Friday, October 1, 2010

Perhatian!!! Untuk Akhirat - NERAKA

Aku suka baca KERETA MAYAT punya posts hari ni. Memang aku mengiakan semua yang ditulis adalah perkara-perkara yang berlaku disekeliling kita dan kita sering lupa dan alpa tentang NERAKA. Sehinggakan apa yang kita buat tidak terdetik sedikit pun dan teringat kepada AMARAN ALLAH. Nauzubillah...mari kita baca serba sedikit yang aku minta izin untuk di copy dari saudara Hamka. Semua ini adalah berlaku pada zaman moden. Jika disuruh baca tafsiran Al-quran, bermacam alasan yang diberi seperti ayat terlalu susah faham dan sebagainya. Jadi perkara-perkara di bawah sudah dimodenkan ayatnya, kalau tidak faham juga, memanglah kita tergolong orang yang 'TAK RETI BAHASA'. Selamat Beramal....

Tanda korang ahli neraka (jika tak bertaubat)

1.Korang berhutang dengan Along
Hutang dengan kakak sulung korang yang bernama Along takpe, tapi jika korang berhutang dengan Along, korang akan miskin di dunia kerana riba(bunga) Along sangatlah tinggi, dan korang juga akan miskin di akhirat kerana Allah melaknat mereka yang terlibat dengan riba, eh, korang bukan miskin di akhirat, tapi akan diazab.., dan mungkin didunia juga korang akan diazab, seperti dikurung oleh Along dalam bilik bawak tanah minum air paip dan makan roti expired, sebelum anggota badan yang penting dipotong-potong..

Maka nasihat aku, jangan jadikan diri kita ni sehina hina manusia dalam islam bila kita sanggup berhutang dengan Along kapir yang bunganya berjalan mengikut kiraan hari…, nak beli perabot, nak beli TV LCD, nak beli patung bangau untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar rumah,, tak payahlah nak berhutang dengan Along,.., carilah jalan lain.., kita orang islam, dah tahu Along itu haram, buat apa nak berhutang jugak.., Allah laknat, tak selamat dunia akhirat, tak berbaloi kena potong tangan atas kesalahan bukan hudud, cukuplah kerandut zakar dipotong waktu kecik, sila ambik pengajaran dan bertaubatlah..

2.Ada Kad Kredit tapi tak laku sebab dah kena block.

Jangan emosi dulu, akupun ada Kad Kredit, bagi aku kad kredit adalah untuk orang bijak yang malas bawak duit atas factor keselamatan atau menjimatkan masa dan belanja tanpa dikenakan cukai tahunan atau riba kerana bayar pada tarikh sebelum riba bermula, tetapi bagi mereka yang slow dan mudah diperbodohkan, mereka akan belanja sampai habis limit kad yang melebihi pendapatan bulanan dan bayar bulanan hutang dengan jumlah paling minimum… (itu yang bayar, yang tak bayar lagi bangang)

Bila korang berhutang guna kad kredit, maka riba akan berjalan, apatah lagi korang berhutang untuk beli perkara sampah seperti (masukkan sendiri barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun).., dan riba kad kredit adalah riba yang paling tinggi dalam semua riba yang di’halal’kan oleh kerajaan., sendiri mahu ingat!

Kalau korang diistihar muflis kerana kad kredit, aku tak tahu nak cakap apa.., ok, aku tahu:

wahai si bengong, bayarlah hutang cepat cepat dan bertaubatlah jika tak nak masuk neraka..

3.Pinjam duit kawan dan melengah-lengahkannya.
Pinjam duit kawan, adik beradik, saudara mara, adalah tidak salah, Nabipun berhutang, lagipun pinjaman sebegini takde riba, sangat bagus.., tapi jika korang tangguhkan bayar hutang sehingga menyusahkan kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA, maka ingatlah, apabila kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA yang korang lengah-lengahkan hutang tu mati tanpa sempat korang bayar, maka bersedialah untuk bagi pahala korang pada mereka jika korang jenis solat awal waktu, tapi jika korang jenis solat lengah lengah, sama macam bayar hutang lengah lengah, maka bersedialah untuk ambik dosa mereka dan masukklah korang ke dalam neraka dibakar doa laknat PTPTN, MARA, YAYASAN, kawan, adik beradik, dan saudara mara…

Berdosa dengan Allah, ada peluang untuk diampunkan, tapi bila mati dengan bawak hutang maka sengat besar seksanya diakhirat.., sudahlah hidup didunia orang benci, mati pulak masuk neraka, bengong!

(tolong jangan marah aku guna perkataan bengong sebab mereka memang bengong kerana berhutang untuk hidup mewah tapi lupa nak bayar sehingga menyusahkan orang lain, memang bengong,)
4.Ambik rasuah.

Ni lagi satu masalah besar dalam Negara selain dadah, denggi, dan pembakar bendera ditepi jalan.., arghh, aku malas nak cakap banyak, sebab selalu keluar iklan dalam Tv iaitu mereka yang rasuah akan di penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, dan aku tambah, korang juga akan masuk neraka!

Nabi bersabda dalam hadith yang diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud: "Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan di dalam api neraka.
(Untuk rujukan: No telefon BPR: talian bebas tol 1-800-88-6000)

5.Jarang balik kampung

Orang tua dikampung sangat rindu pada korang, tapi korang sebab belanja besar dalam hidup beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, akhirnya hujung bulan takde duit, lalu setahun dua kali balik kampungpun payah.., kenapa?

Alahai tak kan tak tahu, nak balik kampung, naik kereta minyak mahal, duit tol lagi, minyak hitam lagi nanti jika kereta rosak, duit lagi, sampai kampung, kena bagi duit lagi kat mak ayah.., akhirnya korang jarang balik, mak bapak kecik hati, dan menangis sambil tonton sitcom cerita indon yang banyak kisah anak derhaka, yang mengingatkan mereka juga ada anak derhaka macam korang, dan korang tahu bila korang balik?

Lepas jiran bagitahu mak bapak korang dah jadi mayat barulah nak balik.., itupun sebab nak tolong jual tanah arwah mak bapak, memang boleh jadi ahli nerakalah anak macam ni..

Sementara mak bapak masih hidup, baliklah kampung ziarah mereka, jika takde duit, cerita betul-betul, mereka nak tengok korang depan mata.., sejukkan mata mereka, tapi jika korang sibuk cari harta dunia sehingga lupa ziarah mereka, lupa makan minum mereka, lupa kain baju mereka, lupa kencing berak mereka, lupa ayam itik mereka, maka koranglah yang Nabi cakap, mereka yang celaka kerana tidak mendapat keampunan dibulan Ramadan sebab mak bapak mereka tak dapat manfaat dari anak-anaknya.

Kata korang:, mak, saya tak boleh balik kampung, kerana saya ada masalah kewangan, minyak mahal, tol lagi, lagipun saya kena bayar banyak bil dalam hidup seperti TV astro full package, tiket wayang setiap minggu, yuran gymnasium, bil api tiga phase (sebab rumah korang ada aircond), yuran langgangan Reader's Digest, yuran kelab kereta jelajah Malaysia takde kerja sebab hidup seribu tahun, kelab golf, clubbing dan (isilah perkara yang mak bapak korang tak pernah buat tapi korang buat siap bayar lagi), memang bengong!

