Sunday, May 31, 2009

Ulasan pasal BERHAD

Rajin la pulak aku menaip entry nih...tapi kali ni aku nak sentuh pasal company2 yang glamour kat M'sia nih yang belakangnya ader perkataan Berhad...x tahu la sama ada kita perasan atau tidak...3 company yang aku akan list nih laporan kewangan mesti cerita pasal 'kerugian'...
1. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
2.Tenaga Nasional Berhad (TNB)
3. Pos Malaysia Berhad
Aku pelik...bila dah selalu berlaku kerugian...kenapa pengurusan x ader inisiatif untuk mempertingkatkan prestasi erk? Contoh paling senang la...KTMB...hari2...orang menggunakan perkhidmatannya...bukannya seorang...berlambak-lambak...tapi masih rugi dan perkhidmatannya makin DASYAT...aku x nak membangkitkan lagi kemarahanku pada KTMB nih...sememangnya aku kena terima hakikat yang KTMB x akan dapat berubah lagi...
Aku x nak salahkan kerajaan...kerana kerajaan dah beri kuasa pada orang-orang tertentu untuk handle company2 nih...so...untuk orang-orang tertentu tu...pikir la sendiri oiiiii~~~Korang dah banyak menyusahkan rakyat...dengan tarif elektrik naik...kemungkinan harga setem pun nak naik lagi...perkhidmatan awam yang memang teruk...x terfikirkah mereka..???

xtvt minggu lepas~~

Sibuk...penat...x sempat nak post aper yang aku,husband dan Adib buat minggu lepas...kodek punya kodek...jumpa la gambar-gambar xtvt minggu lepas...kalo diikutkan minggu ni aku di kampung untuk majlis pertunangan cousin aku...tapi ditunda ke hari lain atas sebab musabab yang tidak dapat dielakkan...minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk bagi aku kerana...


1. Aku kena siapkan hantaran untuk cousin aku...

2. Pegi tengok rumah (macam ler jauh)

3. Kena carik tudung cousin aku....

So...aku sempat jugak siapkan 3 dulang hantaran...aku buat...tuala jadikan buah suka hati aku...cookies aku masuk dalam balang...balang tersebut dihias pada tudungnya...dan coklat...aku beli coklat yang panjang-panjang...gam pada polistrin bulat...kemudian masukkan coklat biskut yang dicampur-campur...aku beli di Sogo...time tu tgh sale....hihihihih...ha...siap...pastu letak la bunga dan reben skit...amacam??? Gambar...tu...khas untuk cousin aku...di kampung...itu jer yang mampu aku buat dalam masa seminggu....arghhhhh~~~



Hujung minggu jer...pasti kutip duit syiling ibu...

Aksi ngendap kamera...hihihihi

Ceeeweeekkk~~

Alalalala...suka kat umah baru erk...

Tanah belakang yang bakal aku tanam serai,daun pandan,kari dan macam2 lagi


X sabar nih nak masuk...

Cookies yang aku masukkan dalam balang...

Coklat yang dibeli di Sogo...


Tuala yang digubah ikut suka hati aku...hahahha

Saturday, May 30, 2009

Hasil pertama~~

Hah...pertama kali aku jaga booth...x pernah sehari suntuk...nak test market sebenarnya...kali pertama...hasil kurang memberangsangkan...tapi akan dipertingkatkan jugak...
Sedih jugak bila hari Sabtu x dapat luangkan masa dengan husband dan Adib...tapi nak buat macam maner...kalo nak buat part time...sabtu dan ahad jer la...hari bekerja...? Jangan cari pasal...ala...melencong pulak citernyer...booth aku dibuka di Sekolah Integrasi Subang Jaya...permintaan banyak pada tudung-tudung labuh...x sangka pulak aku orang Subang Jaya pakai tudung labuh..tapi stok yang aku bawa banyak pada saiz medium...komen dari pelanggan...
1. murah la...berbanding Munawarrah dan Aryani...
2. kain nya sedap...x panas...
3. wah...terletak la bila pakai...
Aper pun aku kena buat strategi...macam maner nak promote tudung Balqis nih...hihihihihi...

Wednesday, May 27, 2009

SPERMA

Tak pernah terlintas aku nak buat entri pasal seks...tapi bila dah baca pada satu blog ni http://novelman.blogspot.com aku nak share pada semua pembaca...entry ni aku copy dari blog 'abanglong'...so hopefully dia izinkan untuk pengetahuan semua orang.
Kalau aku tidak bercakap atau menulis sekalipun, hampir semua orang tahu dan mengambil tahu dan mahu tahu. Dan ianya membababitkan setiap manusia.Sperma. Itulah asal kejadian manusia sesudah pembentukan Nabi Adam dan Hawa.Kenapa, tiba - tiba sahaja aku menulis tentang benda itu ?Bila sebut tentang sperma. Hampir pasti ianya melibatkan persoalan tentang seks.
Baru - baru ini, aku mendapat limpahan maklumat tentang sperma.Tetapi yang paling menarik sekali ialah tentang keadaan sperma yang telah matang. Dimana, ianya akan menyebabkan tindakbalas yang agresif dari seorang lelaki.Baiklah, aku tidak mahu menulis secara panjang lebar atau secara ilmiah. Pengunjung boleh memperolehi maklumat tentang sperma dan persoalan seks dari pelbagai sumber.
Yang ingin aku utarakan disini ialah dari satu sudut pandangan sisi, yang jarang diambil kisah khususnya oleh kaum wanita atau lebih tepat lagi kurang diambil perhatian yang serius oleh seorang yang bertaraf isteri.Dari pengalaman aku bergaul dengan pelbagai lapisan umur masyarakat. Aku dapati, ramai lelaki yang seperti tidak merasa puas dengan layanan isteri.
HARAP AMBIL PERHATIAN. Entri ini adalah sebagai panduan dan hasil pemerhatian sahaja. Bagi para isteri, entri ini adalah sebagai nasihat sahaja. Bukan untuk mencari salah silap sesiapapun.Ada ketikanya si suami marah - marah, ada ketikanya si suami seperti tidak mahu mendengar kata isteri, ada ketika si suami seperti seorang yang terlalu bengis, ada ketikanya si suami seperti kurang memberikan perhatian kepada tugasnya dirumah.
Semua itu adalah (antara) petunjuk, dimana sperma atau air mani suami sudah mencapai tahap dimana, sperma didalam dirinya sudah mencapai tahap matang. Dalam erti kata mudah dan paling senang untuk aku kata ialah. Sperma atau air mani itu perlu dikeluarkan. Maaf, aku harap aku tidak menggunakan perkataan yang lucah.Bayangkan, jika mengikut kaedah biologi.
Sperma atau air mani akan matang dalam tempoh 4 hari sahaja. Dan cuba bayangkan, seandainya seorang lelaki atau suami itu tidak mendapat kesempatan untuk melunaskan tuntutan biologinya ? Apa yang akan berlaku ?
Zaman ini, dengan pergaulan bebas, dengan cara pemakaian gadis, perempuan dan wanita yang sememangnya boleh membangkitkan perasaan berahi kepada orang lelaki. Apabila tiba waktunya, maka seorang lelaki itu akan menggunakan pelbagai kaedah untuk 'melegakan' perasaannya.Dan amat rugi, seandainya perkara seperti ini terlepas pandang oleh para isteri.
Bagi pihak lelaki, aku memohon supaya kaum wanita tidak memandang sepi akan perkara seperti ini. Seandainya para isteri boleh memahami dan mengetahui akan perubahan suami, maka seeloknya, lakukan sesuatu supaya suami merasa 'lega' dan kurang tekanan biologinya.
Ada yang bertanya, bagaimana seandainya si isteri dalam keadaan haid ? Dalam perkara ini, aku yakin dan pasti, seorang wanita atau isteri itu lebih mengetahui dan memahami, ada pelbagai cara untuk mengatasinya.
Biar aku bercakap tanpa tapisan. Seorang suami yang sudah tidak tertahan dengan tuntutan nafsunya, maka suami boleh melakukan melalui 2 cara. Pertama, suami boleh sahaja berpuasa. Kedua, mengeluarkan air mani dengan cara tersendiri.
Tetapi perlu diingat. Perbuatan melancap, hukumnya adalah HARAM !Tetapi seandainya air mani suami keluar dengan daya usaha dari isteri sendiri. Maka isteri mendapat PAHALA.
Perlu diingat. Urusan ini adalah berkait rapat dengan urusan agama. Pernah berlaku dimana Rasulullah telah terpandang wanita, dan Baginda merasa tidak tenteram. Setibanya di rumah, isterinya, iaitu Ruqayah sedang mengangkat bekalan diluar rumah. Lalu diajak oleh Baginda ke dalam rumah. Maka, Baginda telah menyempurnakan salah satu hukum tabie yang mendesak. Setelah selesai 'urusan itu' lalu baginda keluar dan menyatakan kepada para sahabat."Bahawasanya isterimu adalah seperti wanita diluar sana, seandainya kamu merasa suatu keperluan, maka 'datangilah' isterimu." Begitu indah urusan dan tuntutan agama diselesaikan.Jadi, kepada para isteri yang membaca entri ini. ANDA lebih BIJAK untuk mengendalikan urusan sebegini. Jangan biarkan sehingga suami meronta - ronta dan berkata "Ah... air sudah naik kepala!"
P/S : Tanggungjawab seorang isteri...muhasabah jap

Tuesday, May 26, 2009

Tudung Balqis~~

Ha..dah jumpa tudung yang amat sesuai ngan harga yang aku berkenan...
Just nak share...harga dier paling murah RM 59.00 dan paling mahal RM 89.00...
Pelbagai jenis warna ader...
Sebahagian dari gambar tudung telah diupload...problem la network...sakit hati tol...
Harga tudung bergantung pada labuh dan jenis kain...yang paling diminati ialah kain cotton yang ala t-shirt tu...
Sabar er..gambar2 tersebut ader di side bar sebelah yer...

Benci , X Suka!!! X Suka!!!~~

Isk...x suka...x suka...benciiiiiiii...aku nak tulis jugak pasal nih...x kira...ini pasal big-big boss aku yang lah teramat s**gal...memang dari dulu lagi perangai dia...dia mmg seorang yang prihatin...itu kelebihan dia yang memang aku tidak dapat nafikan...terutama bab-bab makan dan gaji...bahagian aku di bawah seliaan dia...tetapi yang menyelia dia aku rasa big bos aku...ha...pelik x??? Tahu kenapa??? Sebab...
1.dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan...
2.dia tidak tahu membuat keputusan...
3.dia tidak memahami peraturan dan tatacara...
4.dia tidak mahu mengakui kesilapan-kesilapan yang telah dia buat...
5.Sememangnya dia tidak pandai dalam erti kata yang dasyat...dia eeeeeee...x sanggup aku nak sebut la....
Kisah terbaru...yang buat aku geram...dia arahkan big bos aku...big bos aku memang x akan cakap aper...cuma dia rasa geli hati sebab lagi terselah keb****an big-big bos aku tu...
"Saya arahkan awak perbetulkan Bahagian P**********N!!!!"
Wah!!!! Kalo macam ni la...gaji big-big bos tu...kasi la separuh untuk big bos aku...yang buat aku x suka ialah...
MACAM NI KER BIG-BIG BOS AKU PUNYA KEJE!!!!!!!! Arghhhhhh....(puas hati aku dapat tulis...tinggal separuh lagi yang aku x dapat luah)

Thursday, May 21, 2009

'Dajal' Penagih Dadah!!!

(Utusan Malaysia,21/5/09)
IPOH 20 Mei - Kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Seorang penagih dadah yang terdesak mahu mendapatkan wang sanggup menikam mati seorang pengusaha salon bersama anak lelaki berusia lima tahun dan pembantu rumahnya dalam rompakan di sebuah rumah di Taman Pinji Seni, di sini hari ini.

Penjenayah kejam itu bagaimanapun tidak sempat melarikan sebuah komputer riba yang diambilnya dari rumah mangsa kerana berjaya ditangkap oleh orang ramai yang kebetulan melalui tempat kejadian dan menyedari rompakan tersebut.

Mayat mangsa, Mah Yah Matzi, 42, ditemui berlumuran darah di ruang tamu manakala mayat anaknya, Ermin Denish dan pembantu rumahnya dikenali sebagai Dani, 20-an, ditemui dalam bilik mandi pada pukul 2.45 petang oleh suami Mah Yah, Jafri Tajol Aripin, 47.Difahamkan, Mah Yah telah diekori oleh perompak terbabit selepas mengeluarkan wang dari sebuah bank di Gunung Rapat dekat sini sehingga ke rumahnya.

