Monday, August 31, 2009

MERDEKA!!! Hati Malaya 1957

Semalam x ke mana pun nak sambut merdeka...plan...tgk tv an tio...hihihihi...godek2 tgk tv...ader filem di tv2...1957 Hati Malaya...aku x pernah pun ader kesempatan untuk tgk filem tu...tapi semalam usaha jugak nak tengok filem tu...memang aku tabik...best...mengalir air mata aku...bila tengok TUNKU menangis bila rakyat sanggup mengorbankan harta demi menyara kos TUNKU ke LONDON untuk mendapatkan kemerdekaan~~~Betapa susahnya orang-orang dahulu...presiden sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kepentingan rakyat...tanpa mereka dahulu...dapatkah kita hidup seaman ini...kepada yang di luar sana...kalau ader yang ingin memporak perandakan MALAYSIA ini...sila buka buku sejarah anda semula...kalau anda tidak dapat menghayati pengorbanan orang-orang dahulu...serahkan kerakyatan anda semula...aku sayang MALAYSIA!!!!!!

Friday, August 28, 2009

Madu Itu Sememangnya Manis...tapi....

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun..
Life starts at 40.
'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku..
Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok.
Tersengih- sengih aje lah I at that time.
'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam
sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!'
Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I.
Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.
Sebab apa ?
Bila mengenangkan umur I yang dah 40+.
Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun.
Memang lah seronok beb.
Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu aje lah.
Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I,
rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.
Tak perlu nak ajar, I suka makan apa,
cam mana cara nak masaknya,
baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur
I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.
Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka.
Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana,
hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu.
Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ...
Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu,
tentu dia banyak ragam.
Ye lah dia muda,
I kan dah tua.
Mesti dia kata I ni mengada-ngada.
Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda.
Silap haribulan, takut lari lak, kan ...
Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda..
Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja,
isteri yang muda pasti lagi teruk.
Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak
tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95,
Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota.
Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua.
Kalau I tak bagi barang-barang tu,
dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.
Sedangkan dengan isteri tua,
awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup,
berpanas berhujan,
dukung anak kita dicelah motor tu.
Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu.
Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik.
Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.
Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar
rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung
dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ...
Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT
setiap hari ... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...
Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan.
Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain
anak-anak lebih tertekan.
Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia.
Sebab tension bapak kawin baru.
Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.
Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong
pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu.
Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi
di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.
Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)
Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar,
boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupanmereka.
Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi.haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat.
Mula mula kawin tentu seronok.
Paling lama setahun-dua.
Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu.
Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak.
Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.
Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu.
Eii tak sanggup pula.
Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ... lagi haru ...
Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nakletak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.
Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.
Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje.
Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....
Hish banyak lah lagi.
Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah.
Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.
Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu... rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I..
Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata.
Bukannya yang di dalam kepala.
Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak
mengharungi susah senang dari mula.
Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) .
Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas
kalau isteri tu tak kejutkan.
Bukan nak kata solat Subuh,
kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas.
Baca Quran pun sekali-sekala,
baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal.
Ikut sunnah Nabi apa nama tu.
Tak payah lah yang lain lain.
Kang ada yang nangis bila disebutkan.Cukuplah.
Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.
Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
Apa sangatlah kita nih.
Macam nabi konon. ye ke?
Bab kawin kawin aje nih cam nabi.
Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial.
Renung-renungkan...mari beramal....ahaks

Pagi yang hening~~

Pagi yang hening...tajuk macam teruja jer...hahahaha...nak teruja mender...tgh sejuk2 nih...dapat bantal, lena jugak kang...dari rumah lagi tadi nak ke stesyen komuter, hujan x henti-henti...rahmatnya hujan di bulan Ramadhan...hujannya sampai la aku sampai ke ofis...dalam tren aku menahan sakit perut dan 'kuncil' akibat kesejukan...aku paksakan diri untuk tidur disebabkan perjalanan memakan masa selama sejam 15 minit...huh...kalo tak lena memang menipu namanya...hihihihihi...sampai jer di stesyen komuter kl...macam lipas kudung aku berjalan + berlari mencari toilet...arghhhh...x tahan sungguh...keadaan memaksa aku...x kan la sebab bersahur??? Tadi aku makan nugget, crab ball, jejari ayam,hmmmm...ooo...aku minum vitagen...x kan la sampai aku sakit perut dibuatnya??? Esok pagi sahur aku nak minum lagi...nak test masihkah ada sakit perut ituuuuu...hiiihihihihi

Wednesday, August 26, 2009

Nak CERGAS~~

Aduh...2-3 hari ni terasa amatlah penat...nak kata tak makan...berbuka sah habis jugak nasi dibalun...nak kata tak selera...memang menipu la...tapi makin terasa lemah...bila bangun pagi untuk siapkan juadah sahur...ok lagi...tapi selepas itu...terasa la sangat...satu lagi waktu ialah selepas sejam dua berbuka...lenguh habis badan terasa...mungkin sebab tak ambil sebarang makanan tambahan...ader jugak dok cari tapi asyik terkena pil jer...memang tak akan makan la...huhuhuhu...nak cari makanan tambahan yang sedap-sedap...hihihihihi...tak nak la UBAT~~ Ader suggestion???~~~ Tolong la...

Friday, August 21, 2009

"Beautiful Baby Search Contest" Looking for Beautiful Prince and Princess~~


Ha...sekali lagi mencuba nasib...contest yang dianjurkan oleh mommy_zara ... just nak try...kalo ader rezeki...alhamdulillah...sesambil tu boleh merapatkan silaturrahim...aminnnnn...nak tahu aper hadiah dier??? Jeng...jeng...

1st Prize: 1 printed tshirt(ur bb pic on it) +1 magnetic + 1 keychain + 1Mag baby poster
2nd Prize: 1 Magnetic+ 1 Mag baby Poster+1 keychain
3rd Prize:1 keychain & Mag baby PosterMystery gift for number: 9 & 19


syarat2 utk join contest ni:

1. jd follower Mommy_Zara---> done

2. sila add banner di atas pada sidebar..--->done

3. buat special entry utk contest ini dan sertakn sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah..--->done

4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby. tips: gambar baby comey dgn aksi bersahaja tp masih mengekalkan kecomelannya mungkin menjadi pilihan juri--->done

5 sila nyatakan bila gambar diambil.--->done

6. link kn blog Mommy_Zara . --->done

sila tinggalkn comment bila dh siapkn entry k...

*A.L.E.R.T*semua baby yg manjadi peserta mestilah dr umur....newborn ------------------------> 3 thn for those yg single, uolls juga bleh sertai contest ni & syarat menghantar gambar seperti diatas haruslah dipenuhi..

contest bermula dari 11 August 09 hingga 31 August 09

Ha...ini pilihan gambar Adib



Nama : Muhammad Adib Zulfaqar Bin Mohd Azrehan
Umur : 1 Tahun 6 Bulan

Gambar ini diambil pada 13 Jun 2009...pada hari Sabtu...gambar ni diambil di Wet World, Shah Alam...time tu esok hari Ahad, aku terpaksa outstation selama seminggu, so aku dan husband bercadang bawa Adib pegi main air...yang paling dekat ngan umah aku Wet World la...memang best...seronok bila dapat meluangkan masa bersama...tengok la pada gambar di atas...terbukti keseronokannya...hihiihihi



Gambar yang ke 2 pulak ibu bersama Adib...gambar ni diambil pada 28 Dis 2008...time ni Adib buat latihan untuk berjalan...hihihihihi...siap ader latihan gitewwwww...jatuh...bangun...itu semua pembelajaran bagi Adib...tengah-tengah belajar tu...ayah ambil kamera dan say...

"Adib...ready...ayah nak ambik gambar..."

Tengok la aksi konon macam model ngan ibu iteuwwww...sampai sekarang pantang nampak kamera...pasti ader aksi dari Adib...Love you Adibbbbbb~~

Thursday, August 20, 2009

ISLAM itu mudah...

Bertuah kita kan??? Lahir dalam agama yang suci, yang indah, yang cukup sempurna. sebenarnya cara hidup dalam Islam adalah amat mudah. Yang nampak susah itu apabila seseorang yang terlalu taksub hingga melangkaui rukun-rukun yang sepatutnya. X percaya...? mari kita renungkan...sempena nak masuk bulan ramadhan nih...isunya solat tarawih...kekadang kita ibu2 yang ada anak kecil kat umah x berkesempatan nak pegi masjid...so...x dapat la buat solat tarawih...sebab apa???
1. Ada orang kata solat tarawih kena buat kat masjid.
-Kalau ada yang mendengar org berkata sedemikian...tlg la pulas telinga org tersebut...Islam sendiri tidak pernah menghalang umatnya untuk beribadah kerana Solat tarawih termasuk sunnah muakkad, boleh dikerjakan dengan berjamaah boleh juga sendiri .
2. Ada orang kata solat tarawih kena buat 20 rakaat..KENA!!!
-Sekali lagi...sila pulas telinga org tersebut kerana bilangan rakaat solat Tarawih sesuai sunnah Rasulullah s a.w. ialah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat solat Witir.Sementara Umar bin Khatab r.a. mengerjakannya 20 rakaat dengan ditambah witir 3 rakaat.
3. Ada orang kata solat tarawih kena buat selepas solat Isyak sahaja.
-Kali ni boleh tarik telinga org tersebut sekuat yang mungkin kerana waktu solat Tarawih ialah sejak selesai solat Isya hingga terbit fajar. Panjangkan waktunya....
Ada x lagi halangan yang membuatkan kita x dapat menunaikan solat tarawih??? Sesama la kita adakan niat dan usaha untuk memantapkan amalam kita di bulan Ramadahan ini...sesungguhnya ISLAM itu teramatlah mudah...

Wednesday, August 19, 2009

Beli lagi...ahaks~~

Tadi masa nak pegi lunch...ader officemate laung...


"akak...mai la tengok barang"

"barang aper pulak...lapar nih"

"ala...mai la...murah jer..."

Nak tahu mender...? Jeng...jeng...jeng...










Comel x? Hiihihih...yang corak english style dah habis...tapi aku tetap suka yang atas biru jugak...dah order bentuk lain pulak...hihihihi...box ni blh simpan mcm2...nak simpan mainan Adib la...hihihihi...pastu Adib boleh duduk sesajer goyang kaki...bukan Adib jer yang blh duduk...Ibu Adib pun boleh...hihihi...agak2 la..berapa harga box nih??? Jeng...jeng...

Tuesday, August 18, 2009

Entry tengah bosan~~

Bosan jer...dah habis baca soal jawab agama...teringat sesuatu...sabtu lepas aku ngan mertua ke SOGO...sebab dia nak beli kain buat baju raya...aku teman ler...yg jadik driver nyer...x lain x bukan ayah la...ahaks...teringat yang tahun2 lepas asyik beli kain jer kat mertua...kali ni kasi chance la kat dia...aku minta di pilih sendiri kasut mana yang dia nak...dan akhirnya...sekali dengan aku 'ter'beli kasut...x sempat nak snap kasut mak mertua aku...sebab sibuk dok buat kuih...kasut aku ader la...kali ni pilih warna putih...sebab cari pasal nak cepat kotor dan ayah suruh pakai putih pulak coz dia dah bosan kasut kat umah tu kebanyakannya hitam...aku x boleh pilih yang tinggi2 sangat kasut nih...sebab harian naik komuter...memang carik pasal la kalo beli yang tinggi melawit tu...bujang dulu boleh la...skang cari pasal kalo beli...silap hari bulan berdiri dari stesyen KL hingga stesyen Klang...uuiisshhhhh...ampun la...x larat la den...so..best jugak kasut nih...x der la mahal...boleh la beli di waktu 'kesempitan'...tengah-tengah bulan nih...gatal jugak nak beli...siap boleh lari-lari lagi...kira pass la kalo kena kejar ngan anjing...ahaks... (tengah tunggu handbag yang dibeli oleh ayah pulak)







Monday, August 17, 2009

Jemputan kawen~~Sblm Ramadhan..


Argh..hari ni agak penat disebabkan xtvt semalam...lepas buat kuih...pukul 4.00 petang aku balik sebab aku kena ke Saujana Kuala Lumpur Resort coz ader jemputan kenduri kawen...aku kena jugak pergi sebab family ni memang baik...masa sekolah dulu...diorang la yang jaga aku..tumpangkan umah...sebab aku berkawan baik dengan anaknya...



Reception semalam adalah bagi pihak sebelah lelaki...bagi sebelah perempuan, dah pun berlangsung di kampung...tapi aku x dapat balik sebab aku sendiri pun buat kenduri...hihihihi...memang best semalam...sebab aku dapat makan kambing panggang yang x berbau...biasanya ader bau...2 pinggan aku balun...huahaahhaha...


Adib??? Ha..memang dasyat si kecik nih...makan boleh tahan...tapi jerit tu..."ayyyaahhhh...ayyyyaahhh" berkali-kali...sampai ayah pun dah naik segan...aku...biarkan jer...budak tengah seronok...



Kepada pengantin baru... Aliff Radzi & Norshila....semoga berbahagia hingga akhir hayat...kepada ibu yang penat...cepat cari alasan terlambat datang ke ofis hari nih....huuuuaaaaaaaaaaaaa...




Friday, August 14, 2009

Contest 'Jom Main Air'...ceyyywwwaaahhh....


Yes...dapat kawan baru lagi..kak yong...kenal melalui officemate aku...selalu jugak tgk minah ni dok godek2 blog kak yong nih...tapi x berkesempatan nak godek2 lagi blog kak yong...dan akhirnya...berjaya jugak...dengan mencuri masa yang ader...hihihihi

Godek-godek punya godek rupanya kak yong ader buat contest...rajinnnyyyyaaaa...aku pun nak merajinkan diri jugak la macam kak yong...rajin join jer la...hihihii...baca punya baca syarat...rasa macam x layak...tapi nak try jugak la...kot-kot diterima...ok x?



Adib dari kecil lagi dah dibiasakan dengan air.Waktu paling best bagi Adib mestilah ketika mandi.Kalau boleh tak mahu keluar dari bilik mandi.Bila diangkat keluar dari 'besen' mandi mesti meraung-raung x mahu keluar.Adib sudah pun mengenali perkataan 'mandi'.Bila ibu cakap "saper nak mandi?" ,pasti Adib angkat tangan. Bila ibu cakap "Jom mandi", pasti dia berlari menuju ke bilik mandi.



Bila dah tahu Adib memang suka main air,ibu dan ayah pun membawa Adib ker Wet World. Time tu sebelum ibu pergi Johor atas urusan kerja.Memang best.Sesuai untuk anak-anak kecil bermain air. Di situ ibu bapa boleh mengawal anak-anak kerana tidak banyak mainan seperti di Sunway Lagoon. Bila dah tak ada mainan ibu dan ayah pun tak boleh main....hihihihi. Seronokkan bila dapat meluangkan masa bersama.Menjerit-jerit si Adib bila dapat masuk ke kolam dewasa. Adib menjerit minta dilepaskan. Mana boleh...dalam tu kolam...ibu pun air dah takat leher...rendah punya badan...nasib ler..


Gambar di atas Adib bersama Ayah. Nama penuh anaknda tersayang Muhammad Adib Zulfaqar Bin Mohd Azrehan. Adib dah pun berumur 1 tahun 6 bulan.Lagi ligat la dia bermain air.




Pernah sekali balik ke kampung ibu di Kedah. Bila balik kampung mesti teringat sungai. Bestnyer....dapat mandi. Adib tak jugak ketinggalan. Lagi suka. Tak mahu bangun.Bukan main seronok dia.Sekali tu bibir dah biru dan Adib menggeletar sebab kesejukan. Ibu ambil tuala terus selimutkan dia. Bila dah habis sejuk...Adib nak main sungai lagi...isk...