6.Ada kerja tambahan sehingga takde masa nak buat amalan sunnat...

Aku hairan kepada mereka yang dah kerja makan gaji, lepas tu buat kerja tambahan dan bangga dengan apa yang mereka buat, bagi aku, jika korang dah kerja makan gaji, tapi kena buat kerja tambahan, maka itu bermakna pengurusan kewangan korang tak betul, yelah, sebab bila korang banyak hutang beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, maka dah tentu korang kena buat kerja tambahan, sehingga tinggal solat berjemaah, tinggal kuliah ugama, tinggal kerja dakwah.., apa yang nak dibanggakan?

Balik kerja terus bukak kedai burger, orang azan magrib, korang potong timun, orang azan isyak, korang potong bawang, orang mengaji, korang potong roti, orang berdakwah, korang potong stim, dengan berkata:

“Hamka, salahkah umat Islam mengumpul harta dengan cara yang halal? Bukankah ada hadith: "Beribadatlah kamu seolah esok hari kamu akan mati dan bekerjalah seolah kamu hidup seribu tahun lagi". Bukankah dengan kekayaan kita boleh membela agama kita?, ingat Hamka, bekerjalah kamu seolah olah hidup seribu tahun”

Woi mangkuk, jika korang sedang bekerja atau sedang buat kerja dunia, tiba tiba dengar azan berkumandang, maka segeralah solat bagi wanita dan segeralah ke masjid bagi lelaki kerana korang bekerja di ibaratkan seolah olah hidup seribu tahun, maka boleh buat lain kali, boleh tangguh!, banyak masa lagi daa..,

Tapi oleh kerana korang beribadat macam esok dah nak jadi mayat, maka korang kenalah segera bersolat serta merta, jangan berlengah lagi, nak mampos???... huh! tinggal esok lagi dah nak mampos, tapi masih sibuk besarkan dunia.. oh

Aku ulang: kita dah nak jadi mayat esok, maka kita tidak boleh tangguh sebarang perintah Allah, misalnya jika kita dengar azan, maka kita kena segera ke masjid, untuk solat berjemaah…, dan jika dah memang kita ada peluang untuk hidup seribu tahun lagi, maka kita kena relexs dan bersabar jika kerja dunia tu tak berjaya atau tak menjadi, kerana kita ada banyak masa lagi tu..!!, seribu tahun lagi ape?!!! ..he he he, relekslah brother.. he he he.

Pesan aku, Tak salah buat kerja tambahan, buat overtime, tapi buat bila perlu sahaja, bukan kena buat tiap tiap hari atau jadi ‘terpaksa buat’, yang mana jika tak buat, maka takde duit nak bayar bil, itu yang tak betul.., itu yang jadi kerja 16 jam sehari, ibadat entah ke mana, usahkan masa untuk ibadat sunnat, solat jemaahpun dah takde, kalau datang solatpun tak nampak muka sebab berbungkus kain kapan dan duduk depan sekali sebelum naik kereta mayat..

Tingallah kedai burger, nyam nyam sedapnya makan oblong burger..

7. Kedekut nak mampos.

Zakat yang dibayar hanyalah zakat fitrah, dan sedekahpun biasanya RM seringgit, tapi dalam diri rasa dah banyak bagi pada Allah, maka bila adik beradik susah, atau jiran susah, atau ada fakir miskin mintak tolong, terus ungkit, aku dah banyak bagi sedekah kat masjid, (RM seringgit seminggu), pergi jumpa Along!

Orang kedekut tak ke manapun, duit banyak akhirnya jadi hak waris, badan jadi hak ulat, dan korang masuk neraka, tak ke manapun.

8. Suka bertanya bila gaji nak masuk (bagi mereka yang makan gaji)

Tak salah bertanya, tapi jika gaji masuk 25 haribulan, 26 haribulan, dah bayar hutang dengan semua gaji, kedai burgerpun tak beberapa laku, maka 27 haribulan dah tanya, errr, bila gaji masuk? Tak ke ahli neraka? Sebab jika korang ahli shurga korang akan Tanya, bila zohor nak masuk? Faham!

Akupun tanya jugak pada 22 haribulan, bila gaji masuk?, dan jika mereka cakap, esok lusa masuk, maka aku terus pergi membeli belah keperluan rumah sebab tak nak bersesak sesak dan biasanya sebelum 25 haribulan pasaraya lengang dan barang murah..

Err, gaji dah masuk ke? Bulan lepas punya potongan KWSP tak habis lagi, woha!

9. Marah bila bercakap bab duit.

Aku tak tahupun korang ada masalah kewangan, aku tanya sahaja, “apa kata hujung minggu ni kita pergi berkelah di Pulau Kapas?” terus korang marah kerana anggap aku hina korang yang ada hutang Along, kredit kad, kedai burger tak boleh tutup hujung minggu lau beremosi dengan aku. Marah marah..

Relaklah brother, gua lupa lu ada kedai burger yang kena operasi setiap malam untuk bayar hutang along sebab beli beli barang mewah yang lu banggakan tapi takde siapa pedulipun, ada TV plasma, Astro, tapi tak tengok sebab terpaksa jual burger, siapa peduli? Bodoh lagi apa?

Gua pergi dulu Pulau kapas, lepak homestay sana dua hari, minggu depan nak pergi langkawi pulak.., jangan emosi bro, nanti gua tag gambar gua pergi melancong di singapura dalam facebook lu..

Jangan marah-marah bro, nanti masuk neraka!

Ada masa, kita pergi iktikaf di masjid, apa?!, tak boleh iktikaf sebab takde duit? Bengong!

10. Guna duit raya anak dan tidak berniat nak ganti balik.
Pelik?, lepas raya kenapa lu banyak bawak duit RM seringgit bila belanja?

(Malas nak tulis karangan cerita ini)

11. Takde akaun tabung haji.

Kitaorang mana ada duit nak daftar pergi haji, nanti kitaorang kaya, kitaorang tak mainlah pergi haji dengan pekej murah, kitaorang akan pergi haji dengan syrikat swasta, pekej perdana, RM30 ribu, berkemah dipadang arafah dalam bilik air cond, makan nasi lemak walaupun di tanah arab dan beriktikaf dihotel mewah, sekarang kitaorang takde pendahaluan RM1300, kitaorang tak mampu, lagipun rumah kitaorang ada astro, TV plasma kat dapur dan TV LCD kat ruang tamu, DVD player lagi, sound system surround, mana mampu daftar tabung haji, tayar spare kereta punya rimpun tak sport, (yang lain semua dah sport). Lagipun duit bulan ni nak beli patung bangau betina untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar sebab kesian patung bangau jantan yang selama ni sekor sekor duduk tepi kolam, dia kesunyian..,

Haji adalah rukun islam, jika takde niat nak pergi, boleh masuk neraka…, tapi bangau tu kesunyian, Nabi adam dalam syurgapun kesunyian, bila takde Hawa, bangau saya lagilah kesunyian..