Sebelum dibunuh, mangsa dikatakan sedang berbual melalui telefon dengan Jafri yang bekerja sebagai pegawai kutipan di sebuah bank di Medan Gopeng yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya.
Suami mangsa kemudian bergegas pulang ke rumah apabila tiba-tiba mendengar isterinya menjerit ketakutan kerana terserempak dengan perompak tersebut.

Pada masa sama, dua rakan Jafri yang kebetulan melalui kawasan rumahnya dan menyedari kejadian itu segera menangkap suspek lalu mengikatnya dengan getah paip sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu pukul 2.45 petang pada mulanya menyangka berlaku pergaduhan di rumah tersebut.

''Polis mulanya ingatkan berlaku kejadian pergaduhan di tempat kejadian tetapi apabila sampai, mendapati ia adalah kes rompakan dan pembunuhan.

''Siasatan menemui satu mayat di ruang tamu dan dua mayat di bilik air dalam rumah berkenaan,'' katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, suspek berusia 26 tahun kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan dalam pergelutan ketika ditangkap.

Katanya, siasatan mendapati lelaki itu merupakan penagih dadah dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu mencuri.
Tambahnya, dalam kejadian itu, suspek telah mengambil sebuah komputer riba tetapi tidak sempat melarikannya.

''Kita menemui sebuah beg hitam mengandungi komputer riba dari mangsa dan sebilah pisau serta motosikal milik suspek,'' katanya sambil memberitahu lelaki itu akan ditahan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.
P/s : eeeee...ni yang buat aku jadik emosi nih...pegi bunuh orang tu apsal la...memang dajal la penagih dadah nih!!! kalau aku dapat mamat tu dulu...eeeeee...gerammmmmm

Kenapa lembu ????



Ini kisah lama aku bersama sepupu rapat aku yang sama-sama masuk hospital dek langgar lembu.Bukan lembu langgar kami, tapi kami yang langgar lembu.

Kisahnya baru seminggu aku keluar dari hostel ( dah jemu dok kat hostel ). Konon nak datang ke sekolah sendiri naik motor dan ambik bas. Kami akan keluar seawal 6.15 atau 6.20 ke sekolah. Bergilir-gilir bawa motor. Tapi hari kejadian aku yang bawa motor.Tengah dok tunggu sepupu aku bersiap, teringat yang buku latihan matematik aku tertinggal,so patah la balik ambik buku tu. Orang tua cakap 'jangan patah balik kalau dah pertengahan jalan'. Aku kira aku punya jalan x pun sampai suku.Hihiiihihi...

Dah ambik buku...sepupu aku pun dah siap, aku pun bawa motor ngan selamba,bersama angin pagi yanga agak sejuk,layannnn. Tetiba tengah khusyuk dok layan motor....

"arghhhh....lembu!!!!!"

Gedeboooommmmmm....aper dah jadi????

"aduh...apsal aku kat atas jalan nih?"

"apsal ader darah nih"

Aku terdengar suara orang mengerang kesakitan....

"astaghfirullah...sakit...sakit..."

Alamak...itu sepupu aku la...tapi aku x boleh nak gerak...

Aku terduduk di tengah-tengah jalan dalam kegelapan...lembu??? Aku x pasti lembu-lembu yang aku langgar tadi berada di mana.

Aku macam lali (bahasa org kedah)...maybe nak pengsan...aku terlena dlm keadaan terduduk seketika...kemudian aku dengar suara orang menjerit...

"Ya Allah...budak-budak ni jatuh motor!!!!"

"Cepat!!!! bawa ke umah sakit (bahasa org kedah)"

Dalam kereta aku dengar suara sayup-sayup jer dok menyembang...masing-masing buat andaian macam mana kami boleh jatuh motor...

Aku ditahan selama 2 hari...dengan separuh muka aku habis...luka...eeeee...takut nak tengok cermin...dalam mulut ader 8 jahitan...iskkkkk...sepupu aku??? Huhuhu...tulang tangan kiri dia...retak...sebab LEMBU tu la!!!!!!

Hari pertama aku di hospital...mak aku bawa sup...

"makan la sup ni...bagi selera makan naik sikit...sup ni sup daging lembu yang kena langgar"

Isk...sampai hati mak aku...dah la lembu tu buat aku masuk hospital...boleh pulak kasi sup lembu tu...

Selepas kejadian tu...aku cari barang-barang yang terlibat dalam xcdent tersebut...dan beberapa persoalan yang masih tidak terjawab...

1. baju sekolah aku macam ader kesan gigitan di bahagian bahu...adakah lembu tersebut marah dan gigit baju aku?

2. Buku latihan matematik aku hilang...lembu tu ambik ker?

3. Agak-agak la berapa ekor lembu yang terkorban...sebab lembu-lembu tu melepak secara berkumpulan.

4.Macam maner mak aku boleh cari lembu yang aku langgar? setahu aku bila tersedar kat tengah jalan...lembu-lembu tu memang dah tak ada...

Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Monday, May 18, 2009

Bowling tournament anjuran BAKKY...dah lepas pun~~

Our team...Ica,Miza,aku dan nadnye

Bukti main-main...hihihih

aku bersama nadnye disamping hamper yang dimenangi


Semalam 17/5/09...Badan Kebajikan Keluarga YADIM mengadakan bowling tournament di Brem Mall,Kepong. Ramai jugak warga YADIM yang menyertai pertandingan nih...termasuklah aku...eh...kalau diimbaskan kembali...dah lama aku x main bowling...last tahun 2007...waktu tu aku pregnant...tapi x tahu...nasib baik semua selamat...

Aku dan team aku merupakan team terakhir yang mendaftar...atas dasar nak main jugak hanya kerana nak seronok dan bayar murah...aku carik la geng...'nadnye' aku lantik dia jadi ketua kumpulan...aku letak nama dia di atas sekali...hihihihi...apa-apa hal...dia la kena...ambik goodies...ambik makanan...undi lane...hahahahha...suka aku...start game pun dia...lagi 2 orang officemate aku...sepasukan penggerak di Bandung dulu...'Miza'...dan lagi sorang coursemate aku...'Ica'...dia layak main sebab husband dia officemate aku...hihiihi...

Memang seronok...sebab kami merupakan kumpulan paling awal habis main...hihihi...aper tak nya...laju jer baling bola tu...yang menjadi pelik...apsal orang lain tak habis-habis lagi???

Aku terpaksa berundur diri secepat yang mungkin kerana terpaksa menghadiri majlis perkahwinan officemate husband aku...so...apa-apa hal...ketua aku ada!!! Yeyeyey....

Nak tahu keputusan??? Team kami dapat Naib Juara...untuk kategori kumpulan perempuan...yang bestnyer...dari Johan hingga lah ke tempat ke-3...yang terlibat ialah 'warga-warga KEWANGAN'...hihihiihi...Orang-orang KEWANGAN memang TAMAK!!! Termasuklah aku yang berada di Bahagian KEWANGAN...


P/S: * ader lagi gambar...nanti aku upload...

Sunday, May 17, 2009

Dia dah mula MEMBESAR...




Dia dah pandai berkata...'kang kong kang kuku' ... dia sahaja yang tahu apa maksudnya

Dia dah pandai mengamuk...hantuk kepala di lantai...first time dia tahu sakit...dia dah x buat lagi...hanya acah untuk takutkan orang lain

Dia dah pandai panjat memanjat...x percaya...tengok gambar...

Dia dah pandai geleng kepala tanda tidak mahu.

Dia dah pandai tunjuk 'anu' bila disebut mana bird? Hihihi...tandanya dia ingat...

Dia dah mula menconteng DINDING menandakan dirinya akan jadi seorang pelukis satu hari nanti.

Dia dah mula menconteng BUKU menandakan dirinya akan jadi seorang penulis pada satu hari nanti.

Dia dah mula menaip di keyboard (kacau ayah) untuk jadikan dirinya seorang hackers pada satu hari nanti

Apa pun jua yang dilakukan dan dipelajari pada setiap hari adalah KURNIAAN dari Yang Esa...


Thursday, May 14, 2009

Aku terkena BANG BANG BOOM!!!

