Tuesday, May 18, 2010

Terkunci dalam toilet!!!!

Sememangnya dah lama nak cerita kisah ni, tapi tunggu betul-betul cool baru boleh cerita. Al-kisahnya hari khamis lepas (minggu lepas) aku MC kerana migrain. Terjaga pukul 3.30 pagi kepala masih terasa beratnya. Tinggallah aku bersama Adib di rumah.Adib sekarang dah 2 tahun 3 bulan. Tengok apa yang dia buat pada aku.

Selepas breakfast (aku mmg breakfast lambat-9.30 pagi) perut aku terasa sakit dan memaksa diriku untuk ke toilet.

"Adib, ibu nak pegi toilet jap"
"Ok." Adib membalas.

Tengah aku seronok dalam toilet, tetiba Adib mengetuk pintu toilet sambil menjerit.


"Ibu! Ibu!"
"Yer, ibu kat dalam nih"

Tetiba aku terfikir hanya untuk memenuhi masa dalam toilet aku.

"Isk, buatnya si Adib nih main kunci pintu, mati aku"

Sekali aku dah flash, aku buka pintu.
"ALAMAK!!!!"

Menjerit-jerit la aku. Menangis la aku. Melalaklah aku. Dok fikir kena tunggu sampai pukul 6 petang la aku kat dalam toilet nih. SUMPAH!!! Aku tak sanggup masuk penjara. Toilet yang cerah bersih pun aku tak sanggup inikan lagi penjara.

Separuh gila juga aku kat dalam toilet. Aku kuatkan semangat mencari idea untuk melepaskan diri. Bermacam-macam cara aku buat. Ketuk? Tendang pintu? Semua dah. Menangis-nangis aku panggil si Adib. Jawapan masih sama iaitu senyap. Aku makin risau. Bermacam-macam perkara yang bermain di kepala otak aku nih. 

Aku mendapat satu idea. Aku cuba tarik pintu. nasib baik pintu toilet bukan diperbuat dari kayu. Aku tarik dan cuba muncungkan mulut aku di celah-celah pintu mmemanggil nama Adib. Masih tiada jawapan. Aku terus berusaha. Mengetuk pintu dari luar dengan mengeluarkan tangan aku. Aku menyendal pintu dengan botol. (tetiba ader botol dalam toilet aku)

Tetiba aku dengar tapak orang berjalan. SAH!!! ADIB!!!!
Terkedek-kedek Adib datang kat aku dan berkata,
"Ibu...Ibu..."
"Ha...buka balik pintu ni Adib...dah lama ibu kat dalam nih"
"Tak yeh" (Tak boleh). Sebab pintu menjadi ketat kerana botol. Aku cabut balik botol tersebut. Dan akhirnya...aku boleh keluar kembali dari toilet. Aku terus terkam si Adib sambil peluk dan menangis teresak-esak. 

"Ibu bukannya aper, ibu takut apa-apa terjadi pada awak jer"

Nampak air mata bergenang dikelopak mata Adib. Mungkin dia faham apa yang aku katakan. Nasib aku baik kerana Adib faham arahan aku. kalau tidak mungkin sekarang aku dah gila kerana terpaksa menunggu hingga jam 6 petang baru boleh keluar. Aku keluar ke ruang tamu untuk lihat apakah yang menyebabkan Adib tidak menyahut panggilan aku.Rupanya Adib senyap sebab dok layan rancangan Apa-Apa Aje. Aduhhhhhh

Pesanan untuk pembaca .
1. Masuk toilet jangan lupa bawa handphone.
2. Kalau guna toilet dalam bilik, pastikan bilik berkunci dari dalam agar anak tak boleh masuk dan main kunci.
3.Jangan kuatkan suara TV bila tinggalkan anak sendirian menonton TV.
4.Ader pesanan lagi? Hihihihi

No comments: