Friday, August 14, 2009

Contest 'Jom Main Air'...ceyyywwwaaahhh....


Yes...dapat kawan baru lagi..kak yong...kenal melalui officemate aku...selalu jugak tgk minah ni dok godek2 blog kak yong nih...tapi x berkesempatan nak godek2 lagi blog kak yong...dan akhirnya...berjaya jugak...dengan mencuri masa yang ader...hihihihi

Godek-godek punya godek rupanya kak yong ader buat contest...rajinnnyyyyaaaa...aku pun nak merajinkan diri jugak la macam kak yong...rajin join jer la...hihihii...baca punya baca syarat...rasa macam x layak...tapi nak try jugak la...kot-kot diterima...ok x?



Adib dari kecil lagi dah dibiasakan dengan air.Waktu paling best bagi Adib mestilah ketika mandi.Kalau boleh tak mahu keluar dari bilik mandi.Bila diangkat keluar dari 'besen' mandi mesti meraung-raung x mahu keluar.Adib sudah pun mengenali perkataan 'mandi'.Bila ibu cakap "saper nak mandi?" ,pasti Adib angkat tangan. Bila ibu cakap "Jom mandi", pasti dia berlari menuju ke bilik mandi.



Bila dah tahu Adib memang suka main air,ibu dan ayah pun membawa Adib ker Wet World. Time tu sebelum ibu pergi Johor atas urusan kerja.Memang best.Sesuai untuk anak-anak kecil bermain air. Di situ ibu bapa boleh mengawal anak-anak kerana tidak banyak mainan seperti di Sunway Lagoon. Bila dah tak ada mainan ibu dan ayah pun tak boleh main....hihihihi. Seronokkan bila dapat meluangkan masa bersama.Menjerit-jerit si Adib bila dapat masuk ke kolam dewasa. Adib menjerit minta dilepaskan. Mana boleh...dalam tu kolam...ibu pun air dah takat leher...rendah punya badan...nasib ler..


Gambar di atas Adib bersama Ayah. Nama penuh anaknda tersayang Muhammad Adib Zulfaqar Bin Mohd Azrehan. Adib dah pun berumur 1 tahun 6 bulan.Lagi ligat la dia bermain air.




Pernah sekali balik ke kampung ibu di Kedah. Bila balik kampung mesti teringat sungai. Bestnyer....dapat mandi. Adib tak jugak ketinggalan. Lagi suka. Tak mahu bangun.Bukan main seronok dia.Sekali tu bibir dah biru dan Adib menggeletar sebab kesejukan. Ibu ambil tuala terus selimutkan dia. Bila dah habis sejuk...Adib nak main sungai lagi...isk...

Tips yang boleh dikongsi untuk menarik minat si kecil bermain air.

1. Buat 'air terjun' untuk menarik minat. (ala...tarik paip letak atas kolah tu...pastu 'tindan' paip tu dengan 'gayung' yang ada air)...mesti si kecil suka.

2. Kalau boleh,biar ibu atau ayah mandi bersama anak. Best...walaupun bilik air kecik, kalau dalam kolam,berapa ramai pun tak heran...agar anak tidak merasa keseorangan.

3. Kalau di bilik air, sertakan mainan-mainan yang sesuai untuk menarik perhatian si kecil...budak-budakkan suka main baling-baling, campak-campak...

4. Biasakan si kecil dengan air...biar si kecil main dengan air,sekalipun air tu dalam cawan agar dia kenal apa itu air. Biarkan dia tumpahkan air tersebut,biarkan dia tepuk-tepuk air tersebut kerana semua itu adalah proses pembelajaran anak dalam mengenali air serta persekitaran sekelilingnya.

Tips keselamatan semasa bermain air yang boleh di kongsi.

1. Jangan tinggalkan anak keseorangan ketika mandi.

2. Pastikan lantai bilik air tidak licin, dalam erti kata lain ,letak la map getah tu...yang lubang-lubang tu...

3. Kalau mandi di kolam atau sungai, pastikan anak dipegang dan biarkan anak bermain di tempat-tempat yang cetek sahaja.

4. Kalau anak dah mula nampak menggeletar sebab kesejukan,cepat-cepat la bawa si kecil keluar dari air dan selimutkan dia...jangan la biarkan si kecil meneruskan xtvtnya...takut karang demam la pulak.

Hadiah-hadiah dari contest ditaja oleh











1 comment:

Unknown said...

salam ainerza,

u tak menepati 1 syarat...
u jd followers Catatan Ibu pada 11 Ogos 2009... 3 hari lewat dari tarikh 8 Ogos 2009. so sorry...

btw, kakyong KIV dulu..
kalo ade rezeki, ada ya.. kalo xde jgn le marah yer...