Pergh...akibat...padah suka kenakan orang...tu la...kenakan orang lagi...nyakat lagi...aduiiii...aku terkena semalam dalam rancangan BANG-BANG BOOM!!! di tv3...untuk musim baru nanti...aku berharap sangat ia x disiarkan...
Macam maner aku kena?
Hahaha...x der la kelakar pun bagi aku...tapi geram jer...sebab aku x boleh melarikan diri dari situasi tersebut...
Alkisahnya aku,nadnyer dan boss keluar ke CM nak cari buku...(konon, sedangkan aku tgh lapar)...tgh berjalan sambil berbincang pasal kerja...kat depan pintu CM tu mmg ader namapak sepasang pengantin dok pegang kamera...tup-tup datang depan kami minta tolong ambik gambar...bos aku boleh kata
" kasiannya...x der photographer ambik gambaq depa"...
aku ngan nadnye senyap jer...tapi x ambik pun kamera tu...dlm situasi kelam agak kabut tu...aku capai jer la kamera tu...sekali nadnye ngan boss aku blah...aku layan la si pengantin nih...diorang arah kat maner diorg nak ambik gambar...aku ikut jer la...sekali dah ready aku snap...hoh...aku dah terasa aku dikenakan...pengantin perempuan gigi berlubang!!!! Senyum mmg burukkkk la...tapi pengantin lelaki tinggi dan agak ader rupa...lepas tu minta lagi sekali snap...aku snap lagi...dier tanya...
"akak ...tgk saya...cantik x??!!! Akak jawab ngan saya...kami sepadan x?"
Aper aku nak jawab...aku buat muka blurrrrr...kang aku jawab x pasal kena cepuk pulak..lepas tu aku cakap...
"eh...boss saya tunggu untuk makan nih...saya lapar"
...dier sekat lagi aku dan cakap...
"Akak...akak skang dah kena BANG-BANG BOOM!!!"
Dalam hati aku berkata " kurang ajar punyer budak-budak nih"...
aku blah terus sambil mengomel
"Teruk arr depa tu!!!"
ITU PUN DIRAKAM!!!!! Arghhhhhhhhhh!!!!! (YA ALLAH, AKU MOHON PADAMU AGAR TAPE RAKAMAN TU ROSAK...Hihihihii)

Thursday, May 7, 2009

Aku Lahir Dari Perut Mak

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat..... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
MAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!

Prinsip-prinsip PEROLEHAN

Sajer..kali ni nak post pasal kerja..
Ader sesetengah manusia yang bekerja atau di kenali sebagai pekerja tidak tahu apa yang dia buat...so...skang aku post PRINSIP-PRINSIP PEROLEHAN bagi sesaper yang buat perolehan...
Ambik note nih
1. Akauntabiliti Awam
2.Diuruskan secara telus
3.Nilai faedah yang terbaik
4.Saingan terbuka
5. Adil & Saksama
So...sesaper yang buat kerja perolehan...JANGAN LARI DARI TANGGUNGJAWAB...jangan tak percaya...aku pernah jumpa orang yang suka lari dari TANGGUNGJAWAB...kerja dia pass pada orang lain...dalam erti kata lain 'itu bukan kerja saya'...'saya x boleh buat LO...nanti 'bies''...
Soalannya...kalau anda berjumpa atau mengalami atau memang bekerja dengan orang yang macam ni...apa yang akan dilakukan???~~

Wednesday, May 6, 2009

Dah boleh comment!!!~~

Tak tahu la pulak sebelum ni yang ruangan comment x boleh dibuka...dah kodek-kodek...dah buat testing...alhamdulillah...dah boleh buka comment...terima kasih pada ikan emas...nadnye...sbb inform...Jasamu dikenang...hihihihihi

Beautiful Girls Award From Nadnye


Syarat2 menerima award ini:
1. Pastikan jantina anda ialah perempuan
2. Copy badge sebagai award anda
3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan

No 1 – syarat pertama okay..
No 2 – Dah letak award dengan berbesar hatinya..
No 3 –7 pulak tu... sebab2 nya adalah:
-Dah cukup syarat sebagai seorang perempuan...

-Dah jadi seorang isteri
-Dah jadi ibu
-Nampak keras hati...sebenarnya lembut hati
-Perempuan lebih mahir 'adjust' duit
-Lebih prihatin...that's y selalu shopping sebab tahu aper yg x cukup
-Perempuan terror bab bebel...hihihihihi...satu skill tu...

Nak serah award ni pada semua perempuan-perempuan MALAYSIA!!! Silakan....

