Thursday, September 30, 2010

Welcome back~~


Hihihi, untuk diri sendiri. Kali terakhir 5 Julai 2010 aku update blog. Baru 2 bulan beb. rindu nak update. Tapi jadi blur bila nak taip. Rasanya tidak terlambat aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua member2 blog aku. Jari disusun, ampun dipinta.

Sepanjang 2 bulan ketiadaan aku dalam dunia blog, kebanyakan aktiviti aku adalah di dunia lain. Realiti, aku join aktiviti konvoi pada bulan Ramadhan yang lepas. Seluruh Malaysia program tersebut. Banyak perkara baru yang dipelajari dalam hidup. 


Sekarang aku masih meneruskan kerja harian aku. Si kecil anakku Adib masih dijaga oleh ibu mertuaku. Matlamat aku sekarang ialah nak tambah lagi zuriat. Bila rezeki itu nak datang. Hanya mampu berdoa sahaja.Untuk kerjaya, mulut sila kunci. Jaga diri agar tidak terpesong dari matlamat hidup...Aminnnn.


Selepas ini plan aku ialah nak tukar wajah blog...hihihihihi...bila nak boleh buat yer...