Thursday, May 21, 2009

Kenapa lembu ????



Ini kisah lama aku bersama sepupu rapat aku yang sama-sama masuk hospital dek langgar lembu.Bukan lembu langgar kami, tapi kami yang langgar lembu.

Kisahnya baru seminggu aku keluar dari hostel ( dah jemu dok kat hostel ). Konon nak datang ke sekolah sendiri naik motor dan ambik bas. Kami akan keluar seawal 6.15 atau 6.20 ke sekolah. Bergilir-gilir bawa motor. Tapi hari kejadian aku yang bawa motor.Tengah dok tunggu sepupu aku bersiap, teringat yang buku latihan matematik aku tertinggal,so patah la balik ambik buku tu. Orang tua cakap 'jangan patah balik kalau dah pertengahan jalan'. Aku kira aku punya jalan x pun sampai suku.Hihiiihihi...

Dah ambik buku...sepupu aku pun dah siap, aku pun bawa motor ngan selamba,bersama angin pagi yanga agak sejuk,layannnn. Tetiba tengah khusyuk dok layan motor....

"arghhhh....lembu!!!!!"

Gedeboooommmmmm....aper dah jadi????

"aduh...apsal aku kat atas jalan nih?"

"apsal ader darah nih"

Aku terdengar suara orang mengerang kesakitan....

"astaghfirullah...sakit...sakit..."

Alamak...itu sepupu aku la...tapi aku x boleh nak gerak...

Aku terduduk di tengah-tengah jalan dalam kegelapan...lembu??? Aku x pasti lembu-lembu yang aku langgar tadi berada di mana.

Aku macam lali (bahasa org kedah)...maybe nak pengsan...aku terlena dlm keadaan terduduk seketika...kemudian aku dengar suara orang menjerit...

"Ya Allah...budak-budak ni jatuh motor!!!!"

"Cepat!!!! bawa ke umah sakit (bahasa org kedah)"

Dalam kereta aku dengar suara sayup-sayup jer dok menyembang...masing-masing buat andaian macam mana kami boleh jatuh motor...

Aku ditahan selama 2 hari...dengan separuh muka aku habis...luka...eeeee...takut nak tengok cermin...dalam mulut ader 8 jahitan...iskkkkk...sepupu aku??? Huhuhu...tulang tangan kiri dia...retak...sebab LEMBU tu la!!!!!!

Hari pertama aku di hospital...mak aku bawa sup...

"makan la sup ni...bagi selera makan naik sikit...sup ni sup daging lembu yang kena langgar"

Isk...sampai hati mak aku...dah la lembu tu buat aku masuk hospital...boleh pulak kasi sup lembu tu...

Selepas kejadian tu...aku cari barang-barang yang terlibat dalam xcdent tersebut...dan beberapa persoalan yang masih tidak terjawab...

1. baju sekolah aku macam ader kesan gigitan di bahagian bahu...adakah lembu tersebut marah dan gigit baju aku?

2. Buku latihan matematik aku hilang...lembu tu ambik ker?

3. Agak-agak la berapa ekor lembu yang terkorban...sebab lembu-lembu tu melepak secara berkumpulan.

4.Macam maner mak aku boleh cari lembu yang aku langgar? setahu aku bila tersedar kat tengah jalan...lembu-lembu tu memang dah tak ada...

Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

6 comments:

mrs shaifull said...

errr nak gelak boleh x, mmglah kesian, tp lawaklah, sbb makan sup lembu yg telah dilanggaq tu, hehehehe...

AiNeRzA said...

CT NORAMIZA - kesian??? Kesian kat sy atau lembu?? Hihihihih

IdaAnuar said...

adoi!lawak versi kelakar..sampai hati mak bagi makan daging lembu tu...

alang said...

haha. Sory. Terpaksa gelak. Uik, lembu tu gigit? haha. Erm, Actuly, dari pengalaman saya la, klau takat motor je langgar lembu, lembu tu buat derk je. Takde effect kat dia. Member saya sampai patah tangan langgar lembu. Tapi lembu tu jgn kata patah, jalan pun takde jongkang jongket.hehe

misztick said...

lembu yg ko langgar ko tuh sempat sembelih tak??jgn2.....

AiNeRzA said...

IaAnuar - Mmg kelakar...tapi sakit lorrr

alang - lembu yg saya langgat tu patah kaki...hihihihi...

misztick - uiks...sembelih lorrrrrr