Monday, July 5, 2010

Gilerrrrrrrrrrrrrrrr~~

Adehhh, gila punya kerja. Last update 19/05/2010. Hihihihi.Banyak perkara yang perlu aku lakukan. Lepas ini, aku cuba untuk mengemaskini blog. Bukannya apa, aku ni tidak punya kemahiran dalam menulis. Nak copy? Erm, bila berkenan dan rasa sesuai saja aku akan copy dengan keizinan tuan punya blog.

Banyak cerita yang tersimpan dalam peti besi aku. Tapi bila nak disampaikan, ada sahaja halangan. Then, hilang. Bila jumpa balik mulalah termangu nak susun ayat. Macam-macam. Itulah ragam kita sebagai manusia. Sekarang aku cuba mencari sesuatu yang hilang dalam diri aku. Mungkin berpunca dari kerjaya aku yang membuat aku terasa kehilangan.

Ha, pasal family. Anak bujang aku dah pun pandai bercakap. Suka aku. Tak terlayan dengan si kecil itu. Cuma masa bersama kami agak kurang disebabkan suami bertukar kerja dari office hour ke shift. Sabtu dan Ahad termangulah kami berdua di rumah. Aku tiada pilihan melainkan create aktiviti sendiri dengan menanam pokok bunga. 

Ok, sekarang plan aku ialah nak cari kawan-kawan aku yang dah lama hilang. Di sebabkan masing-masing ada komitmen sendiri, kalau nak jumpa mesti kena plan baik-baik. Last-last aku jugaklah yang jadi mastermind. Penat. 

Balik pasal kerja. Tak gemar sangat bercerita pasal kerja. Aku seorang yang suka mencari kepuasan dalam bekerja. Biasanya kalau nak cari kepuasan dalam kerja ni kena company swasta baru betul. Kekadang aku jadi pelik dengan hukum alam ini. Tapi semua ni DIA yang tentukan sebab DIA yang berkuasa.Hari-hari aku bekerja, selalu aku dengar dan tengok apa yang terjadi. Biasanya yang pandai bercakap kerjanya pasti zero. Tapi orang itulah yang akan dijolokkan namanya. Bak kata "Besar kipasnya, kuatlah anginnya". Lantak lah. Cuma aku berharap pada satu hari nanti apa yang aku cari pasti akan jumpa. INSYA-ALLAH...

1 comment:

mrs shaifull said...

hehehe samalah kita, dah berbulan baru nak update lg :)