Tips yang boleh dikongsi untuk menarik minat si kecil bermain air.

1. Buat 'air terjun' untuk menarik minat. (ala...tarik paip letak atas kolah tu...pastu 'tindan' paip tu dengan 'gayung' yang ada air)...mesti si kecil suka.

2. Kalau boleh,biar ibu atau ayah mandi bersama anak. Best...walaupun bilik air kecik, kalau dalam kolam,berapa ramai pun tak heran...agar anak tidak merasa keseorangan.

3. Kalau di bilik air, sertakan mainan-mainan yang sesuai untuk menarik perhatian si kecil...budak-budakkan suka main baling-baling, campak-campak...

4. Biasakan si kecil dengan air...biar si kecil main dengan air,sekalipun air tu dalam cawan agar dia kenal apa itu air. Biarkan dia tumpahkan air tersebut,biarkan dia tepuk-tepuk air tersebut kerana semua itu adalah proses pembelajaran anak dalam mengenali air serta persekitaran sekelilingnya.

Tips keselamatan semasa bermain air yang boleh di kongsi.

1. Jangan tinggalkan anak keseorangan ketika mandi.

2. Pastikan lantai bilik air tidak licin, dalam erti kata lain ,letak la map getah tu...yang lubang-lubang tu...

3. Kalau mandi di kolam atau sungai, pastikan anak dipegang dan biarkan anak bermain di tempat-tempat yang cetek sahaja.

4. Kalau anak dah mula nampak menggeletar sebab kesejukan,cepat-cepat la bawa si kecil keluar dari air dan selimutkan dia...jangan la biarkan si kecil meneruskan xtvtnya...takut karang demam la pulak.

Hadiah-hadiah dari contest ditaja oleh











Wednesday, August 12, 2009

Nak menang?

Dok belek punya belek...terjumpa satu contest...hadiah gempak...maner la tahu ader rezeki...join jer la...nak tahu hadiahnyer...jeng...jeng...

Wallahhh...best kan...so aper lagi...jom la join...senang jer...korang klik kat sini...pasti isi form...then korang letak email aku sebagai referrer's email ainerza@yahoo.com ... kalo x letak...x boleh nak submit...ha...senang kan...jom join!!~~~

Tuesday, August 11, 2009

Rukun Islam ke 4...

Hari ni kena hadiri Majlis Perasmian Bulan Zakat Peringkat Kebangsaan di PWTC...sebelum raya...kena jugak lancarkan program ni...agar kita semua tidak lupa...tapi yang kita ingat mesti zakat fitrah jer kan...macam maner ngan ZAKAT HARTA...ZAKAT BARANG KEMAS...dan pelbagai zakat lagi...bagi aku yang popular dua zakat tu...ader satu lagi...ZAKAT BINATANG TERNAKAN...ha...jangan risau...tujuan ZAKAT ialah untuk men'suci'kan harta dan jiwa...tidak semua harta atau rezeki yang diberi itu ialah milik kita...tujuan zakat juga ialah untuk membantu membangunkan ummah (Umat Islam)...aku tabik pada Institusi-Institusi Zakat di Malaysia...mereka bersusah payah membantu kita untuk menunaikan rukun yang ke 4 nih...yer la...siap ader website lagi...bayar hanya menggunakan 'klik' jer...kira dah senang la tu...berbanding zaman-zaman dulu...aisyeh...

Ader ketika kita rasa "apsal la gaji aku ni x cukup-cukup jugak erk"...hmmm...persoalan tu kekadang kita sendiri boleh beri jawapan...keberkatan dalam mencari rezeki tu amat lah penting...dengan keberkatan...walaupun sesuap nasi kita dah rasa kenyang...Insya-Allah...