(adegan seterusnya terpaksa didelete kerana aku sedang mematahkan leher bangau kesunyiannnya agar tidak kesunyian lagi)

12. Mencuri
Ini memang bengong ganda dua puluh tiga (masukkan soud effect guruh)!, orang yang hutang dengan along ‘lebih baik’ dari korang yang mencuri, aku pernah nampak dalam CCTV seorang wanita bengong yang curi susu anak dalam pasaraya sorok celah kain, harga RM 22 ringgit untuk satu kilogram, susu tu dah jadi haram, anak makan benda haram, dan maka bapak boleh masuk neraka, bodoh!

13.Mintak derma kon nak buat masjid.

Kat Malaysia ni ramai yang mintak derma konon nak buat masjid, tapi rupanya duit tu masuk poket sendiri untuk memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care..

Memang masuk neraka!

14:Menipu dalam jual beli.

Contoh: Penipu akan datang pada korang dengan muka manja dan berlagak insan kamil lalu pujuk rayu korang gores satu kad, korangpun sebagai pemuda-pemudi yang menghafal rukun negara, tolak cara baik, tapi penipu tabah lalu buat muka kasihan bagitahu bos dia akan bagi dia 50 sen kat dia sebagai upah jika korang gores, (penipu kena pandai berlakon, semua pelakon menipu dalam wataknya) korang sebagai insan yang baik dan berhati perut mulia pun cepat rasa kasihan, korangpun goreslah.., bila korang dah gores, dia pun akan buat muka terkejut, (pelakon yang berkebolehan melakonkan pelbagai watak)

“wah, cik adik dah menang besar, 1. 5 juta bla bla bla,”
Lepas tu tepon member dia bagitu korang bertuah, lepas tu datanglah bos dia (juga seorang pelakon handalan) puji dan kagum dengan ‘rezeki’ korang, lepas tu korang kena beli barang dia dalam harga RM 3000, baru layak cabutan bertuah hadiah bernilai 1. 5 juta he he he…, member aku yang lurus dan sudah simpan duit nak kahwin, tapi masih cinta dunia dah terkena penyakit wahan.

Lalu beli barang rumah yang tak berguna seperti ‘air cond’ mudah alih (kipas letak air batu) yang mana jika kos asal adalah dua tiga ratus kot tapi dia kena bayar RM 3000, lepas tu bila buat cabutan bertuah dapatlah set pinggang mangkuk tak bermutu.., aku pun tak paham, lebih kurang gitulah member aku cerita.. ish ish ish.. siapa mangkuk dalam cerita ni? siapa yang jadi mangkuk bertingkat dan siapa yang jadi mangkuk hayun?

Pergi masuk neraka!

15.Membunuh orang kaya di dalam kebun

Menculik, memaksa lakukan transaksi wang jutaan ringgit, pukul hingga mati, bunuh, bakar mayat atas zink, dan buang mayat ke sungai.

Korang memang layak masuk neraka! Tak payah cakap banyak.

16.Membunuh diri.

Malas dah nak tulis, akhir zaman ni, dah ada orang islam yang bunuh diri sebab masalah duit, lepas tu masuk neraka, apa punya hampeh daa…

Tepuk dada, tanya IMAN kita. Ukurlah setakat mana KEIMANAN kita.

Thursday, September 30, 2010

Welcome back~~


Hihihi, untuk diri sendiri. Kali terakhir 5 Julai 2010 aku update blog. Baru 2 bulan beb. rindu nak update. Tapi jadi blur bila nak taip. Rasanya tidak terlambat aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua member2 blog aku. Jari disusun, ampun dipinta.

Sepanjang 2 bulan ketiadaan aku dalam dunia blog, kebanyakan aktiviti aku adalah di dunia lain. Realiti, aku join aktiviti konvoi pada bulan Ramadhan yang lepas. Seluruh Malaysia program tersebut. Banyak perkara baru yang dipelajari dalam hidup. 


Sekarang aku masih meneruskan kerja harian aku. Si kecil anakku Adib masih dijaga oleh ibu mertuaku. Matlamat aku sekarang ialah nak tambah lagi zuriat. Bila rezeki itu nak datang. Hanya mampu berdoa sahaja.Untuk kerjaya, mulut sila kunci. Jaga diri agar tidak terpesong dari matlamat hidup...Aminnnn.


Selepas ini plan aku ialah nak tukar wajah blog...hihihihihi...bila nak boleh buat yer...

Monday, July 5, 2010

Gilerrrrrrrrrrrrrrrr~~

Adehhh, gila punya kerja. Last update 19/05/2010. Hihihihi.Banyak perkara yang perlu aku lakukan. Lepas ini, aku cuba untuk mengemaskini blog. Bukannya apa, aku ni tidak punya kemahiran dalam menulis. Nak copy? Erm, bila berkenan dan rasa sesuai saja aku akan copy dengan keizinan tuan punya blog.

Banyak cerita yang tersimpan dalam peti besi aku. Tapi bila nak disampaikan, ada sahaja halangan. Then, hilang. Bila jumpa balik mulalah termangu nak susun ayat. Macam-macam. Itulah ragam kita sebagai manusia. Sekarang aku cuba mencari sesuatu yang hilang dalam diri aku. Mungkin berpunca dari kerjaya aku yang membuat aku terasa kehilangan.

Ha, pasal family. Anak bujang aku dah pun pandai bercakap. Suka aku. Tak terlayan dengan si kecil itu. Cuma masa bersama kami agak kurang disebabkan suami bertukar kerja dari office hour ke shift. Sabtu dan Ahad termangulah kami berdua di rumah. Aku tiada pilihan melainkan create aktiviti sendiri dengan menanam pokok bunga. 

Ok, sekarang plan aku ialah nak cari kawan-kawan aku yang dah lama hilang. Di sebabkan masing-masing ada komitmen sendiri, kalau nak jumpa mesti kena plan baik-baik. Last-last aku jugaklah yang jadi mastermind. Penat. 

Balik pasal kerja. Tak gemar sangat bercerita pasal kerja. Aku seorang yang suka mencari kepuasan dalam bekerja. Biasanya kalau nak cari kepuasan dalam kerja ni kena company swasta baru betul. Kekadang aku jadi pelik dengan hukum alam ini. Tapi semua ni DIA yang tentukan sebab DIA yang berkuasa.Hari-hari aku bekerja, selalu aku dengar dan tengok apa yang terjadi. Biasanya yang pandai bercakap kerjanya pasti zero. Tapi orang itulah yang akan dijolokkan namanya. Bak kata "Besar kipasnya, kuatlah anginnya". Lantak lah. Cuma aku berharap pada satu hari nanti apa yang aku cari pasti akan jumpa. INSYA-ALLAH...

