Tuesday, May 18, 2010

Terkunci dalam toilet!!!!

Sememangnya dah lama nak cerita kisah ni, tapi tunggu betul-betul cool baru boleh cerita. Al-kisahnya hari khamis lepas (minggu lepas) aku MC kerana migrain. Terjaga pukul 3.30 pagi kepala masih terasa beratnya. Tinggallah aku bersama Adib di rumah.Adib sekarang dah 2 tahun 3 bulan. Tengok apa yang dia buat pada aku.

Selepas breakfast (aku mmg breakfast lambat-9.30 pagi) perut aku terasa sakit dan memaksa diriku untuk ke toilet.

"Adib, ibu nak pegi toilet jap"
"Ok." Adib membalas.

Tengah aku seronok dalam toilet, tetiba Adib mengetuk pintu toilet sambil menjerit.


"Ibu! Ibu!"
"Yer, ibu kat dalam nih"

Tetiba aku terfikir hanya untuk memenuhi masa dalam toilet aku.

"Isk, buatnya si Adib nih main kunci pintu, mati aku"

Sekali aku dah flash, aku buka pintu.
"ALAMAK!!!!"

Menjerit-jerit la aku. Menangis la aku. Melalaklah aku. Dok fikir kena tunggu sampai pukul 6 petang la aku kat dalam toilet nih. SUMPAH!!! Aku tak sanggup masuk penjara. Toilet yang cerah bersih pun aku tak sanggup inikan lagi penjara.

Separuh gila juga aku kat dalam toilet. Aku kuatkan semangat mencari idea untuk melepaskan diri. Bermacam-macam cara aku buat. Ketuk? Tendang pintu? Semua dah. Menangis-nangis aku panggil si Adib. Jawapan masih sama iaitu senyap. Aku makin risau. Bermacam-macam perkara yang bermain di kepala otak aku nih. 

Aku mendapat satu idea. Aku cuba tarik pintu. nasib baik pintu toilet bukan diperbuat dari kayu. Aku tarik dan cuba muncungkan mulut aku di celah-celah pintu mmemanggil nama Adib. Masih tiada jawapan. Aku terus berusaha. Mengetuk pintu dari luar dengan mengeluarkan tangan aku. Aku menyendal pintu dengan botol. (tetiba ader botol dalam toilet aku)

Tetiba aku dengar tapak orang berjalan. SAH!!! ADIB!!!!
Terkedek-kedek Adib datang kat aku dan berkata,
"Ibu...Ibu..."
"Ha...buka balik pintu ni Adib...dah lama ibu kat dalam nih"
"Tak yeh" (Tak boleh). Sebab pintu menjadi ketat kerana botol. Aku cabut balik botol tersebut. Dan akhirnya...aku boleh keluar kembali dari toilet. Aku terus terkam si Adib sambil peluk dan menangis teresak-esak. 

"Ibu bukannya aper, ibu takut apa-apa terjadi pada awak jer"

Nampak air mata bergenang dikelopak mata Adib. Mungkin dia faham apa yang aku katakan. Nasib aku baik kerana Adib faham arahan aku. kalau tidak mungkin sekarang aku dah gila kerana terpaksa menunggu hingga jam 6 petang baru boleh keluar. Aku keluar ke ruang tamu untuk lihat apakah yang menyebabkan Adib tidak menyahut panggilan aku.Rupanya Adib senyap sebab dok layan rancangan Apa-Apa Aje. Aduhhhhhh

Pesanan untuk pembaca .
1. Masuk toilet jangan lupa bawa handphone.
2. Kalau guna toilet dalam bilik, pastikan bilik berkunci dari dalam agar anak tak boleh masuk dan main kunci.
3.Jangan kuatkan suara TV bila tinggalkan anak sendirian menonton TV.
4.Ader pesanan lagi? Hihihihi

Friday, May 14, 2010

Lagi blog untuk blogers

Kali ini aku viewkan 2 blog yang memang aku kalau tengok topiknya mesti aku akan buka dan baca. Tapi akhir-akhir ni agak lambat 2 blog ini diupdate. Mungkin disebabkan komitmen lain macam aku jugak. Jom kita lihat siapa yang terkena!!!!

