan berlalu dengan muka slumber sahaja. "Agak-agak tadi diorang panggil saper erk?" Hihihihihi.
Doa aku buat teman ku 'Mas'.
"Ya Allah, KAU berikanlah jalan terbaik buat sahabatku Masliana. Berikanlah Rahmatmu ke atas kehidupan dirinya sekeluarga di dunia dan akhirat.KAU murahkan rezeki padanya Ya Allah.Sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengasihani."
Cuma aku nak minta pendapat, apa hadiah yang sesuai untuk aku berikan pada 'Mas' sempena perpisahan kami. Argggghhhhh...sedih nih....