Wednesday, May 19, 2010

Isteri Yang Dingin - Kereta Mayat (Saudara Hamka)

Kan aku cakap, tak rugi kalau jengah blog kereta mayat. Terkekek-kekek aku gelak. Kenapa aku gelak? Nah...baca hasil tulisan saudara Hamka, empunya blog kereta mayat. Sebagai seorang isteri, mari ramai-ramai bagi idea kalau SUAMI YANG DINGIN pulak. Hihihihi...layannnnn

Entry ini adalah untuk mereka yang dah berkahwin sahaja, soalan: apa nak buat jika isteri menolak untuk bersetubuh? Jawapan, lakukan ini,..., ha ha ha, dan ini..., ,..., ha ha ha, juga ini..., ,..., ha ha ha, dan juga ini..., woha!)
Suatu malam, ketika sedang menonton TV seorang diri, ada jugak babak babak yang biasa bagi korang, tapi aku dah rasa semacam.., rasa ‘air meleleh di telinga’.., dan apabila tiba waktu iklan, melihat babak babak dalam iklan, terutamanya iklan alat senaman, membuatkan aku rasa nak ‘bersenam’jugak, ni tak boleh jadi nih..,lalu aku tutup TV dan terus ke bilik tidur mengejutkan isteri untuk ajak ‘bersenam’.., bukan apa, teringat hadith Nabi yang aku lupa mantan dan perawinya yang memberitahu jika dalam perjalanan tiba tiba terlihat sesuatu yang terangsang, maka pulanglah kerumah dan bersetubuhlah bersama isteri.., begitu lebih kurang maksud.., wallahulam.

Jadi kes aku, salah aku jugak, siapa suruh tengok TV yang ada iklan jual alat senaman malam malam?, astarfirullahalazim.., terpaksalah aku ganggu isteri aku yang sedang tidur untuk ajak bersenam, tapi.., mungkin kerana baru terjaga dari tidur, antara sedar dan tidak sedar, boleh pulak isteri aku menolak ajakan amaradana dari lelaki yang macho ini?

What! Ke mana aku nak tumpahkan kuah jika tak ke tempat yang betul?

Ok, aku cuba cool, aku cuba ambil wudhu dan cuba tidur, tapi dalam keadaan isteri aku yang seksi di sebelah dan model iklan alat senaman terbayang di mata, apa daya aku? Sekali lagi aku kejut isteri aku, tapi isteri aku memusingkan badannya pula...

Apa aku nak buat? Aku bukan ada isteri lain, jika tak, aku boleh buat buat merajuk, dan pergi rumah isteri nombor dua, dan terus tumpahkan kuah pada nasik di sana.., tapi isteri aku satu jer..

*****

“boleh tak abang kahwin dua”, Tanya aku pada suatu petang..

“Tak boleh”Jawab isteri aku selamba.

“nanti kalau boleh, bagitahu ye?” jawab aku lagi selamba.

******

Ok, kembali pada babak malam ini, isteri menolak ajakan aku untuk bersetubuh, apa kita nak buat?

Tiba tiba aku mendapat satu ilham, ha ha (gelak orang jahat)

Maka dalam kedinginan malam, akupun bangkit dari pembaringan, lalu akupun melakukan beberapa angkara yang mana jika kita buat kat orang sedang tidur, maka orang itu akan marah.., tapi orang yang akan marah itu adalah isteriku, biarlah dia marah, sebab sekarang dia yang sedang buat aku marah..

Aku pendekkan cerita, lepas aku dah buat beberapa angkara itu, akupun tidur..,

Pagi itu jam loceng berbunyi seperti biasa, isteriku pun bangun seperti biasa, dan pelik?, tidak marah marah.., aku yang juga terdengar jam loceng itu, biarkan sahaja ianya terus berbunyi lalu dimatikan alarmnya oleh isteriku dan isteriku terus pergi mandi, selepas mandi, isteriku datang mengejutkan aku..

“bang, bangun, bang, dah dekat nak subuh ni..” kejutt isteri aku yang sedang berkembang dengan kain tuala.

Akupun tarik dia dan berkata;

“Abang nak bersetubuh dulu, sebab jam baru satu pagi”
Woha!

Rupa-rupanya, angkara yang aku buat tadi adalah dengan menukar waktu jam, dari satu pagi kepada jam 5 pagi, dan untuk merealkan lagi suasana, jam kat ruang tamupun aku tukar waktunya, mulanya iasteri aku tak percaya, tapi setelah aku bukak TV dan isteri aku melihat rangcangan bersama iklan alat senaman masih belum habis, maka percayalah isteri aku bahawa dia dah tertipu oleh aku dan waktu. Woha sekali lagi.

(babak seterusnya terpaksa dipotong kerana semua tahu sudah, kemana tumpahnya kuah kalah tak.., arghh, sambung sendiri)

Moral of the story, janganlah kamu wahai para isteri, menolak ajakan suami untuk bersetubuh, kerana jika suami tidur dalam keadaan marah, maka kamu akan dilaknat oleh malaikat sampai ke subuh,

...dan yang belum jadi isteri orang lalu menolak ajakan teman lelaki untuk bersetubuh, maka kamu adalah antara wanita yang suci lagi terpelihara...

...dan jika kamu menerima ajakan teman lelaki untuk bersetubuh, maka kamu adalah bodong bangang, dan akan dilaknat oleh Allah sampai kamu bertaubat..

Takutlah Allah dalam bab menjaga kemaluan, dan jagalah kangkanganmu dari lelaki yang sundal!

Ps: isteriku, jika kamu menolak lagi ajakan abang, bukan setakat jam ruang tamu yang abang akan ubah waktunya, jam dalam keretapun abang akan ubah sekali, woha!.., (bukan senang dapat tidur bersama isteri yang baru lepas mandi...he he)

 

Tuesday, May 18, 2010

Terkunci dalam toilet!!!!

Sememangnya dah lama nak cerita kisah ni, tapi tunggu betul-betul cool baru boleh cerita. Al-kisahnya hari khamis lepas (minggu lepas) aku MC kerana migrain. Terjaga pukul 3.30 pagi kepala masih terasa beratnya. Tinggallah aku bersama Adib di rumah.Adib sekarang dah 2 tahun 3 bulan. Tengok apa yang dia buat pada aku.

Selepas breakfast (aku mmg breakfast lambat-9.30 pagi) perut aku terasa sakit dan memaksa diriku untuk ke toilet.

"Adib, ibu nak pegi toilet jap"
"Ok." Adib membalas.

Tengah aku seronok dalam toilet, tetiba Adib mengetuk pintu toilet sambil menjerit.


"Ibu! Ibu!"
"Yer, ibu kat dalam nih"

Tetiba aku terfikir hanya untuk memenuhi masa dalam toilet aku.

"Isk, buatnya si Adib nih main kunci pintu, mati aku"

Sekali aku dah flash, aku buka pintu.
"ALAMAK!!!!"

Menjerit-jerit la aku. Menangis la aku. Melalaklah aku. Dok fikir kena tunggu sampai pukul 6 petang la aku kat dalam toilet nih. SUMPAH!!! Aku tak sanggup masuk penjara. Toilet yang cerah bersih pun aku tak sanggup inikan lagi penjara.

Separuh gila juga aku kat dalam toilet. Aku kuatkan semangat mencari idea untuk melepaskan diri. Bermacam-macam cara aku buat. Ketuk? Tendang pintu? Semua dah. Menangis-nangis aku panggil si Adib. Jawapan masih sama iaitu senyap. Aku makin risau. Bermacam-macam perkara yang bermain di kepala otak aku nih. 