Mari menabung


Hari-hari naik tren pegi balik tiket RM 7.60...pasti ader lebihan dengan syiling...so...hari-hari akan kasi pada Adib untuk dimasukkan ke dalam tabung manggis dier...tabung tu kecik jer...x der la besar maner...sebab nak cepat penuh...hihihi...ibu yang excited nak kira duit...Adib tahu masuk ke dalam tabung jer...bukan main seronok kalo dier nampak ibu letak syiling ngan tabung di bawah...dah tahu tugas dier...dalam masa 3 bulan...dah dapat RM100...saper nak kasi RM100 free-free...hopefully peel ni akan berterusan hingga ke dewasa...teringat zaman kecik-kecik dulu...guna tabung burung nuri...pandai pulak tu nak mengorek...guna pembaris panjang...hihihihi...lepas tu duit turun la...kalo x percaya...try buat...tapi...jangan buat depan anak-anak...nanti dier tiru...anak-anak sekarang bijak...sekali tengok jer dah tahu nak buat...aper lagi...MARI KITA MENABUNG...untuk masa depan...dan...masa EMERGENCY!!!~~ Hihihihi...

Tuesday, May 5, 2009

Kembalikan Program Susu Sekolah untuk murid miskin

SAYA merupakan bapa kepada anak- anak yang bersekolah di sekolah rendah kerajaan. Saya lihat banyak ganjaran dan kelebihan telah diberikan kepada murid-murid oleh kerajaan. Syabas diucapkan.
Antaranya, buku teks percuma, pemansuhan yuran dan banyak lagi bantuan diberi bagi meringankan perbelanjaan keluarga.

Namun saya berasa amat terkilan kerana Program Susu Sekolah untuk murid miskin yang diperkenalkan pada awal tahun 80-an oleh Tun Dr. Siti Hasmah, isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, kini sudah tiada lagi.

Saya merupakan antara pelajar yang menikmati Program Susu Sekolah pada masa era 80-an itu. Susu adalah satu makanan lengkap untuk murid-murid membesar sempurna dan meningkatkan tahap antibodi dalam badan mereka.

Apabila saya bandingkan tubuh saya dan kawan-kawan semasa kami bersekolah (semasa menikmati Program Susu Sekolah) dan tubuh murid-murid sekarang adalah jauh berbeza.
Murid sekarang adalah lebih kecil dan rendah, tidak bermaya. Kebanyakannya kurus dan tidak seaktif yang kita harapkan serta mudah sakit.

Apa yang memeranjatkan lagi ialah kebanyakan kantin di sekolah dibenarkan dengan cara terbuka menjual minuman seperti air sirap pewarna merah, air batu campur dan minuman manis yang kebanyakannya mengandungi kandungan gula dan pewarna yang tinggi. Pada jangka panjang, ia boleh menyebabkan kanser dan kencing manis.

Tambahan lagi, kebanyakan minuman yang dijual tidak mempunyai pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang memantau tahap gula dan pewarna yang dibenarkan bagi semua produk keluaran komersial.

Isu keracunan susu yang panas diperkatakan tahun lepas hendaklah dianggap sebagai proses pembelajaran kepada semua pihak termasuk kerajaan, ibu bapa, pihak sekolah dan juga pengilang susu.

Janganlah kerana segelintir peratusan murid yang sakit perut dan digembar-gemburkan di dalam media, seluruh murid miskin dinafikan haknya untuk mendapatkan bekalan susu percuma daripada kerajaan.
Kajian di sekolah itu sendiri hendaklah dijalankan dan juga sistem pemakanan murid yang terlibat hendaklah dikaji secara total.

Apa yang dimakan sebelum minum susu, waktu susu diminum serta gabungan makanan yang terlibat semasa meminum susu. Pihak kerajaan perlu telus dalam hal ini.

Hampir seluruh negara di dunia mempunyai Program Susu Sekolah yang berterusan dan pencapaian mereka adalah amat memberangsangkan.

Cuba lihat Indonesia, Thailand, Jepun dan Singapura. Mereka berlumba-lumba untuk menghasilkan generasi sihat.

Saya bersimpati dengan murid miskin yang tidak lagi menerima bantuan susu sekolah. Ingatlah peratusan murid miskin terbesar adalah murid berketurunan Melayu.
Keluarga mereka tidak mampu membeli susu di kedai dan pasar raya untuk dijadikan minuman harian seperti di negara Barat.

Justeru, teruskanlah semula usaha murni Program Susu Sekolah. Murid miskin sekarang inilah yang akan menerajui negara kita satu masa nanti.
Kesihatan mereka mencerminkan masa depan negara kita. Kembalikanlah hak mereka.
BAPA PRIHATIN
Kuala Lumpur
(Petikan dari Utusan)
*Teringat zaman sekolah dulu...sedap susu tu...susu coklat...teringin nak minum lagi...