Simple tapi padat. Padat dengan apa? Ha, padat dengan maklumat dan cerita-cerita yang aku akan baca dan follow. Pernah sekali aku copy Abang Long punya entry pasal seks untuk dikongsikan bersama. Minta izin la dulu, kang tak pasal kena saman beb. Baik hati orangnya. Dia bagi tanpa sebarang soalan. Kalau tak salah aku, Abang Long menetap di Klang. Insya-Allah, satu hari nanti akan terserempak juga ngan Abang Long.


Nama blog ini iala KERETA MAYAT. Takut jugak pada mulanya bila tengok nama blog. Tapi serius, isi kandungan cukup mantap. Entrynya akan diselitkan dengan cerita atau kisah yang sememangnya. Pendapat dan pandangan isu-isu agama dibincangkan.

Wednesday, May 12, 2010

Sanggul @ Bonggol~~

pic from google

Sebelum aku meneruskan entry aku ini, aku nak mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini bisa mengguris hati sesiapa sahaja yang membaca. Aku hanya sekadar mahu berkongsi.Sebarang pendapat bolehlah tinggalkan komen untuk kita berkongsi bersama.

Sabda Rasulullah s.a.w. 

Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun” (riwayat Muslim)


Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(  bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah) 

Pernah waktu sekolah dahulu aku diajar oleh ustazah.
"Ingat, jangan tinggikan sanggul"

Ingat sampai ke hari ini. Tapi semenjak akhir-akhir ini aku rasa macam dah jadi trend meninggikan sanggul. Ada pendapat? Takut nanti tersalah maklumat pulak. Pakar-pakar agama dialu-alukan sebagai panduan kepada kita semua.

Tuesday, May 11, 2010

Bloggers-bloggers ku~~

Kali ni aku nak share beberapa buah blog yang aku selalu kunjungi. Setiap hari aku akan tengok list blog kat side blog aku kot ada cerita baru. Ada sebab kenapa aku suka singgah kat blog diorang. Meh kita tengok siapa yang kena!!!! Untuk officemate aku, blog korang memang setiap hari aku jengah, so tak payah la aku nak list kan yer.

Ini blog kak ita. Aku pernah terserempak dengan dia kat Alamanda. Cantik orangnya. Hihihihi.Kenapa aku suka singgah dan tinggal jejak pada blog dia? Sebab aku kagum ngan ketabahan dia. Setiap kali kalau aku baca entry pasal anak dia pasti menyentuh hati aku.Memang dia seorang yang kuat bagi aku.Nak kenal kak ita? Silakan yer....

Ini blog CT NORAMIZA. Aku suka penulisan dia yang agak gamble. Memang bersahaja. Ayatnya senang aku nak faham dan kekadang bila aku baca mesti tergelak. Aku teringin jumpa dengan empunya blog ini. Bagi aku dia seorang yang low profile. tapi yang bestnya kalau tinggal jejak pasti dia akan balas.

Ini pula blog Ibu_Arifa. Sekarang kalau x silap aku Ibu Arifa stay kat Penang. Kenapa aku suka lepak kat blog Ibu Arifa? Ha...psssttt, kat sini banyak link. Kalau nak beli barang melalui internet, mesti aku sergah ke blog dia. Sesambil tu aku jeling jugak entry dia. Tak percaya? Klik gambar kat atas tu. Enjoyyyy

Ha...ader lagi blog yang setiap hari aku akan jeling dan kerling. Nanti free aku akan share lagi blog-blog yang aku suka lepak.



Friday, May 7, 2010

Sedih...

Lanjutan entry semalam, keputusan untuk temanku dah pun keluar. Temanku 'Mas' akan ditempatkan di IPD Langkawi. Dengar macam bestkan? Memang best tempat baru. Tapi sedih arr berjauhan lagi seorang teman. 

"Tak per Mas, nanti kami balik kampung, boleh kami pi Langkawi" Pujuk hati aku.

Hakikatnya aku teramatlah sedih untuk berpisah dengannya. Aku masih mencari benda apa yang sesuai untuk diberikan padanya. Masih ada cadangan? Nak tengok orangnya?

cun kan?