Aku mendapat satu idea. Aku cuba tarik pintu. nasib baik pintu toilet bukan diperbuat dari kayu. Aku tarik dan cuba muncungkan mulut aku di celah-celah pintu mmemanggil nama Adib. Masih tiada jawapan. Aku terus berusaha. Mengetuk pintu dari luar dengan mengeluarkan tangan aku. Aku menyendal pintu dengan botol. (tetiba ader botol dalam toilet aku)

Tetiba aku dengar tapak orang berjalan. SAH!!! ADIB!!!!
Terkedek-kedek Adib datang kat aku dan berkata,
"Ibu...Ibu..."
"Ha...buka balik pintu ni Adib...dah lama ibu kat dalam nih"
"Tak yeh" (Tak boleh). Sebab pintu menjadi ketat kerana botol. Aku cabut balik botol tersebut. Dan akhirnya...aku boleh keluar kembali dari toilet. Aku terus terkam si Adib sambil peluk dan menangis teresak-esak. 

"Ibu bukannya aper, ibu takut apa-apa terjadi pada awak jer"

Nampak air mata bergenang dikelopak mata Adib. Mungkin dia faham apa yang aku katakan. Nasib aku baik kerana Adib faham arahan aku. kalau tidak mungkin sekarang aku dah gila kerana terpaksa menunggu hingga jam 6 petang baru boleh keluar. Aku keluar ke ruang tamu untuk lihat apakah yang menyebabkan Adib tidak menyahut panggilan aku.Rupanya Adib senyap sebab dok layan rancangan Apa-Apa Aje. Aduhhhhhh

Pesanan untuk pembaca .
1. Masuk toilet jangan lupa bawa handphone.
2. Kalau guna toilet dalam bilik, pastikan bilik berkunci dari dalam agar anak tak boleh masuk dan main kunci.
3.Jangan kuatkan suara TV bila tinggalkan anak sendirian menonton TV.
4.Ader pesanan lagi? Hihihihi

Friday, May 14, 2010

Lagi blog untuk blogers

Kali ini aku viewkan 2 blog yang memang aku kalau tengok topiknya mesti aku akan buka dan baca. Tapi akhir-akhir ni agak lambat 2 blog ini diupdate. Mungkin disebabkan komitmen lain macam aku jugak. Jom kita lihat siapa yang terkena!!!!

Simple tapi padat. Padat dengan apa? Ha, padat dengan maklumat dan cerita-cerita yang aku akan baca dan follow. Pernah sekali aku copy Abang Long punya entry pasal seks untuk dikongsikan bersama. Minta izin la dulu, kang tak pasal kena saman beb. Baik hati orangnya. Dia bagi tanpa sebarang soalan. Kalau tak salah aku, Abang Long menetap di Klang. Insya-Allah, satu hari nanti akan terserempak juga ngan Abang Long.


Nama blog ini iala KERETA MAYAT. Takut jugak pada mulanya bila tengok nama blog. Tapi serius, isi kandungan cukup mantap. Entrynya akan diselitkan dengan cerita atau kisah yang sememangnya. Pendapat dan pandangan isu-isu agama dibincangkan.

Wednesday, May 12, 2010

Sanggul @ Bonggol~~

pic from google

Sebelum aku meneruskan entry aku ini, aku nak mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini bisa mengguris hati sesiapa sahaja yang membaca. Aku hanya sekadar mahu berkongsi.Sebarang pendapat bolehlah tinggalkan komen untuk kita berkongsi bersama.

Sabda Rasulullah s.a.w. 

Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun” (riwayat Muslim)


Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(  bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah) 

Pernah waktu sekolah dahulu aku diajar oleh ustazah.
"Ingat, jangan tinggikan sanggul"

Ingat sampai ke hari ini. Tapi semenjak akhir-akhir ini aku rasa macam dah jadi trend meninggikan sanggul. Ada pendapat? Takut nanti tersalah maklumat pulak. Pakar-pakar agama dialu-alukan sebagai panduan kepada kita semua.

Tuesday, May 11, 2010

Bloggers-bloggers ku~~

Kali ni aku nak share beberapa buah blog yang aku selalu kunjungi. Setiap hari aku akan tengok list blog kat side blog aku kot ada cerita baru. Ada sebab kenapa aku suka singgah kat blog diorang. Meh kita tengok siapa yang kena!!!! Untuk officemate aku, blog korang memang setiap hari aku jengah, so tak payah la aku nak list kan yer.

Ini blog kak ita. Aku pernah terserempak dengan dia kat Alamanda. Cantik orangnya. Hihihihi.Kenapa aku suka singgah dan tinggal jejak pada blog dia? Sebab aku kagum ngan ketabahan dia. Setiap kali kalau aku baca entry pasal anak dia pasti menyentuh hati aku.Memang dia seorang yang kuat bagi aku.Nak kenal kak ita? Silakan yer....

Ini blog CT NORAMIZA. Aku suka penulisan dia yang agak gamble. Memang bersahaja. Ayatnya senang aku nak faham dan kekadang bila aku baca mesti tergelak. Aku teringin jumpa dengan empunya blog ini. Bagi aku dia seorang yang low profile. tapi yang bestnya kalau tinggal jejak pasti dia akan balas.

Ini pula blog Ibu_Arifa. Sekarang kalau x silap aku Ibu Arifa stay kat Penang. Kenapa aku suka lepak kat blog Ibu Arifa? Ha...psssttt, kat sini banyak link. Kalau nak beli barang melalui internet, mesti aku sergah ke blog dia. Sesambil tu aku jeling jugak entry dia. Tak percaya? Klik gambar kat atas tu. Enjoyyyy

Ha...ader lagi blog yang setiap hari aku akan jeling dan kerling. Nanti free aku akan share lagi blog-blog yang aku suka lepak.



Friday, May 7, 2010

Sedih...

Lanjutan entry semalam, keputusan untuk temanku dah pun keluar. Temanku 'Mas' akan ditempatkan di IPD Langkawi. Dengar macam bestkan? Memang best tempat baru. Tapi sedih arr berjauhan lagi seorang teman. 

"Tak per Mas, nanti kami balik kampung, boleh kami pi Langkawi" Pujuk hati aku.

Hakikatnya aku teramatlah sedih untuk berpisah dengannya. Aku masih mencari benda apa yang sesuai untuk diberikan padanya. Masih ada cadangan? Nak tengok orangnya?

cun kan?


Teringat dan air mata pun meleleh...

9 Mei hari Ahad ni khas untuk ibu-ibu sedunia, sebak pun ada tengah dok menaip nih. Apanya tidak, sesambil menaip dok dengar lagu "ayah dan ibu" nyanyian Allayarham Sudirman. Itu memang lagu kegemaran aku. Disebabkan lagu itulah aku gelarkan diri aku sebagai IBU dan suamiku sebagai AYAH.

Bila dah besar nanti, anak-anak aku dengar lagu tu terus teringat kat aku. Hihihihi. Tak pernah sekali pun aku diajar untuk meraikan hari IBU atau BAPA. Dah nama pun orang kampung. Aku didik dengan tegas. Kurang kasih sayang? Aku rasa cukup. Terlebih rasanya. Kalau dinilai kembali, tiada beza di antara kami adik beradik.

