Wednesday, June 3, 2009

Jawapan untukku~~

Entry kali ni more pada suasana kerja...sekali lagi...sampai bila perkara-perkara ni nak habis pun aku tak tahu...selagi puak-puak yang tidak berapa reti nak guna akal yang diberikan ni masih ada...selagi itu la orang-orang bawahan berada dalam keadaan tertekan dan BENCI!!!
Aku bernasib baik...suasana tempat kerja aku...dalam keadaan tenang...zikir dipasang sentiasa...tapi bukan di komputer aku...orang lain...hihihihih...yer la...pc aku nyer speaker dah rosak...tapi tidak menjadi masalah bagi aku...kerana ada orang lain lagi yang mempunyai speaker...
Bila sifat amarah datang...dengar zikir...slow la skit amarah tu...aku juga dipengaruhi oleh sikap big boss aku yang agak penyabar bila berlakunya 'pertelingkahan' dalam meeting...dan sebagainya...tapi yang aku heran...orang-orang yang dok bertelingkah...merasakan dirinya amatlah CEMERLANG dan BETUL serta BAGUS....uwwweeekkkkk...(kalo boleh nak muntah-muntah sebut perkataan tu)
Sedangkan orang-orang yang dah tak larat nak bertelingkah ni sebenarnya dah tak larat nak dengar...kerana apa yang selalu diperkatakan hanyalah mengikut pemikiran kepala lutut sahaja tanpa sebarang fakta. Gelaran apakah yang patut diberikan kepada mereka?
Kemahiran-kemahiran yang ada pada mereka ialah mereka-mereka ini bijak dalam menunding jari bila mereka melakukan kesilapan dengan mengeluarkan sebab-sebab yang tidak masuk akal dan menyebabkan diri mereka mendapat gelaran 'TIDAK PANDAI' (ayat lembut tu)...tetapi...mereka masih merasakan diri mereka HEBAT tanpa rasa ada salah pada diri mereka.
Soalan 1.
Macam mana golongan ni boleh wujud di company aku???? Arghhhhhh~~~
Soalan 2.
Bilakah mereka-mereka ni nak BIJAK???? Arghhhhhhh~~~
Soalan 3.
Ada x tele-bijak yang boleh aku hubungi??? Hihihihi...

8 comments:

ikan emas said...

nak tau petua sy?
sy dah terus terang kat pemarah panas baran gaban tu ( kat ofis i ler)..yg perangai dia tu akan merosakkan diri dia jgk.....sb sian tgk perangai mcm tu..ala-ala nasihat sambil hentam!
kalau berani ikutlah petua ni.

AiNeRzA said...

ikan emas-golongan yang ader kat ofis sy nih mmg x mkn saman...x pernah nak terima pendapat dan nasihat...sebab badan mereka ni besar dan pangkat besar...tapi tu la...otak ciputttttt...

nadnye said...

biar la luncai terjun dengan labu-labunya.. sebab si luncai nie tak nak bertanya bila tak tahu... anggap dia tahu semuanya... tidak boleh ditegur... hanya sabar jea penahan segalanya.. the truth will prevail.. hanya ALLAH yang tahu dan yang akan memberi pembalasan...

Abang Long said...

Inilah yang dinamakan golongan BODOH SOMBONG. Tidak boleh dibiarkan, ada ketikanya kita kena ajar.

.millalara. said...

tu lahhhh... mcm2 ragam manusia i ye.. bagus gak.. kalu tak,, tak berseri la bumi indah ni yerrr

AiNeRzA said...

nadnyer - kalo ader luncai skang nih...rsnya luncai pun bijak berfikir jugak

Abang Long - nak ajar tu yang susah...nanti kata kita cari salah mereka...sedangkan dah terang lagi nak bersuluh...huhuhuhu

Anonymous said...

sape tuh yg dimaksudkan?

IdaAnuar said...

memang ada tele-bijak kat dunia ni...aku dah jumpa dan aku pun nak jadi bijak macam dia jugak...jom ikut aku niza