Friday, June 5, 2009

Dah besar pun~~


Video ni dirakam time aku dalam pantang...kalo x salah la...aku ke ofis bawa Adib...terjumpa video ni kat pc bos aku...hihihihihi...kami kat sini kalo ngan bos-bos dah mcm adik beradik...hihihih...so...bila bandingkan Adib dulu dan skang memang banyak perbezaannya...Dalam hati aku berkata...

"Dah besar anak aku sorang nih rupanya"

ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST

Percaya x...nadnye punya keje la nih...hari Jumaat siapkan serpihan-serpihan contest yang ader dalam list...so...kali ni aku join contest melalui blog http://zarashoppe.blogspot.com . Aper lagi...meh la ramai2 kita join...hihihihi


SEMPENA FATHER'S DAY 2009,ZARA SHOPPE MENGANJURKAN SATU CONTEST..
ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST!
ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST bermula 4/6 ~ 30/6/2009
SYARAT-SYARAT PERADUAN :
1~ follow ZARRA SHOPPE.-ok

2~ add ZARRA SHOPPE di bloglist/blogroll anda. -ok
(penyertaan terbatal jika gagal berbuat demikian!)

3~ review berkenaan ZARASHOPPE di blog anda dengan tajuk ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST (hanya title ini sahaja di terima) -ok

4~ upload gambar anda bersama ayah anda atau suami bersama anak serta ceritakan momen terindah anda/anak anda bersama ayah/suami anda!
(satu gambar sahaja diterima!) - ok

Detik terindah buat ayah dan Adib...sekalipun ketika ini Adib masih belum dapat melihat ayah,tetapi Adib dapat merasakan kasih sayang yang diberikan oleh ayah. Tika ibu sedang 'berperang' untuk melahirkan Adib,ayahlah peneman setia yang memberi segala sokongan pada ibu. Detik yang paling indah tika Adib lahir,ayah telah menitiskan air mata dan ucapan terima kasih diberikan tanda penghargaan dan kucupan di dahi kepada ibu kerana sanggup menjadi IBU kepada Adib (kali pertama ibu tengok ayah menangis).Gambar ini adalah gambar yang PERTAMA ayah bersama Adib...Bila tengok gambar ni ibu pasti akan teringat detik tersebut...to ayah...jadilah seorang ayah yang terbaik buat anak-anakmu...amin...

5~ tinggalkan link berkenaan contest di entri ini beserta email address - ok

6~ keputusan pemenang akan di umumkan pada 1/7/2009 - lambat lagi...boleh hantar lagi...hihihihi


Thursday, June 4, 2009

Pengubat Jiwa~~

Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Ha...inilah pengubat jiwa aku dan mr rehan (husband aku)...selalunya kalau orang yang x kenal aku...baru kenal di tepi jalan akan cakap aku x kawen lagi...ding dong!!!~~ Sekadar mahu melepaskan bosan di jiwa...hihihihihi


Wednesday, June 3, 2009

Jawapan untukku~~

Entry kali ni more pada suasana kerja...sekali lagi...sampai bila perkara-perkara ni nak habis pun aku tak tahu...selagi puak-puak yang tidak berapa reti nak guna akal yang diberikan ni masih ada...selagi itu la orang-orang bawahan berada dalam keadaan tertekan dan BENCI!!!
Aku bernasib baik...suasana tempat kerja aku...dalam keadaan tenang...zikir dipasang sentiasa...tapi bukan di komputer aku...orang lain...hihihihih...yer la...pc aku nyer speaker dah rosak...tapi tidak menjadi masalah bagi aku...kerana ada orang lain lagi yang mempunyai speaker...
Bila sifat amarah datang...dengar zikir...slow la skit amarah tu...aku juga dipengaruhi oleh sikap big boss aku yang agak penyabar bila berlakunya 'pertelingkahan' dalam meeting...dan sebagainya...tapi yang aku heran...orang-orang yang dok bertelingkah...merasakan dirinya amatlah CEMERLANG dan BETUL serta BAGUS....uwwweeekkkkk...(kalo boleh nak muntah-muntah sebut perkataan tu)
Sedangkan orang-orang yang dah tak larat nak bertelingkah ni sebenarnya dah tak larat nak dengar...kerana apa yang selalu diperkatakan hanyalah mengikut pemikiran kepala lutut sahaja tanpa sebarang fakta. Gelaran apakah yang patut diberikan kepada mereka?
Kemahiran-kemahiran yang ada pada mereka ialah mereka-mereka ini bijak dalam menunding jari bila mereka melakukan kesilapan dengan mengeluarkan sebab-sebab yang tidak masuk akal dan menyebabkan diri mereka mendapat gelaran 'TIDAK PANDAI' (ayat lembut tu)...tetapi...mereka masih merasakan diri mereka HEBAT tanpa rasa ada salah pada diri mereka.
Soalan 1.
Macam mana golongan ni boleh wujud di company aku???? Arghhhhhh~~~
Soalan 2.
Bilakah mereka-mereka ni nak BIJAK???? Arghhhhhhh~~~
Soalan 3.
Ada x tele-bijak yang boleh aku hubungi??? Hihihihi...

Tuesday, June 2, 2009

Aduhhhhh~~ Hutang aku pada mertua

Ahak...bulan ni ngan bulan depan aku kena outstation...paling panjang ke Sabah ngan Sarawak...5 hari coz bersambung...jimat...x payah patah balik KL...then ader ke Kedah, Johor dan Kelantan...ke Johor ngan nadnye...dia siap balik umah lagi...huhuu...sungguh x aci...aku bernasib baik sebab Adib dijaga oleh mak mertua aku...tapi itu la...kenduri kawen adik ipar aku 26/7 akan datang...dengan si Adib lagi...huuhuuhuu...kena la beli buah tangan sebagai balasan...tapi aku dah fikir...baik aku kasi Tudung Balqis warna peach dari beli buah tangan...sebab aku tahu dia suka sehelai tudung nih....hihihihi...apa kata survey???~~~