Masa aku kecil-kecil dulu, kalau aku nak sesuatu benda, jangan haraplah aku boleh dapat. Semua kena usaha. Simpan duit dan beli sendiri. Waktu tu aku rasa macam teramat 'kejam' mak dan ayah aku. Tapi sekarang, aku nak ucap berbanyak-banyak TERIMA KASIH pada mak dan ayah aku. Sebab didikan macam tu lah aku jadi sebegini. Alhamdulillah.

Tapi sayang seribu kali sayang. Tak sempat pun aku nak ucap pada ayah aku. Dia dah pun pergi dahulu sebelum aku sempat mengucapkannya. Tak pernah sekali pun aku cium pipi ayah. Kecuali kali terakhir dia di dunia. Kalau sekarang diminta aku imbas kembali kenangan pahit bersama arwah, sesungguhnya aku sendiri dah tidak berapa ingat kenangan-kenangan pahit bersamanya. 

Pada mak aku kat kampung, sekejap lagi aku nak call dia. Tak sabar nak tunggu dia datang rumah baru aku. Membawa bersama pokok-pokok cili untuk aku. Hihihihihi. Baik punya anak. Untuk Mak, nanti ceq cari hadiah special walaupun bukan diberi pada 9 Mei nih sebab jauh. Nanti mai sini ceq bagi...mmmuuuuaaahhhhh!!!


Thursday, May 6, 2010

Any suggestions???

Sedih pun ada, happy pun ada,sebak pun ada. Khas buat temanku 'Mas' yang akan berpindah jauh dari aku. Maybe ke Utara atau ke Timur. Tapi itu adalah untuk kebaikan dia. Aku mendoakan yang terbaik buat 'Mas' sekeluarga.

Apa yang istimewanya 'Mas' pada aku? Dari segi fizikal, dia memang seorang yang cantik dan ayu. Nampak lembut dari luaran tapi agak tegas secara hakikat. Bukti? Huh, kalau drive ada yang kurang ajar pasti dihon kereta tersebut. Jangan ingat nak hon tu bukan saja-saja, mesti ada sebab. Sesetengah yang tak kisah memang tak akan hon, tapi 'Mas' laju jer tangan dia tekan punat hon tu. Hihihihi.
 
'Mas' ialah driver aku untuk seharian bekerja (melampau betul aku nih). Aku mana ada lesen. Maknanya tak kesampaianlah hajat 'Mas' untuk merasai aku drive kereta.Hihihihihi. Hari-hari ada saja cerita yang akan dikongsi bersama. Baik peribadi mahupun pasal kerja. Tak kisah lah, tapi segalanya 'Mas' adalah tempat aku meluahkan perasaan. Memang baik hati sungguh 'Mas'. Terima kasih 'Mas'.

Yang bestnya lagi ialah nama pangkal dan panggilan kami sama. Asal negeri pun sama. Dan umur kami sebaya. Betapa specialnya kami. Pernah seketika ader orang panggil 'Mas!!!!' , kami berdua tidak tahu empunya nama tersebut dan berlalu dengan muka slumber sahaja. "Agak-agak tadi diorang panggil saper erk?" Hihihihihi.

Doa aku buat teman ku 'Mas'. 
"Ya Allah, KAU berikanlah jalan terbaik buat sahabatku Masliana. Berikanlah Rahmatmu ke atas kehidupan dirinya sekeluarga di dunia dan akhirat.KAU murahkan rezeki padanya Ya Allah.Sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengasihani."

Cuma aku nak minta pendapat, apa hadiah yang sesuai untuk aku berikan pada 'Mas' sempena perpisahan kami. Argggghhhhh...sedih nih....


Wednesday, May 5, 2010

Anak Kecil Main Api

Teringat waktu kecil dulu, aku and the geng di tadika diberi tugas untuk menghafal lagu nih. Tapi aku rasa liriknya dah berubah, aku cuba dapatkan lirik asal tapi masih dalam cubaan. Beb, aku pun ada jiwa patriotik. Aku sengaja dapatkan video lagu yang bersertakan lirik. Sesiapa yang buka tadika tu, lagu ni amat sesuai untuk anak-anak kita. Bila dah besar macam aku akan ingat satu lagu patriotik, hihihihi. Apa kata korang layan...jommm!!!~~



Tuesday, May 4, 2010

Lagu Untuk Adib~~

Lagu ni aku suka sangat dengar...dah jadi ringtone aku pun...Adib pun dah boleh follow lagu nih...sesuai untuk anak-anak kecil sebab senang nak follow...dengar erk...dapat la pahala aku sikt walaupun x dapat duit untuk promote...hihihih...dengar satu-satu yerk...






Sunday, May 2, 2010

Ahad~~

Semalam aku balik dari kampung atuk suami aku di Bagan Datoh...sebab hari ni aku kena datang ofis...last minit punya permintaan...sebab esok (Isnin) ader audit...alahai...berangkut sakan la aku...dengan si suami dan Adib ke ofis...habis dipunggahnya si Adib...si ayah leka bermain game...apa la nak jadi ngan hujung minggu aku nih...sedihhhhh~~

Friday, April 30, 2010

Sunat @ Khatan @ Khitan untuk perempuan~~

Aku nak share sesuatu yang kekadang bila nak buat untuk anak perempuan kita...time tu la baru nak fikir "kenapa"..."apa hukum"...dan sebagainya...
Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah 
 
 خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)
 

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
 
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanafiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
 
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik.
  
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hambali.
 
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
 
Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sahih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan. 
 
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
 
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan. 
 
"Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.." dan pelbagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
 
" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)
 
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.
 
Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali mesir dan sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.
 
Rasulullah Berkhatan 
 
Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah  SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab. 
 
Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.
Sekian
Ust Zaharuddin
Ha ... aku merahkan kenyataan di atas tu kenapa perempuan dikhatankan ... hahahahha ... mulalah otak ni bergeliga mencari idea-idea yang kawan-kawan aku berkata dan berdekah-dekah..."apsal la mak aku sunatkan aku dulu..." ayat ni untuk kegunaan yang dah berkahwin yer...hihihihihi

Wednesday, April 28, 2010

PADAN MUKA!!!

Penjenayah warga Indonesia parah ditembak ahli perniagaan

26/04/2010 3:48pm

ALOR GAJAH 26 April – Seorang penjenayah parah selepas ditembak ketika memecah masuk ke banglo mewah milik seorang ahli perniagaan di sebuah resort terkenal di Simpang Ampat, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof ketika mengesahkan kejadian itu berkata, suspek berusia 30-an, yang tidak mempunyai dokumen perjalanan, berasal dari Jawa Timur, Indonesia. – Utusan

Aku nak kata jugak...PADAN MUKA!!! Umpama kata aku..."datang umah orang buat hal...tak sedar diri"

Monday, April 26, 2010

Bila lagi???~~

Huhu...dah lama tol x update blog...nak baca pun x sempat...ini kan nak khatam pulak...sejak 2 menjak ni...memang arr...kena masukkan internet jugak kalau nak berblog...nak kena refresh balik blog-blog yg selalu aku baca...mohon ampun dan maaf kalo lalang dah panjang...sawang dah banyak sangat...haish...bila nak bersihkan blog aku ni kasi ceria balik....arghhhh~~~

Sunday, March 28, 2010

24 MARCH!!!!

Date tu dah lepas kan? Ha...itu date birthday aku... haaaaa...dah lepas pun...celebrate??? Mana ader...aku dari kecil lagi, mak dan arwah ayah aku x pernah buat...dan x pernah ajar...bila aku sekolah pun...time birthday aku...aku jadi tak perasan dan menjadikannya bukan satu tarikh yang penting...bila aku mula melangkah ke alam remaja...kolej...aku still buat derk jer~~ Sampai satu ketika boyfriend (suamiku) aku dtg wish dan bawa hadiah...ha...sekarang bila dah diajar...aku akan terus minta dari dia...hahhahaha...sapa suruh ajar aku..aper pun thanks pada kawan-kawan yang wish dan doakan untuk aku...thanks pd kak nad...kak nab...dapat cupcakes dan sejadah...walllaaahhhh
 

Monday, March 22, 2010

Rahsia selama ini~~

Tadi dengar Hot Chat kat Hot Fm...tajuk kali ni "Perkara apa yang korang tak akan kongsi pada pasangan anda"...menarik...tapi bila aku fikir balik...imbas balik...aku rasa tak ada apa yang aku simpan atau rahsia dari suami aku...kalo nak simpan pun...pasti ter'pecah' jugak...hihihihi...

Satu panggilan yang aku buat tersentap...panggilan pertama kalau korang ader dengar la...
"saya x akan cakap yang ex-boyfriend saya masih berhubung dengan saya"

Isk...nauzubillah...kalau aku jadi suami dia...aku tak tahu apa yang patut aku lakukan...mungkin aku antar ke pusat pemulihan kot...hahahhaa...bukannya apa...bila kita dah berumahtangga...mula la nak berceramah...tolong la...jangan la buat macam tu pada pasangan kita...letak diri kita di tempat pasangan kita bila kita terkena...kalo sekadar sekali sekala dok bertanya khabar...rasanya tidak menjadi masalah...yang menjadi masalah bila lama-lama berhubung...mulalah nak bercerita kisah lama...oh please...aku pernah mendapat meseg dari ex-boyfriend aku...kekadang menyapa di YM...kalo sekadar bertanya khabar tak menjadi masalah pada aku...tapi...kalo nak mengungkit kisah lama...memang aku bagi debushhhhh~~~ dalam erti lain ko sembang la sesorang...dalam hati dan kepala otak aku nih sentiasa terkenang suami ku...dah tak ada yang lain..."Ya Allah..jauhi keluarga ku dari segala fitnah-fitnah di dunia ini...Amin..."




Wednesday, March 17, 2010

Lama gilerrrr~~ Edisi bersama jiran

Ha...last update 12/03/2010...tu dia...hari ni 17/03/2010...uhuk uhuk uhuk...bersawang habissss...masa dok berjalan...masa dok dalam kereta...masa memasak...banyak sangat la benda nak cerita...tapi bila dok depan pc macam patung...jadi blurrrr...tak tahu apa nak ditaip...hihihihihi...tenung jer blog orang lain...aper nak jadi nih~~

Tak ader apa yang nak dishare kali ni...yang share pun janji nak snap gambar...tak snap-snap lagi sebab kamera bengong...dok target SLR tapi berkurun la...al maklumlah...gaji pun ciput jer...bersyukur jer la...kalo nak jugak...simpan yer..."SIKIT-SIKIT,LAMA-LAMA JADI BUKIT" (sambil mengangkat tgn macam Karam Sign Walia)...
Sekarang dah nak masuk 2 bulan aku tinggal di rumah sendiri...serius...rumah aku masih bergema kerana kosong...seronok la si bujang aku sorang tu bermain...biar la dia...itu yang buat dia bahagia...ruang tamu yg ader langsir, tv dan rak...hihihihi...senang nak ngemas...senang si bujang aku berlari-lari...

Al-kisahnya...jiran sebelah rumah aku...mak cik la...dia ader menegur si bujang aku nih...

"Adib...balik rumah seminggu sekali yer?"

Hihihihi...aku memang tak salahkan mak cik tu kerana menegur begitu sebab last week sepanjang minggu aku kena stayback kat ofis sampai ke malam...keluar dah pun 6.15 pagi dan balik 10.30 malam...hihihihi...memang mak cik tu x bangun dan dah tidur la...serius...aku x sempat nak bertegur sapa ngan jiran-jiran aku lagi...tambahan isteri-isteri orang...yang sempat aku tegur hanyalah pokok cili aku 3 pokok tu...kunyit 1 pokok...pokok kari 3 pokok dan serai...tu jer...hihihihi...apa nak jadi pun aku tak tahu la...aku rasa kalau jiran tetangga aku buat kenduri kendara masihkah aku mampu untuk memberi komitmen???

Ha...jangan buat 'derk' ngan jiran beb...nanti kalau waktu susah...diorang la yang kita nak minta tolong...jangan menyombong ngan jiran beb...nanti kalau umah korang kena rompak...dia buat menyombong ngan kita balik baru padan muka kita...korang ngan jiran korang macam mana???




Friday, March 12, 2010

Bora Asmara~~

Hari ni ulang tahun perkahwinan kami ke -3 (09/03) ...tengah bersiap nak dinner kat Bora Asmara...bertiga??? Berdua jer...Adib tinggal kat mak kejap...hihihihi...bertuah punya anak menantu...first time nak ke sana...agak suprise sebab tak tahu nak makan apa lagi...akhir-akhir nih terlalu sibuk...baru teringat hari ni punya anniversary...terus book!!! Ha...tunggu jer la ceritanya...

Sambungan kisah di Bora Asmara...

Kami sampai dalam waktu yang dibook ... agak suprise ... sebab Bora Asmara terletak di tengah-tengah perkampungan kecil ... celah-celah umah orang kampung ... macam tak percaya kan??? Kampung Sungai Penchala ... serius ... cantik ... aman...ader pulak boy band ... wahhhh...aku x payah nak request lagu pun ... tumpang lagu orang .... hahahahha .... dah ramai yang request...kami layan makanan jer la ... so ... untuk saper-saper yang nak berdua...nak ilang stress...boleh la lepak kat situ...makanan dia memang puas hati...tapi sayang...kamera aku dah bengong...tapi sempat aku mencari rujukan yang sempat aku simpan sebelum aku pergi ke sana...~~Layannnnn

 Pintu masuk

 Cantik kan???nanti lagi cantik...diorg tgh buat renovation

 Boy band...malam aku datang pakai baju putih

Ini yang aku order Oriental Chiken Chop (RM 21.90)


Ini suami aku order...Carribean Chicken Grilled (RM29.90)

Totaly aku makan berdua malam tu termasuk tax semua ialah RM 85.25...berbaloi??? Memang berbaloi...aku order deser ABC Rainbow Wave...sedappp...nampak macam x der makna ABC tu...sebab x ader aiskrim...tapi bila ngapppp...ha...aiskrim dok dalam ABC...hihihihi...