Tapi isu hari ni...yang buat ku geram ialah...ader la sebuah negeri ti...MB dia ISLAM...solat...baca Al-Quran...mungkin buat la...malas nak prejudis pd org...yang aku pelik...ader ker MB nih...nak gunakan duit2 zakat di negeri tersebut untuk disalurkan ke Kerajaan Negeri...maksudnya...bila disalurkan pada Kerajaan Negeri...ia digunakan untuk orang2 bukan Islam jugak...ZAKAT sendiri tu pun dah terang2 menyatakan tujuannya ialah untuk pembangunan UMMAH (UMAT ISLAM)...aku pun naik meluat ngan MB nih...sampai x ingat nama dia...x tahu la macam maner orang melayu kita boleh undi dia...buta kot...abaikan kes ni dulu...

Kalau nak tahu lebih lanjut...layarilah http://www.zakat.com.my/ ... aku dah sampaikan...sesaper yang terlupa tu...jalankan tanggungjawab bagi yang mampu...aminnnnn




sajer jer pic ni...dah nak masuk ramadhan kan...


Monday, August 10, 2009

Makan @ Melantak~~

Hari ni aku tersangatlah 'mengidam' untuk makan mc'd...ntah kenapa pun aku x tahu...tapi yang aku tahu aku nak makan jugak!!! Pukul 12.00 tgh hari jer aku dah keluar...aku ader tanya kot sesaper nak ikut...buat peneman aku...pilihan aku sama ada kat SOGO...KL Central...atau Central Market...hmmmm...SOGO la tu...x der saper nak teman aku...tapi time aku nak kuar tu ader la yang menanya dan memesan...x nak berkecil hati...ambik jugak pesan...sambil melaung...

"Jangan order banyak sangat...orang dah ler pegi sorang...naik teksi..."

Aku x kisah sangat naik teksi...tapi biar la ader peneman...tapi...kalo dah x der sangat...aku gamble jer sesorang...nak tahu aku makan aper...???Jeng-jeng...





Inilah selera aku bila tersangatlah 'mengidam'...mengalahkan orang mengandung...tapi aper aku nak kisah...yang jalan kaki aku...yang beli pun duit aku...hihihihi...nak join???...Jom~~~



Thursday, August 6, 2009

Projek Bulan Puasa~~

Skang time rehat...boleh la aku godek2 blog aku nih...sepanjang malam bermula semalam hinggalah nak raya...aku dah ader aktiviti baru...aku kalau bulan puasa mmg x blh dok diam...kalau hari cuti tu...penat jer rasa kalau dok sajer2 kat umah...so aku cari alternatif buat something...CARI DUIT!!!! Dari anak dara lagi aku dok buat benda nih...sesambil...x der la rasa sangat puasa...ha...tarrra...tahun ni agak banyak tempahan yang diterima...x cukup tangan...terpaksa panggil kawan-kawan untuk tolong...hihihihi





Harga tahun ni x dapat dielakkan...skang tgh krisis gula pulak tu...tapi still jual murah...sebalang RM 20 (50 biji) sahaja...aku nak jual secara online pun takut jugak...hihihih...tapi sesaper yang dok kerja area pusat bandaraya KUALA LUMPUR...boleh la consider lagi aku nak hantar...kalau rumah kat area KLANG dan SHAH ALAM aku still consider untuk hantar....hihiihihi...ader ker??? Ahaks.. ha...almond london ni sebijik almond dan fully menggunakan butter yer...nyum..nyum...nyum...


Wednesday, August 5, 2009

Salam pertemuan kembali

Salam semua...memang akhir-akhir ni agak suram den punya blog...nak tahu kenapa? Hihihi...internet dah diberhentikan perkhidmatan kerana nak masuk umah baru...so...terpaksa la menumpang internet di ofis...kalau di ofis...hmmmm...faham-faham la...x ader keje baru boleh update...nak aktif balik...tunggu la masuk rumah baru...sekarang ni hanya mampu dok baca blog orang jer...nak update makan masa la sikit...huhuuhuhu...sedih...x per la...nanti dapat la balik berblog...tunggu kisah seterusnya bila den free...hihihihihi