Monday, June 27, 2011

Bayi meninggal dalam kandungan~~

Sedih berbaur simpati. Memang besar dugaan yang TUHAN bagi kepada mereka. Hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja TUHAN akan memberi dugaan tersebut kerana DIA lebih mengetahui setakat mana kekuatan seseorang hambanya untuk menghadapi dugaan tersebut. Itu sahaja yang aku dapat katakan.

Aku, adik aku dan sedara angkat aku berderet bulan Julai ini untuk bersalin. Kiranya aku yang akan mendahului kumpulan ini. Bezanya aku dah nak masuk anak ke 2 dan adik aku serta sedara angkat ni anak pertama la. So, 'Ketaksuban' itu lain rasanya. Sekarang aku dah genap 9 bulan dan mereka dalam 8 bulan++ la. Yang sedihnya hari Sabtu malam aku menerima mesej "Salam, Mas ke ni? Nak bagitahu, anak dalam kandungan Shila dah meninggal semalam". Aku tengah makan sambil dok terasa baby berjoget-joget dalam perut terus berhenti untuk makan. Rasa nak menangis. Tapi aku masih boleh rasional sebab aku nak call dia. Tak dapat bayangkan perasaan aku jika aku diberi dugaan tersebut. Perlahan-lahan aku usap perutku. Bukan tanda kekenyangan tetapi dalam hati aku berbicara "Ya Allah, sesungguhnya aku tidak mampu untuk menghadapi dugaan tersebut. KAU selamatkanlah anak aku ini".


Semalam aku pergi melawat Shila kerana esok (Isnin) dia akan diinduce untuk keluarkan bayi (tak sanggup aku nak panggil arwah lagi) tersebut. Nampak dia seorang yang kuat tetapi mama (mak angkat aku) cakap dia ngan husband dah melalak-lalak kat hospital. Kat rumah puas sembunyikan baju-baju baby. Dah tak boleh nak tengok semua itu. Minggu depan almari baby akan sampai. Bilik semua dah siap. Ya Allah...aku tak mahu menangis untuk dia kerana itu akan membuatkan dia lagi bersedih. Aku hanya mampu berkata "Shila, doa banyak-banyak. Insya-Allah, semua ini ada hikmahnya". Doktor memberi sebab kematian baby tersebut kerana air ketuban kering. Aku pun jadi keliru. Memang tak boleh nak jawab sebab aku tak pernah mengalaminya.


Hari ni (Isnin) aku hanya menanti panggilan. Berharap kalau ditakdirkan baby itu pergi aku nak tengok wajah suci tersebut. Adakah keajaiban akan berlaku. Hanya TUHAN sahaja yang tahu.

2 comments:

ibu_Arifa said...

takziah..s.ediah saya baca cerita ni.semoga mereka dan keluarga tabah.

AiNeRzA said...

itu la kak...smlm sy pegi tgk baby tersebut. Tak sanggup nak panggil 'mayat'. Mukanya dah lebam sampai ke leher. Badan putih bersih dan cukup sifatnya.