Thursday, May 6, 2010

Any suggestions???

Sedih pun ada, happy pun ada,sebak pun ada. Khas buat temanku 'Mas' yang akan berpindah jauh dari aku. Maybe ke Utara atau ke Timur. Tapi itu adalah untuk kebaikan dia. Aku mendoakan yang terbaik buat 'Mas' sekeluarga.

Apa yang istimewanya 'Mas' pada aku? Dari segi fizikal, dia memang seorang yang cantik dan ayu. Nampak lembut dari luaran tapi agak tegas secara hakikat. Bukti? Huh, kalau drive ada yang kurang ajar pasti dihon kereta tersebut. Jangan ingat nak hon tu bukan saja-saja, mesti ada sebab. Sesetengah yang tak kisah memang tak akan hon, tapi 'Mas' laju jer tangan dia tekan punat hon tu. Hihihihi.
 
'Mas' ialah driver aku untuk seharian bekerja (melampau betul aku nih). Aku mana ada lesen. Maknanya tak kesampaianlah hajat 'Mas' untuk merasai aku drive kereta.Hihihihihi. Hari-hari ada saja cerita yang akan dikongsi bersama. Baik peribadi mahupun pasal kerja. Tak kisah lah, tapi segalanya 'Mas' adalah tempat aku meluahkan perasaan. Memang baik hati sungguh 'Mas'. Terima kasih 'Mas'.

Yang bestnya lagi ialah nama pangkal dan panggilan kami sama. Asal negeri pun sama. Dan umur kami sebaya. Betapa specialnya kami. Pernah seketika ader orang panggil 'Mas!!!!' , kami berdua tidak tahu empunya nama tersebut dan berlalu dengan muka slumber sahaja. "Agak-agak tadi diorang panggil saper erk?" Hihihihihi.

Doa aku buat teman ku 'Mas'. 
"Ya Allah, KAU berikanlah jalan terbaik buat sahabatku Masliana. Berikanlah Rahmatmu ke atas kehidupan dirinya sekeluarga di dunia dan akhirat.KAU murahkan rezeki padanya Ya Allah.Sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengasihani."

Cuma aku nak minta pendapat, apa hadiah yang sesuai untuk aku berikan pada 'Mas' sempena perpisahan kami. Argggghhhhh...sedih nih....


8 comments:

nadnye said...

hmmm..gambar muka hang ngan dia dalam mug
kesian la lepas nie takde driver..

AiNeRzA said...

nadnye - kalo mug tu pecah....? Huhuhu

Suara Kalbu said...

Ohhhhh.. Mas punya bajet nak beli hadiah mestilah meriah kan ? Apa kata awak beli je sutera batik ker atau apa2 yg boleh dia pakai dan ingat kat awak bila dia pakai atau guna benda tu. But please dunt give perfume. Letih betuii makcik kalau bagi perfume ni...wangi kejap..esok2 dah habis perfume tu ..apa citer ?

AiNeRzA said...

suarakalbu - kak wan...kalau sutera batik tu koyak?...huhuhuhu...org tua cakap kalo kasi kain, jodoh x lama...arghhhhh

Banjarian said...

beli jam dinding..yg latar belakangnya buh gambar dua2 mas

AiNeRzA said...

Banjarian - tolong carikan...nanti org kasi pic paling cun...hihihihi

Suara Kalbu said...

Org tua mana yg cakap tu Mas ? Meh sini akak sepit telinga dia muahahahaa.. kalau betul mcm tu..apasal la dalam dulang ada kain sepersalinan sebagai hantaran huhuhuhuhu..

AiNeRzA said...

suarakalbu - orang tua yang ader janggut...muahhahahhaha