Friday, March 5, 2010

Tip untuk beli tudung~~

Entry aku ke 2 yang ditaip di rumah...satu malam boleh buat 2 entry...hihihihihi...nak upload time lunch la...

Aku tak pernah nak bercerita pasal tip-tip kan??? Ini adalah pengalamanku sendiri...dah beberapa kali aku beli dan menggunakannya...aku bagi sedikit tip la...terpulang pada korang sama ada boleh terima atau tidak...

Aku pernah beli tudung Ariani...time mula-mula diperkenalkan...aku dapat 3 helai...harga time tu RM 75.00 kali lycra...then yang saiz paling kecil...harga RM 40.00...memang gila time tu...bila masuk kedai dia...tak ingat dah...then aku bertukar angin pulak...bila tengok yang harganya RM 25.00...koau tak rambang mata beb...beza tu jauhnya...aku try sehelai...tahu apa keputusannya??? Aku tetap memilih ARIANI...nak tahu kenapa? Nanti aku ceritakan....

Dalam masa ARIANI tengah dijulang tinggi...datang seorang supplier bersama partnership dia...memperkenalkan BALQIS...memang sejibik ARIANI...Cuma harga dia lagi murah...dalam RM 60.00 sehelai...kenapa aku cakap murah??? Nanti aku ceritakan...

Sekarang...aku masih mencari tudung ala-Ariani yang murah dan...BERKUALITI...bukan senang beb...nak dapat yang murah dan berkualiti...itu prinsip aku dalam mencari tudung...aku sanggup pusing satu Jalan Tunku Abdul Rahman...semata-mata nak cari tudung yang murah dan berkualiti...dapat la satu...aku beli 3 helai di kedai yang berbeza...dengan harga di antara RM 20.00 hingga RM 25.00...TETAPI cuma sehelai sahaja yang dapat memuaskan hati aku...baru aku perasan apa yang aku cari sebenarnya...

  1. Sebelum beli...baik korang test dulu...pastikan tiada benjolan berlaku di kepala korang bila memakainya...(jahitan di antara awning dan tudung kemas, tidak berdouble-double jahitannya)
  2. Kalo muka kecik, awning pendek lebih sesuai...kerana kalau panjang ia akan menutupi muka korang...jadi sempit muka korang
  3. Cari awning yang ‘kadbod’nya (benda keras kat awning tu) BUKAN sepenuhnya...cari yang ada ruang kosong di kedua-dua penghujung kiri dan kanan...(nanti kalo sempat aku snap)...kalau korang ambik yang ‘kadbod’ penuh...bila basuh ia cepat membengkok dan benang putus dan kekadang pakai mengembang...muka jadi kembang...
  4. Terakhir...pastikan jahitan disekeliling kemas...
  5. Jenis kain yang sedap dipakai ialah lycra la...kalo cotton...lama-lama ia akan mengembang di muka dan mengecut di hadapan dan belakang...TETAPI terdapat banyak jenis cotton...

Aku memang cerewet dalam hal membeli tudung...kekadang tu aku tak rasa menyesal pun beli tudung yang mahal di Ariani sebab sehingga sekarang aku masih boleh memakainya...tak der bengkok aper pun...tapi sekarang dah tak jejak pun di Ariani tu...sebab aku dah dapat brand lain yang boleh aku beli dengan harga murah dan berkualiti...tak hairan la aku pusing semua kedai tudung di Jalan TAR ader mulut-mulut yang berkata...

“Akak...saya tak pernah jumpa orang yang secerewet akak nih...awning panjang la...jahit tak kemas la...awning bengkok la...pelik la...”

Dengan muka slumber aku jawab...

“Ini akak yang nak beli dan pakai...duit yang nak beli ialah duit akak...kalau duit adik...akak tak kisah...”

Boleh tersenyum dan pilih lagi tudung di depan mata ku...hahahhaha...dasar muka tak malu tol aku...ada aku kisah???? Ha ... kalo korang rasa tip yang aku bagi ni berguna...sila lah gunakan ... jangan malu-malu ... tapi sesaper yang dok area KL nih ... hari Sabtu ... ada pasar malam ... satu gerai di tepi simpang empat (simpang yang semua gerai jual tudung...menghala SemuaHouse) ... situ ader sorang pakcik jual tudung yang aku cakap MURAH dan BERKUALITI ... aku sempat sebat sehelai jer...nanti bila-bila aku nak cari lagi...saper nak ikut????

Sisipan....


Apa tajuk entry aku letak nih??? Hahahha...Sekarang aku tengah layan lagu yang aku rasa dah lama  tak dengar...ader mood nak dengar aku akan cari...lagu kumpulan RADJA...tak minat pun pada orang-orangnya...Cuma lagu jer...lagu paling aku suka JUJUR...hahahah...dok meluah perasaan pulak...abaikan jer la...

Al-kisah sekarang aku kena la BERINTEGRITI... tak per la kalau orang lain tak nak buat...biar jer la aku yang buat...tapi jarang sekali aku sekarang nak mengupdate apa yang aku inginkan...Cuma yang aku cuba buat sementara ini ialah...aku taip kat rumah dan upload ke blog pada pagi hari sebelum pukul 8.00 pagi...BERJAYA KAH AKU...??? Hihihi...tolong skitttt...aku tengah taip kat umah nih...sesambil layan lagu JUJUR...aku rasa kalo pc nih boleh bercakap...dah lama dok maki aku...hiihihihi...sekejap versi Ella...sekejap Radja...si suami aku dok menjerit-jerit dah...

“Hujan la Ibu oiiii..!!!”

Arghhh!!! Lantak la apa ayah nak cakap...memang aku nak hujan pun...panas sangat sekarang...

Main topik hari ni sebenarnya aku nak buat survey...dah 2 jenis broadband yang aku try kat umah aku nih...kat maner??? Kat Klang la...tempat si suami yang aku suka...aku??? Kalo diberi pilihan...dok kat Bukit Tungku boleh??? Dulu masa kat umah sewa aku langgan TM streamyx...tapi sekarang susah la nak dapat...daftar dok tunggu punya la lama...kena tunggu port kosong dulu baru boleh masuk...arghhh...x suka tunggu!!! Nak tak nak aku kena cari wireless punya broadband...tapi aku x sure sekarang masih menggunakan style limited punya kapasiti download....faham ker??? Ini tak boleh jadi nih...nak kena call nih...si ayah ni suka download komik...kekadang nak jugak rasa marah...bila dapat komik memang takkan ingat benda lain...kalo panggil...macam tak sedar...iskkkk....tapi aku nak jugak guna internet kat umah...nak berblog...nak berfacebook yang memang aku kureng gemari itu...aku privacykan aku punya facebook...hanya orang tertentu yang boleh mendetect aku...hihihihi...bukanyya aper pun...maleh nak layan...budak seofis aku pun ignore...kalo orang luar...cepat jer aku aku accept...hahahhahaha

Wah...apa aku bebel nih...banyak jugak yang aku taip...yer la..kat umah...baru lepas makan...baru siap lipat kain...yang belum ialah iron baju dan solat Isyak...alamak...solat weih!!!!!