Saturday, July 18, 2009

Apa kata survey???~~Menangis kerana nafsu

Ha...kali ni citer paal rumah tangga pulak...aku suka ke blog abg long nih...sebab dia suka bercerita...so untuk yg x ader link ngan abg long...boleh la aku sharekan aper yg aku baca...entry aku dah pun minta izin dari abg long tau....yiiihaaaaa~~

Setelah lebih dari dua minggu berada di Singapura atas urusan kerja. Akhirnya suami aku pulang kerumah. Sepanjang suami aku berada disana, aku tidak putus - putus berdoa agar suamiku sentiasa berada didalam keadaan sihat dan selamat.


Aku masih ingat, sebelum ke Singapura, aku berada didalam keadaan haid. Ini bermakna hampir 3 minggu, suami aku tidak dapat memenuhi tuntutan syahwatnya. Tetapi, Alhamdulillah, suami aku kelihatan seperti dapat mengawal nafsunya.


Dan kejadian yang berlaku pada malam itu, tidak akan dapat aku lupakan sepanjang hayat aku. Suami aku seperti seekor kucing yang benar - benar 'kelaparan.' Namun yang pasti aku sudah kehilangan tenaga akibat urusan pejabat yang benar - benar meletihkan.


Aku sudah tidak bermaya, aku sudah terlalu letih dan hilang tenaga, aku sudah kehilangan semangat untuk melayan tuntutan nafsu suami aku sendiri.


Sewaktu suami aku mengusap rambutku, aku biarkan sahaja. Sewaktu suami aku mencium leherku, aku buat tak peduli. Sewaktu jari jemari suami aku sdang menuju ke sasarannya, tiba - tiba sahaja aku menepis !


"Abang ni ... saya penatlah ! Aku melepaskan kemarahan aku dan terus menepis tangannya dari menyentuh tubuh ku.Aku mendengar dengusan marah suami aku. Tetapi, aku peduli apa ! Aku terlalu letih.


Suami aku terus berbaring dan membelakangi aku. Suami aku tidur dalam kekecewaan yang teramat sangat.


Esoknya, tepat jam 6 pagi. Jam loceng berbunyi dengan bingitnya. Aku terjaga dan terus masuk kedalam bilik air untuk mandi, dan terus berwuduk.


Sewaktu aku keluar dari bilik mandi, aku melihat suami aku masih 'nyenyak' tidur. Aku gerakkan tubuhnya. Masih tidak terjaga. Aku biarkan sahaja. Aku terus bersolat Subuh.


Usai bersolat, aku terus menghampiri tubuh suami aku dan mengerakkan tubuhnya. Namun, aku terasa satu kelainan yang teramat sangat. Wajahnya kelihatan pucat dan seperti ada buih dibahagian bibirnya.


Aku kaget sebentar. Tidak tahu hendak buat apa. Setelah 10 minit masa berlalu, aku masih menggerakkan tubuh suami aku, dan aku cuba mendengar degup jantungnya. Tidak ada sebarang tanda. Aku semakin resah.


Tiba - tiba aku teringat kepada seorang sahabat aku yang merupakan seorang Doktor dan tinggal selang dua buah rumah dari banglo aku. Aku menghubunginya. Sahabat aku tiba hampir 15 minit selepas itu.


Nadi suami aku terus diperiksa. Setelah beberapa minit kemudian. Sahabat aku dengan wajah tenang meminta aku supaya banyak bersabar.


Aku terus meraung semahu - mahunya ... dan terus merangkul 'tubuh' suami aku yang telah pergi buat selama - lamanya.


# Kisah ini diceritakan oleh seorang Ustazah di kawasan tempat tinggal aku dalam satu siri kuliah.

3 comments:

IMANSHAH said...

kepada isteri-isteri, jangan hampakan suami..kalau tak nak..tolak lah dengan penuh kelembutan

Unknown said...

alamakk..insap insap!!
kalau ikutkan membelakangi suamipun berdoa jugak kan..
tp kalau dah tertidotu..di bangunkan kkdg .. mood pun ilang gak..tp thanks..entry ni akan saya ingati jika suami memrlukan tuntutan batinnya di kala daku kepenatan..nyesal kemudian tiada gunanya

mrs shaifull said...

ish terus insaflah :( huhuu....