Tuesday, August 2, 2011

26/07/11 - Muhammad Adil Zulfaqar


Muhammad Adil Zulfaqar dilahirkan pada 26/07/11 jam 15:37 atau 3:37 pm. Berat Adil 2.7 kg. Ikutkan due aku pada 24/07/11. Tapi  masih tiada tanda untuk aku bersalin sehingga 25/07/11 aku 'menyerah' diri di HUKM. Ikutkan Adil kurang gerak. Tidak seaktif biasa. Ayat org yang malas nak buat kiraan. Hiihihihi...Sampai jer di HUKM, doktor check masih tiada bukaan TETAPI kerana aku ada kes GBS dan dah lewat sehari aku terpaksa di tahan dan diinduce. Adoiiiiii...aku tak suka bila disebut induce.

Aku bermalam di HUKM pada 25/07/11 tanpa sebarang bukaan lagi. Esoknya 26/07/11 jam 7:00 am aku diinduce. Doktor menyuruh aku baring selama sejam. Memang betul la. Ngam-ngam sejam aku dah rasa macam segugut. Terkedek-kedek aku turun katil berjalan di wad. Lepas tu sakit kerap datang. Bukan 10 minit lagi dah. Tapi 5 minit. Pukul 1:00 pm doktor nak check bukaan aku. Waktu melawat jam 12:30 tengahari, husband aku masuk. Aku minta dia urut belakang. Air mata dah tak boleh keluar. Aku tak tahu kkenapa kali ini tak ada drama. Doktor panggil aku. Bukaan dah 3 cm. Tak cukup prosedur untuk ke bilik stage 1 lagi. Tetiba muka aku dah berkerut menahan sakit dan doktor dah mula perasan. Aku diperiksa lagi. Bukaan dah 4 cm. Okehhhh...boleh ke labour room...dalam keadaan menahan sakit aku bersyukur sebab dah ke labour room.

Memang ada bezanya kelahiran kedua dan pertama. Anak pertama dulu aku di vacum. So, baby keluar senang. Hihihihiih...kali ni aku kena berdikari. Yer..NORMAL. Itu yang aku mahukan. Alhamdulillah...sakit aku tak lama. TUHAN makbulkan doa aku. Aminnnn...anak ketiga? Uhukkkkkkkkkkkk!!!~~

Sunday, July 31, 2011

Alhamdulillah~~ Dah selamat pun

Alhamdulillah, status sekarang aku dah pun selamat melahirkan baby boy. MUHAMMAD ADIL ZULFAQAR. 25/7/11 aku 'menyerah' diri di HUKM. Kena tahan sebab aku ader kes GBS dan dah pun lewat sehari. That mean aku kena induce la. INDUCE lagi!!!! Adoiiiiii~~Adil selamat dilahirkan keesokan hari pada 26/7/11. Cerita sepenuhnya akan ku update nanti. Lapar la pulak. Esok puasa erk? Adoiiiiii...masak la aku kena ganti...

Thursday, July 7, 2011

Belum lagi???!!!~~


Aku sudah pun mengalami tanda-tanda mahu bersalin iaitu kontraksi. Dah seminggu aku dok perasan. Tapi masih mampu menghadapinya. Selasa lepas dek kerana terlalu kerap aku ke HUKM. Pukul 5 pm elok suamiku sampai di ofis aku cakap nak ke HUKM jugak. Sebab risau.

Sampai jer di HUKM aku tunjuk buku merah dan GL. Memang aku dah lupa macam mana rasa sakit nak bersalin. Dan bagi aku pengalaman untuk anak nombor 2 ni adalah tidak sama dengan pengalaman melahirkan anak nombor 1 dahulu. Masa first baby aku di 'induce' kerana sudah lewat 1 minggu. Memang aku tak merasai sakit sebelum bersalin. Siap boleh jalan-jalan lenggang kangkung lagi. Tapi kali ni aku tgh syok berjalan, tetiba 'zuuuppppp' macam kena sentap di rahimku. Perghhhhh. Sakitnya tak ingat. Tak pernah aku rasa macam tu sekali. Aku terpaku macam kena kejutan elektrik. Lama-kelamaan aku dah biasa. Aku tanya budak-budak ofis. Rupanya itu adalah tanda-tanda rahim dah nak terbuka. Gilerrrrr arrrrr~~ Takut pulak aku dengar. Hihihi...

Di dalam bilik check up perut aku diikatkan dengan tali untuk ujian uktrasound. Nak detect denyutan jantung baby dan kehadiran kontraksi  tadi. Doktor mengesahkan yang aku sudahpun mengalami tanda-tanda untuk bersalin tetapi bukaannya belum besar iaitu tak sampai pun 2 cm. Aku disuruh pulang dahulu dan datang semula sekiranya berlaku kontraksi secara kerap iaitu 10 minit sekali. Urghhhh~~ Sempat ker? Umah aku kat Klang. Hospital kat KL. Lain la aku sakit time office hour. Memang dekat la. Yang bestnya bila aku call suamiaku untuk ambil aku di HUKM dia boleh tanya "BELUM LAGI???~~". Hihhihihii

Wednesday, June 29, 2011

Kuih peberet aku~~


Ha...inilah kuih yang mesti ada untuk raya nanti. Aku panggil KUIH DAHLIA. Sebab rupanya macam bunga dahlia. Rasanya amat digemari oleh kanak-kanak kerana terdapat sedikit rasa susu yang menggebukan dan rapuh, bukan ranggup. Harganya pun tak mahal. Satu balang (50 biji) RM20 sahaja. Aku sekadar nak berkongsi meja kuih raya korang. Sesapa nak tambah koleksi kuih raya tahun ni kata atas meja korang boleh la try kuih dahlia ni. Hiihihihihihii

Rezeki~~

"Seharusnya kita wajib mensyukuri segala rezeki yang diberi olehNYA."

Ayat di atas kadang kala membuat seseorang itu pasrah dan redha dengan apa yang dirinya dapat. Tanpa usaha, tiadalah hasilnya. Namun bagaimana pula yang usaha terus berusaha masih tiada hasilnya. Adakah semua itu masih perlu kita redha sahaja?

Inilah yang berlaku pada organisasi saya sekarang. Walaupun saya tidak terlibat namun, saya sebagai seorang pekerja, saya ada hak untuk mengetahui apa yang saya dapat dan apa yang saya tidak dapat. Ini kerana sistem yang dijalankan juga dicipta oleh manusia. Pelarasan gaji baru sahaja dibuat namun saya melihat ia masih belaku 'kelopongan' di dalam pelarasan itu. Yer, saya akui rezeki masing-masing, tetapi bagaimana pula yang pekerja-pekerja yang asyik menjadi mangsa kepada 'kegelojohan' majikan yang tidak gemarkan kepada pekerja-pekerja yang menjadi 'pembangkang' di dalam organisasi. Membangkang bukanlah sebarang membangkang. Bukan seperti politik. Tetapi dalam isu kerja, masing-masing mempunyai tanggungjawab dan perlu dilaksanakan. Yang mahir diberi tanggungjawab lebih untuk 'mencover' bagi yang tidak mahir. Tetapi upah yang diberi adalah tidak setimpal dengan tanggungjawab yang diberi. Saya beri beberapa 'kelopongan' yang berlaku. Apabila saya mulakan bicara ada yang 'smash' pada saya "SESEDAPPPP MULUT JERRRR". Nampak sangat tidak dapat terima kritikan. Ok, letakkan anda di tempat saya dan fikirkan apa yang patut dibuat.

1. Salah seorang kakitangan tidak layak dinaikkan gred kerana tiada kelayakan TETAPI ada kakitangan yang  dinaikkan gred walaupun tidak mempunyai kelayakan (Degree, Diploma, master..bla...bla...)

2. Staff senior (lama) yang berkhidmat dah berpuluh tahun diberi upah RM2,600 (gaji pokok). Apabila berlaku pelarasan terdapat kenaikan dan perbezaan upah baru ialah sebanyak RM 100 iaitu dari RM2,600 ker RM2,700. Staff junior (baru) yang berkhidmat 7 tahun (baru la kiranya) diberi upah RM1,600 (gaji pokok). Apabila berlaku pelarasan terdapat kenaikan dan perbezaan upah ialah RM1,100 iaitu dari RM1,600 ke RM 2,700 di mana gaji pokok yang ditetapkan adalah sama dengan staff senior tadi. Adilkah itu?

Saya berasa hairan dengan sistem yang dilaksanakan. Apabila ditanya jawapan yang diberikan seperti tidak bersedia. Apabila diberi kritikan mulalah marah dan melenting. Manusia...manusia...


Monday, June 27, 2011

Bayi meninggal dalam kandungan~~

Sedih berbaur simpati. Memang besar dugaan yang TUHAN bagi kepada mereka. Hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja TUHAN akan memberi dugaan tersebut kerana DIA lebih mengetahui setakat mana kekuatan seseorang hambanya untuk menghadapi dugaan tersebut. Itu sahaja yang aku dapat katakan.

Aku, adik aku dan sedara angkat aku berderet bulan Julai ini untuk bersalin. Kiranya aku yang akan mendahului kumpulan ini. Bezanya aku dah nak masuk anak ke 2 dan adik aku serta sedara angkat ni anak pertama la. So, 'Ketaksuban' itu lain rasanya. Sekarang aku dah genap 9 bulan dan mereka dalam 8 bulan++ la. Yang sedihnya hari Sabtu malam aku menerima mesej "Salam, Mas ke ni? Nak bagitahu, anak dalam kandungan Shila dah meninggal semalam". Aku tengah makan sambil dok terasa baby berjoget-joget dalam perut terus berhenti untuk makan. Rasa nak menangis. Tapi aku masih boleh rasional sebab aku nak call dia. Tak dapat bayangkan perasaan aku jika aku diberi dugaan tersebut. Perlahan-lahan aku usap perutku. Bukan tanda kekenyangan tetapi dalam hati aku berbicara "Ya Allah, sesungguhnya aku tidak mampu untuk menghadapi dugaan tersebut. KAU selamatkanlah anak aku ini".


Semalam aku pergi melawat Shila kerana esok (Isnin) dia akan diinduce untuk keluarkan bayi (tak sanggup aku nak panggil arwah lagi) tersebut. Nampak dia seorang yang kuat tetapi mama (mak angkat aku) cakap dia ngan husband dah melalak-lalak kat hospital. Kat rumah puas sembunyikan baju-baju baby. Dah tak boleh nak tengok semua itu. Minggu depan almari baby akan sampai. Bilik semua dah siap. Ya Allah...aku tak mahu menangis untuk dia kerana itu akan membuatkan dia lagi bersedih. Aku hanya mampu berkata "Shila, doa banyak-banyak. Insya-Allah, semua ini ada hikmahnya". Doktor memberi sebab kematian baby tersebut kerana air ketuban kering. Aku pun jadi keliru. Memang tak boleh nak jawab sebab aku tak pernah mengalaminya.


Hari ni (Isnin) aku hanya menanti panggilan. Berharap kalau ditakdirkan baby itu pergi aku nak tengok wajah suci tersebut. Adakah keajaiban akan berlaku. Hanya TUHAN sahaja yang tahu.

Back Lagi!!!~~

Back lagi!!! Hihihihihi...keadaan semasa sekarang ialah aku dah pun sarat. Dah genap 9 bulan. Tunggu untuk cukupkan 10 hari lagi jadi la 9 bulan 10 hari.  Tapi doktor bagi due untuk 40 minggu iaitu 24 Julai 2011. Seminggu lagi nak puasa. Perghhhhh!!! Kalau fikirkan pantang dalam bulan puasa nih sememangnya la x best. Apa nak kata..."tak perlu kata apa-apa! Senyum!!!" Adoiiii...

Persiapan?!! Bagi aku cukup la kot. Pengalaman anak pertama dari segi persiapan berlambak-lambak. Kali ni aku beli baju untuk newborn hanya 3 helai sahaja. Kedekutkah aku? Adilkah aku? Hihihihi...Aku x kedekut dan aku sedang berlaku adil. Kalau aku tak adil aku x beli la baju baru untuk baby aku. Pakai jer abangnya punya. Tapi aku tak mahu menerapkan dari kecil lagi yang adik 'perlu' guna apa yang abang guna. Aku nak juga baby ke 2 aku merasa benda-benda baru. Membazir?!!! Tidak bagi aku kerana itu adalah cara aku untuk mengimbangi kasih sayang aku pada mereka.

Kali ni tak nak la panjang-panjang. Sebab esok aku nak post entry lagi. Hahahahaha~~

Tuesday, February 22, 2011

I'm back~~

I'm back!!!~~ Back la sangat aku nih. Lama giler x update blog. Sekali tengok last posts aku ialah 1/10/2010. Hahahahaha. Banyak sangat perkara yang hendak dikongsi tetapi kekadang tidak terasa untuk menterjemahkannya di blog. Hanya melepaskan di tepi tangga sahaja. (Betul ke ayat aku ni?).

Rindu akan sahabat-sahabat blog aku. Mungkin mereka sudah lupakan aku. Sebab aku bukanlah seorang yang tegar terhadap blog. Dapat mengenali seorang dua pun sudah cukup bagiku. Rutin harianku juga sudah membataskan ku untuk meneruskan perjuangan blogku. Sejak husband aku bertukar kerja, rumahku kini menjadi rumah kedua kerana terpaksa mengikut jadual kerjanya. Maklumlah orang bekerja shift.

Alhamdulillah, sekarang kehidupan familyku bertambah 'senang'. Allah memberikan rezeki dengan pelbagai cara. Sekiranya sini tidak cukup, diberinya lebih di sana. Itu pun dikatakan rezeki kan? Sekarang aku sedang hamil anak kedua. Kandunganku sudahpun memasuk 18 minggu. Due aku seminggu sebelum puasa. Betul kata orang teruja untuk anak sulung tidak sama dengan anak kedua. Aku cuba untuk betulkan persepsi tersebut. Aku cuba untuk motivated diri aku. Aku agak lemah pada awal kehamilan. Tengok rekod kedatangan aku memang hampeh. nasib baik bos aku seorang yang memahami. Alhamdulillah, sekarang beransur pulih. Aku cuba untuk mencari kekuatan untuk baby aku.

Anak sulung aku Muhammad Adib Zulfaqar sudah pun memasuki 3 tahun. Alhamdulillah, step by step aku asuh dia mengikut peredaran umurnya. Tak naklah terlalu mendesak dirinya kerana dia ada hak untuk menikmati kehidupan sebagai seorang kanak-kanak. Aku bersyukur Adib hadir dalam kehidupan kami. 

Uish...terlajak sudah aku punya bebel kali ni. Untuk tatapan sendiri. Hihiihihihi. Hopefully aku tak lupa untuk mengupdate blog aku. Doakan aku yer SAHABAT!!!!!!