Wednesday, May 12, 2010

Sanggul @ Bonggol~~

pic from google

Sebelum aku meneruskan entry aku ini, aku nak mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini bisa mengguris hati sesiapa sahaja yang membaca. Aku hanya sekadar mahu berkongsi.Sebarang pendapat bolehlah tinggalkan komen untuk kita berkongsi bersama.

Sabda Rasulullah s.a.w. 

Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun” (riwayat Muslim)


Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(  bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah) 

Pernah waktu sekolah dahulu aku diajar oleh ustazah.
"Ingat, jangan tinggikan sanggul"

Ingat sampai ke hari ini. Tapi semenjak akhir-akhir ini aku rasa macam dah jadi trend meninggikan sanggul. Ada pendapat? Takut nanti tersalah maklumat pulak. Pakar-pakar agama dialu-alukan sebagai panduan kepada kita semua.

7 comments:

nadnye said...

bab nie aku pun baru tahu.. tapi hadis nie sahih ker, kene confrim dulu..

mrs shaifull said...

ainerza, thanks 4 the info, akak pun buat gak, tp x daklah sampai setinggi ni, cuma nampak tinggi sbb ikat dlm anak tudung, camna tu ha?

Ummi Alisya said...

thanx kat ainerza, akak pun ade dgr.. tapi tak jumpe lagik hadis sahih nih. once kamu dah post kan kat blog, barulah akak faham kenapa tak buleh... wallahualam! tapi dah namanya hadis kan, memanglah tak buleh...

(mungkin kah kaum2 yang kafir itu sedang 'membeli' hati kita agar perlahan2 terpesong dari aqidah? luarannya memang cantik, namun... dalamannya sangatlah berdosa! subhanallah...)

mahu saja di ajukan soalan ini pada yang lebih arif...harapnya ada jawapan yang pasti. jika benar dosa, marilah sam2 insaf! amin....

AiNeRzA said...

nadnye - benda yang sahih dan x sahih nih umpama macam perkara yang ragu-ragu, dan sesuatu yang ragu-ragu baik dielakkan dari melakukanya.

AiNeRzA said...

kak miza - saya sendiri pun x pasti dengan perkara ini. Saya pun bersanggul tapi x der la jadi bonggol. Ikat hanya kerana rambut panjang. Ader pulak yang menjual sanggul palsu untuk menaikkan bonggol. Itu yang menjadi persoalan...

AiNeRzA said...

kak ita - dari kecik mmg pernah diajar perkara ni kak. Tapi x pernah soal kenapa.hihihi. Yang pasti selalu dengar ceramah ker baca ker " Kalau sesuatu perkara itu menjadi ragu-ragu, sebaiknya tinggalkan ia".

kandil said...

just mencelah..saya bukan sape2 pun..tp kalu da hadith tu dari riwayat muslim so biasanya sahih..lagi kuat klu ia diperkuat oleh imam bukhari..try semak dlm kitab sahih bukhari dan muslim