Thursday, August 20, 2009

ISLAM itu mudah...

Bertuah kita kan??? Lahir dalam agama yang suci, yang indah, yang cukup sempurna. sebenarnya cara hidup dalam Islam adalah amat mudah. Yang nampak susah itu apabila seseorang yang terlalu taksub hingga melangkaui rukun-rukun yang sepatutnya. X percaya...? mari kita renungkan...sempena nak masuk bulan ramadhan nih...isunya solat tarawih...kekadang kita ibu2 yang ada anak kecil kat umah x berkesempatan nak pegi masjid...so...x dapat la buat solat tarawih...sebab apa???
1. Ada orang kata solat tarawih kena buat kat masjid.
-Kalau ada yang mendengar org berkata sedemikian...tlg la pulas telinga org tersebut...Islam sendiri tidak pernah menghalang umatnya untuk beribadah kerana Solat tarawih termasuk sunnah muakkad, boleh dikerjakan dengan berjamaah boleh juga sendiri .
2. Ada orang kata solat tarawih kena buat 20 rakaat..KENA!!!
-Sekali lagi...sila pulas telinga org tersebut kerana bilangan rakaat solat Tarawih sesuai sunnah Rasulullah s a.w. ialah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat solat Witir.Sementara Umar bin Khatab r.a. mengerjakannya 20 rakaat dengan ditambah witir 3 rakaat.
3. Ada orang kata solat tarawih kena buat selepas solat Isyak sahaja.
-Kali ni boleh tarik telinga org tersebut sekuat yang mungkin kerana waktu solat Tarawih ialah sejak selesai solat Isya hingga terbit fajar. Panjangkan waktunya....
Ada x lagi halangan yang membuatkan kita x dapat menunaikan solat tarawih??? Sesama la kita adakan niat dan usaha untuk memantapkan amalam kita di bulan Ramadahan ini...sesungguhnya ISLAM itu teramatlah mudah...

No comments: